Blog Member

Khamis, 20 September 2012

RM46bilion aset kekayaan Taib Mahmud - Kajian BMF

sumber : malaysiakini

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara. 

------------------------------------------------------

tu dia aih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! biaq betoi ni!!!!!!!!!!!!!!!!!  menurut satu artikel di laman web rasmi BMF bertarikh 7 September 2012 menyebutkan bahawa kerajaan Switzerland telah bersedia untuk membekukan semua aset Musa Aman dan Taib.....ini berikutan Pendakwaraya Switzerland dah pun memfailkan kes terhadap UBS iaitu sebuah bank di Switzerland yg dikatakan bertanggungjawab ke atas proses 'laundering' duit berjumlah 90juta US Dollar bagi pihak Musa Aman........ tetapi, kes ini hanya akan berjalan sekiranya ada kerjasama dari kerajaan Malaysia melalui proses perundangan.............

entahlah, aku pun tak berapa paham sangat pasai undang2 antarabangsa ni.....tetapi pendedahan macam ini begitu mengejutkan......... kalau pun tak betoi, kerajaan Malaysia sepatutnya memberikan ruang kerjasama utk membersihkan tuduhan2 tersebut......tapi, kalau betoi......tak berapa hairan lah sangat aku!!!!!

semua artikel berkaitan hangpa boleh baca SINI, SINI.....hangpa godek lah dalam laman web BMF tu apa yg hangpa nk baca......aku pun bukan pandai translate sangat.....padanlah tahap aku kerja buat bendang saja..........hahahahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...