Blog Member

Rabu, 25 Januari 2012

kuda ditunggang atau kuda menunggang....mana satu betoi nih???

sekadar hiasan
dalam akhbar harian, hari2 riuh kata PAS dijadikan kuda tunggangan oleh DAP...itu cakap umno lah...tapi kalau tanyakan kepada CSL plak, dia kata DAP ditunggang oleh PAS....mana satu betoi nih??? penin lah aku... siapa menunggang siapa la ni??? jawapan yg paling aku pasti iaitu umno ditunggang tungging oleh MCA sejak dulu, kini selamanya.....hahahahaha

bukan aku yg kata.....tapi cuba hangpa baca berita kat bawah ni....

tajuk berita themalaysianinsider.com (klik utk berita penuh)
Chinese aware that supporting DAP empowers PAS, says Soi Lek
(Masyarakat Cina sedar bahawa sokongan kepada DAP memberi kuasa kepada PAS, kata Soi Lek)

aku tak mau nk translate semua isi berita tu sbb aku bukannya pakar terjemahan....hangpa baca sendiri berita penuhnya....cuma apa yg aku nk bancuh iaitu CSL dengan terang sejak dulu lagi dok jaja merata kt orang Cina bahawa selama ni DAP lah yg seolah2 menjadi 'kuda tunggangan' kepada PAS....

hairan bin ajaib aku....umno cakap lidah berbelit atau CSL yg putar terbalik....antara petikan yg menarik dalam berita di atas tu, CSL dipetik berkata :
“It is PAS that is going to be the dominant party. It is PAS that is going to call the shots, it is PAS that will rule the day if they (the opposition) come to power"

“If they come to power, it is PAS that will rule,”


ayat CSL di atas juga menunjukkan satu bentuk ketakutan yg amat sangat terhadap kekuatan yg dijana antara parti gabungan Pakatan Rakyat yg dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat....

umno semata2 utk memenangi hati pengundi Melayu dan bangsa Melayu keseluruhan dgn slogan "Hidup Melayu" dan "Ketuanan Melayu" nya cuba utk menanamkan keyakinan kpd rakyat bahawa depa lah jaguh dalam menjaga kepentingan orang Melayu.....manakala MCA yg mengalami kekalahan teruk dalam PRU 12 yg lalu cuba utk menarik kembali sokongan kaum Cina dengan mengadu-domba kan hubungan PAS dan DAP.....sebenarnya, PAS dan DAP sejak dulu (era 90-an) lagi dah boleh berkawan....tetapi umno dan parti gabungan be end spt MCA, MIC dan lain-lain lebih berjaya menjauhkan PAS dan DAP...ditambahkan lagi dengan sentimen dan pengaruh serta kefahaman tertentu yg menyebabkan DAP dan PAS tak pernah boleh 'sebulu'......

aku ingat lagi masa PRU tahun 90, masa tu aku masih dok sekolah menengah....ada sebuah makalah yg diterbitkan oleh entah siapa...tapi diletakkan nama DAP pada cetakannya yg antara lain menceritakan bahawa DAP lah yg bertanggungjawab dalam peristiwa 13 Mei 1969, DAP juga lah yg bertanggungjawab dalam kes pengharaman beberapa pertubuhan silat....DAP jugalah yg bertanggungjawab dalam banyak perkara yg melibatkan kepentingan orang Melayu terabai atau terancam....masa aku baca makalah tu, memang menyirap darah aku....memang mempengaruhi minda aku utk membenci DAP selamanya....almaklumlah, minda pun masih kurang terbuka...apatah lagi bab politik ni....aku tak tau sejauh mana penyebaran majalah tu, tapi sekitar tempat aku duduk memang disebar secara percuma di setiap rumah......

itulah salah satu cara bagaimana ada pihak2 tertentu menanamkan kebencian kepada satu pihak yg lain....tapi tak selamanya rakyat marhaen mcm aku ni boleh diperbodohkan....walaupun masih ada yg bodoh, tapi aku doakan semoga dibuka hijab yg selama ini menutup ruang pandangan depa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...