Blog Member

Selasa, 31 Januari 2012

Dasar sekular punca murtad, apa betul???

aku nak bancuh berkaitan berita atau kenyataan dikeluarkan oleh Cikgu Azmi selaku Presiden TERAS yg mengatakan dasar sekular kerajaan yg menjadi punca gejala murtad....beritanya klik SINI

bawah ni aku copy skit laporan dari berita : 
“Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah.

“Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura masih Islam. Kes ibubapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius,” katanya.



pertamanya aku nk bancuh iaitu aku tengok pernyataan ini sepatutnya dikeluarkan melalui HIMPUN yg mana Cikgu Azmi dan TERAS adalah juga sebahagian tulang belakang penganjurannya....sepatutnya bagi aku, inilah antara resolusi yg patut dibincangkan dalam semua program HIMPUN yg menjurus secara terus kpd sebab dan musabab gejala berlaku...namun, maksud aku bukan utk menyalahkan mana2 pihak spt yg dibuat sekarang, tetapi lebih kepada mencari resolusi.....

tetapi, malangnya apabila HIMPUN digunakan sebagai pentas peribadi....senang aku cerita lah, pentas peribadi Hassan Ali.....dah lah dok berhimpun saja, langsung tak menatijahkan sebarang resolusi yg boleh mencetuskan tindakan konkrit utk mengatasi masalah, dijadikan pulak pentas utk meraih sokongan dan menghentam pihak lain.....ringkasnya aku kata dgn ayat ini lah....ibarat orang berniaga, meniaga tak berapa nk laku, bukannya dok nk baiki diri atau baiki perniagaan....tp dok salahkan pesaing dan pada masa yg sama, bisnes sendiri dok takok lama....

namun juga, sikit sebanyak aku setuju dgn apa yg diperkatakan oleh Cikgu Azmi...tapi bukan dalam konteks menyebut kesalahan mana2 pihak, tetapi lebih kepada pembaikan yg perlu dilaksanakan....tahun lepas, kita dikejutkan dgn pendedahan Menteri yg dok jaga hal ehwal agama apabila memberikan senarai permohonan dan permohonan yg diluluskan utk murtad....hairannya juga, bagaimana sebuah kerajaan boleh membenarkan pemurtadan ini berlaku dan meluluskan pulak....

itu belum lagi termasuk kes2 syirik yg langsung tak pernah disebut oleh mana2 pihak....yg hanya dok dengaq, ustaz2 saja dok sebut dalam kuliah di surau & masjid....tak apa lah, ada dok sebut juga....tp yg pi dengar sajalah yg reti pun....yg tak pi dengar kuliah....pakai hantam ikut dan saja....paling banyak aku jumpa dalam pertelingkahan politik sampaikan ada yg secara tak sedaq perkataan yg dituliskannya dah boleh sebabkan aqidahnya terbabas....mgkn belum sampai ke tahap murtad, tetapi dosa syirik itu lebih besar....yg murtad tu dah kira putus dah....tp yg dok buat dosa syirik dan tak sedaq ni lebih bahaya.....

screen shot di sebelah ni yg aku jumpa dalam ruangan maya menunjukkan jelas keberanian seorang remaja mengakui kemurtadannya kpd ibunya sendiri....apa resolusi yg dah dibuat dari HIMPUN yg boleh membantu situasi atau keluarga ini???



selain gejala murtad dan masalah syirik samada sedar atau tidak....akhlak2 anak muda kini pun sudah banyak yg tersasar.....natijah pada itu semua boleh menjuruskan kpd perbuatan murtad secara terangan suatu hari....

gambar sebelah ni adalah seorang rakyat Malaysia bernama Hasnah yg buat pengakuan terbuka murtad dalam satu majlis di US kalau tak salah aku....

banyak lagi lah....kes Aishah Bokhari dan kes Lina Joy adalah kes2 yg penting bagi kita utk rujukan.....tp jgn dok asyik salahkan orang lain, sedangkan pihak kita juga banyak kesilapan....mudah ceritanya, kalau rumah tak berkunci dimasuki penyamun, jgn salahkan penyamun semata2 sbb memang kerja dia menyamun....diri sendiri kena salahkan juga sbb tak kunci rumah dgn baik.....

kalau dah ramai yg macam ni....dah tak guna lagi....
kes hajjah shit al wuzara (lebih kurang gitulah nama dia) pun sampai skrg ni kerajaan tak buat apa2 atau tak boleh buat apa2....apa lagi yg boleh diharapkan utk menjaga agama!!!!

sorrylah sesiapa yg baca....mungkin banyak benda yg aku bancuh nampak mcm tonggang terbalik...hahahahah....hantam sajalah....aku menaip bukan ada skrip...aku bancuh ikut apa yg aku rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...