Blog Member

Selasa, 17 Januari 2012

Utusan bakal di saman RM50juta

 

aku malas nak bancuh, hangpa bacalah berita di bawah nih

Halal homoseksual: Anwar mahu saman Utusan Malaysia RM50 juta
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
January 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.


Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguanUtusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

2 ulasan:

  1. saman sampai bengkrap baru hilang segala fitnah dari utusan sex porno umnono kodomo

    BalasPadam
    Balasan
    1. difailkan saman ja RM50juta....kalau menang kes, hakim juga yg tentukan jumlahnya...itu sbb depa tak bankrap lagi...kalau ikutkan kes yg depa dah kalah, terlungkup lama dah utusan nih

      Padam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...