Blog Member

Selasa, 24 Januari 2012

mangsa atau pemangsa???

Sekarang neh gambaran kes neh dah semakin jelas. Ohoiii.. rosmah mansur, sepatutnya ko soh si kapp tue tutup mulutnya. Ko dah tak boleh nak elak lagi sebab persepsi rakyat semakin serong terhadap ko.

Lihat bawah neh terlebih dahulu beb ;


Dari apa yang aku faham dalam isu neh ialah ;

1. Asalnya si flockwriter penulis fashion / blogger fashion yang mula2 menulis mengenai rosmah neh.

2. Si flock neh menulis sebab kapp yang dedahkan hal neh pada dia dalam satu sesi temubual.

3. Dan isu neh kemudian nya masuk media aussie. Sebelum menulis hal neh, media aussie sendiri dah pastikan kesahihan citer neh dari kapp. Ini bermaksud bukan mereka dok suka2 lapor tapi disebabkan kapp sendiri yang sahkan.

4. Sapa kapp? Fashion designer beb. Dia kena jaga reputasi dia. Barulah orang akan beli pakaian rekaan dia. Dia pun dah buat banyak fashion show, agak gila gak dia nak menipu benda neh. Benda neh babitkan nama baik dia sendiri. Agak2 lah woit. Takan dia bangang2 nak burukkan nama sendiri dengan menipu dalam isu rosmah mansor neh.

5. Awalnya flockwriter dedahkan pada 17/1. Media aussie amek dan sebarkan pada 21/1 tak silap aku.

6. Bila benda dah masuk media, gila larh kalau rakyat malaysia dediam dan buat bahlol dengan isu neh beb. Sapa tak bengang bila 300k jadi isu disini? Sapa tak bengang bila rate sehari sewa penthouse 60k disini? Untuk rekod penthouse tue belum dibuka kepada mana2 pihak lagi. Bukan bilik tapi penthouse. Ia akan dibuka pada bulan april 2012 tapi rosmah dan najib dah rasmikan ia terlebih dahulu.

Tadi aku sempat tinjau website hotel tue. Rate dari us400 + 1k+++ larh. Itu bilik2 je beb. Semalam. Bukan rate untuk penthouse. Rate untuk penthouse mewah neh lebih lagi.

7. Kenapa rosmah sibuk2 nak order dan tempah bagai di kapp? Kan koleksi kapp neh ada jek di butik? Baik rosmah beli direct je larh. Betul tue. Ini soklan yang terbit dari penyokong umno. Tapi sila pergi buka blog kapp sendiri beb. Lihat size dia apa? Rosmah sizenya apa? Please lah weh.

8. Rosmah minat jenis kain neh. Dia suka kain neh. Dia tempah pelbagai pasang untuk dibuat macam2. Takpe, now rosmah deny tapi benda neh kita boleh pastikan dengan beberapa cara. Iaitu ;

- tarikh penerbangan. Mesti ada rekod. Paling2 koman pun member2 yang kerja di lapangan mesti taw punya.

- pekerja2 najib dan rosmah yang ikut sekali or ada di aussie time tue mesti taw punya. Mulut orang mana boleh tutup. Ingat tempayan ka?

- Bukti2 pembelian kain dan urusniaga mesti ada punya, nak sorok mana beb?

- Bukti kain. Ya, benda neh dalam tempahan dan belum siap lagi. Kapp akan mai malaysia pada bulan depan. Maybe benda neh akan dijadualkan semula or tiba2 tempahan neh batal. Tak kisahlah tue tapi kita akan berhasil dapat info juga lama kelamaan.

Kalau tempahan neh batal last minute, kapp pasti akan dedahkan benda neh lama kelamaan. Kalau tempahan neh still diteruskan, rosmah pasti pakai baju neh lama kelamaan. Tapi ikut pandangan aku, jangan harap tempahan neh batal. Rakyat malaysia neh sapa yang sibuk2 nak halang cara dia berboros? Neh mesti pemikiran dia. Confirm beb.

kah kah kah

Apa pun jawapan dan penafian rosmah bagi aku ia useless. Sekali terkena dalam isu cincin walaupun tiada bukti sahih rosmah beli benda tue aku dah terbit rasa was2. Neh kali keberapa tah. Aku nak percayakan rosmah tapi malangnya persepsi aku menghalang.

Walaupun rosmah mungkin beli guna duit dia sendiri sebab tiada bukti bahawa dia guna wang rakyat tapi neh soal persepsi. Persepsi neh memainkan peranan yang sangat penting. Seseorang yang baik bukan sahaja perlu menjadi baik, dia juga perlu dilihat sebagai seseorang yang baik.

Sama juga dalam kes rosmah neh. Seseorang yang boros, walaupun kita tidak tahu dari mana punca wangnya tetapi bila suami dia ialah seorang perdana menteri malaysia walaupun tak ingin nak salah sangka tetapi sedikit sebanyak kita tetap rasa was2 dari mana sumber wang perbelanjaan nya datang.

Yang neh rosmah dan najib kena faham larh. Ini soal persepsi. Bukan soal siapa mangsa dan siapa tak mangsa. Lagipun kalau ditinjau2 balik dalam kesemua gaya hidup mewah rosmah, rasanya tak sesuai dia menganggap diri dia sebagai mangsa. Yang lebih tepat ialah rakyatlah mangsa yang sebenar. Bai.

Artikel asal pasal pendedahan kapp di flockwriter ==> baca sini.

amenoworld.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...