Blog Member

Ahad, 16 September 2012

Bekas Bendahari UMNO Sabah menyertai PKR


Tokoh korporat Umno Sabah, Ibrahim Menudin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu itu, sekali gus menyatakan sokongannya terhadap pembangkang.



Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.



Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR Tian Chua di akaun Twitter miliknya hari ini.

Ibrahim - antara pemimpin perintis yang membawa masuk Umno ke Sabah - berkata, beliau meletakkan jawatan ekoran wabak rasuah dalam parti.

Ibrahim (lihat gambar) bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.


sumber : malaysiakini.com
-------------------------------------------------------------------------
hahahahaha................nampaknya PR dan parti komponennya semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat sepertimana kata ramai juak2 umno......rupanya apa yg depa kata tu hanyalah ayat syok sendiri.... aku kira selepas ini, Ibrahim Menudin ni akan dituduh sebagai seorang manusia yg tak mengenang budi dan jasa.... hantam sajalah tuan Ibrahim Menudin oooiiiii depa nak kata apa pun..... Allah tahu samada kita ikhlas atau tidak................ asalkan bukan umno...........hahahahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...