Blog Member

Khamis, 12 Januari 2012

Pengundi Cina Johor sedia ubah sokongan kepada Pakatan pada PRU-13

berita : themalaysianinsider.com

diberitakan bahawa pengundi kaum Cina di Johor sedia ubah sokongan kpd PR pada PRU 13 nanti....ini suatu perkembang an yg menarik sebenarnya

bagi aku, bukan setakat di Johor....malah di seluruh negara, pengundi kaum Cina dan India sedia beralih arah ke Pakatan Rakyat...ini berikutan beberapa isu nasional dan kefahaman yg hampir jelas kpd sistem dan perjalanan parti-parti komponen PR terutamanya perubahan pandangan terhadap PAS

bagaimana dgn pengundi Melayu??? orang Melayu mmg terkenal dgn sifat kesetiaan yg tinggi...namun di sebalik kesetiaan itu, sebenarnya wujud beberapa elemen lain yg tidak mudah ditafsirkan ke kertas undi. Antara elemen yg boleh aku nyatakan iaitu seperti elemen ketakutan. Apa yg orang Melayu takut??? jika ditinjau diperingkat bawahan, masih majoriti orang Melayu menghuni carta taraf hidup 'rendah' dan 'sederhana', amat sedikit berada pada tahap 'tinggi'...maka ini sebenarnya yg masih ramai takutkan iaitu mereka takutkan kehilangan segala bantuan, hilang segala 'kesenangan' walaupun kesenangan itu sebenarnya sedikit dan takut segala takut.....

Orang Melayu juga masih ramai tidak mahu berubah kerana lebih suka berada di 'ruang selamat' atau dgn kata lain iaitu 'play safe'....ini sebenarnya suatu pertimbangan bersifat 'individualistik' ataupun 'selfish' sehingga takut utk membuat perubahan walaupun kebanyakan mereka tahu hakikat kebusukan yg ada pada pemimpin mereka.....boleh tanya kpd rakyat bawahan, ramai yg tahu dan boleh cerita begitu dan begini...tapi bila disuruh ubah, sedara upaya mereka akan bagi pelbagai alasan...antara alasan popular yg pernah aku dapat iaitu "Tuhan ada, sendiri buat sendiri tanggung, janji kita masih boleh cari makan", "biar depa lah, kita buat kerja kita", "siapa tadbir pun, kita buat kerja sama juga" dan pelbagai alasan lain lagi

selain itu, wujudnya perpecahan yg penuh kecelaruan dan kepelbagaian dalam komuniti orang Melayu... Melayu yg sukakan hiburan dan berpeleseran dah tentu akan sokong umno be end 99.9%, Melayu yg mata duitan, pangkat dan habuan juga akan sokong umno be end 99.9%, Melayu yg pentingkan diri sendiri juga akan sokong umno be end lebih 99.9%....hanya Melayu dgn Islam yg baik saja akan sokong PR terutamanya PAS walaupun sebahagian mereka lebih selesa menyokong umno be end, malah sebahagian lagi bersikap berkecuali....itu sbb lah umno melambakkan segala jenis bentuk hiburan, segala jenis bantuan yg mampu melemahkan sendi dan segala urat saraf orang Melayu dan juga pelbagai dakyah dan hasutan ke atas golongan agamawan supaya berdiam diri dan berkecuali.....

walau apa pun, sebenarnya perjalanan PR ke Putrajaya bagi mentadbir Malaysia supaya lebih adil, telus dan berwibawa hanya sejengkal saja lagi....bezanya iaitu, sejengkal boleh jadi sedepa jika semua ahli, petugas dan pendokong PR alpa dgn segala momokan yg ada......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...