Blog Member

Selasa, 18 September 2012

Pusat khidmat Gerakan dibaling telur, air kopi

GEORGETOWN - Selepas tiga pusat khidmat DAP termasuk Wisma DAP yang terletak di Jalan Rangoon disimbah cat merah lima hari lalu, kini pusat khidmat parti Gerakan di Pulau Tikus pula menjadi sasaran.

Namun pusat khidmat berkenaan itu bukan disimbah dengan cat sebaliknya dibaling dengan telur dan air kopi.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, kejadian seumpama itu kini telah menjadi trend keganasan politik dan beliau percaya apa yang berlaku terhadap pusat khidmatnya awal pagi semalam bermotifkan politik.

Dr Teng berkata, tindakan nakal pihak tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan segera kerana ia akan mengundang rasa tidak tenteram dalam kalangan rakyat.

“Gerakan mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab ini dan berharap kesemua parti politik dapat mengawal penyokong masing-masing dari bertindak ekstrem.

“Buat masa ini Gerakan tidak berhasrat untuk membuat sebarang laporan polis kerana kejadian ini adalah kes kecil dan tidak perlu dibesarkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ditanya sama ada dia mengesyaki sesiapa yang melakukan perbuatan itu, Dr Teng enggan menuding jari ke mana-mana pihak.

“Saya rasa semua orang termasuk ahli-ahli politik tidak membenarkan insiden itu berlaku lagi dan kita berharap ia tak akan berulang,” katanya.
---------------------------------------------------------------
ish......apa la kurang ajaq sangat orang la ni berpolitik!!!!! minggu lepas pejabat DAP dibaling cat...ini pulak Pusat Khidmat Gerakan......mmg perbuatan kurang ajaq......

tapi ya, apa pasai dibaling telur dan kopi??? tidak dibaling cat merah mcm di pejabat DAP tu??? adakah org yg buat tu adalah orang yg berbeza??? mungkin lah kot.....tapi pasai apa telur dan kopi??? mungkin sebab senang dibasuh kot nanti......hahahahahaha.......pikiaq jgn tak pikiaq.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...