Blog Member

Isnin, 30 Januari 2012

kaki dan tangan kena potong!!! hukum hudud pun tak sampai tara ni!!!!

sepatutnya berita2 sebegini semakin menyedarkan kita betapa peri pentingnya mengaplikasikan hukuman Hudud secara keseluruhan....percaya dan yakin lah kepada Allah bahawa jika kita laksanakan segala perintah Nya, senantiasa pertolongan Allah akan senantiasa bersama kita....

dalam berita ini walaupun tidak disebutkan agama si pelaku dan mangsa, tetapi cukup membuktikan kepada kita bahawa rahmat Allah dah semakin jauh dari kita hinggakan kejadian-kejadian tidak pernah didengar di telinga, tak pernah nampak di mata semakin kerap berlaku di negara kita.....renungkanlah


sememangnya bagi sesetengah pihak memahami bahawa jenayah tetap berlaku walau apa bentuk hukuman atau undang-undang digunapakai sekalipun....ya, begitulah bagi yg berfahaman sekular atau yg berfahaman menolak wujudnya kuasa Allah dalam kehidupan manusia....

Hukuman jalin cinta terlarang

SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

hmetro.com.my

yang ni agak bernasib baik skit sbb hanya di belasah.........

Dibelasah cintai isteri orang

KUCHING: Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Padungan, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun dari Taman Malihah menemui ketiga-tiga suspek di kedai berkenaan untuk berbincang pada jam 12.40 tengah hari.

Difahamkan, pertemuan itu antara lain membincangkan dakwaan suspek yang menuduh mangsa mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka namun mangsa menyangkalnya.

Menurut sumber, mangsa mengenali seorang daripada suspek sebelum ketiga-tiga menyerang dan membelasahnya.

“Keadaan berlaku begitu pantas apabila mangsa gagal mengelak sebelum dibelasah. Ketiga-tiga suspek, bagaimanapun tidak berpuas hati sebaliknya memanggil 15 lagi rakan untuk membelasah mangsa kali kedua.

“Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa kesakitan akibat cedera di muka dan badan sebelum melarikan kenderaan serta dompetnya,” katanya.

Kata sumber, susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, polis melancarkan gerakan sebelum menahan tiga lelaki.

“Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 34 hingga 53 tahun ditahan pada hari kejadian dan kini disoal siasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan penahanan itu dan siasatan masih dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...