Blog Member

Selasa, 25 September 2012

Kajian UM: Populariti Najib jatuh 3 peratus

berita : Sinar

SHAH ALAM - Kajian terbaru sebuah pusat pilihan raya Universiti Malaya (UM) menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan berbanding kedudukan Mac-April lalu.

Populariti Najib, yang dilihat sebagai faktor penentu dalam membawa Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding prestasi 2008, telah susut daripada 61 peratus kepada 58 peratus.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menyifatkan penurunan itu "masih keci", tetapi sama ada ia "satu trend penurunan atau yang hanya bersifat sementara adalah satu persoalan."
"Walaupun di negara kita, kita masih menganggap paras 60 peratus sokongan sebagai satu kadar yang kecil, tetapi di peringkat antarabangsa, 60 peratus masih dianggap tinggi," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau mengakui ada banyak yang membawa kepada penurunan itu termasuk orang ramai sudah lupa 'insentif' dan imbuhan yang diberikan di bawah Bajet 2012.

Ditanya mengenai tanggapan di kalangan BN bahawa Najib yang juga Presiden Umno, dilihat sebagai faktor penentu kemenangan pada PRU13 dan sama ada ia akan menjejaskan BN kelak, Redzuan mengakui perkara itu.

"Ya, Datuk Seri Najib perlu melakukan sesuatu untuk memikat kembali sokongan dan menaikkan populariti beliau sebelum PRU13," katanya lagi.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan trend semasa akan naik semula memandangkan Najib akan mengumumkan Bajet 2013 Jumaat ini.

Kajian terbaru yang dikendalikan antara 1 dan 16 September ini antara lain meliputi ciri mesra rakyat, berwibawa dalam pentadbiran, mengurus ekonomi dengan cekap, keperibadian dihormati dan dikenali di peringkat antarabangsa.

Kali ini, Umcedel menggunakan 1,536 responden iaitu 1,041 pengundi Melayu, Cina (385) dan India (110).

Peratus populariti Najib ini masih di paras seimbang yang pernah diumumkan oleh beberapa kajian lain, antara Merdeka Center.

Kajian Umcedel juga bertanya kepada respondennya sama ada debat antara Najib dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diadakan.

Seramai 72 peratus mengatakan pendirian ia wajar diadakan manakala 17 peratus mengatakan "tidak".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...