Blog Member

Jumaat, 6 Januari 2012

Jawapan standard utk soalan pun standard!!!

apa??? tak tahu...saya tak pernah diberitahu....saya tak pernah tahu menahu....saya akan semak...oh begitu, saya belum tengok laporannya....

begitulah petikan sesetengah ayat jawapan standard dalam pentadbiran Malaysia. hanya dengan jawapan standard tersebut, telah terbukti tiada kesalahan dilakukan....tetapi, jika yg dikononkan terlibat tu kerani rendah yg duduk pulak tingkat bawah, meja dan kerusi pulak yang paling murah...jawablah mcm mana pun, pasti tetap akan didapati bersalah....
--------------------------------------------------------

Jamil Khir ‘tidak tahu’ projek jalan Perkim
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
January 05, 2012
themalaysianinsider.com

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Menteri berkaitan hak ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata beliau tidak tahu menahu berkenaan penglibatan Perkim terhadap projek pembinaan jalan bernilai RM270 juta, dengan mengatakan pihaknya tidak pernah mengetahui berkenaan perkara itu sebelum ini.

Naib Presiden Perkim II, Prof Emeritus Datuk Ariffin Suhaimi, 74, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60, yang merupakan ahli Perkin, dituduh pecah amanah pada 27 Dis 2011, yang melibatkan RM3.7 juta yang diberikan kepercayaan kepada mereka sebagai wang pertimbangan untuk menaik taraf jalan Lapangan Terbang Subang ke Sungai Buloh antara April 2002 dan April 2004. 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak memberikan butiran lengkap berkenaan kes tersebut kecuali menuduh ketiga-tiga mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
“Saya tidak tahu tentang perkara ini, saya perlu semak, saya tidak pernah dengar berkenaan perkara ini,” kata Jamil Khir (gambar)kepada The Malaysian Insiderselepas merasmikan majlis di Institut Kefahaman Islam di sini.

Tambahnya, perkara itu bukan berada di bawah bidang kuasanya sebelum bergegas untuk makan tengah hari.

Perkim merupakan sebuah pertubuhan kebajikan untuk saudara baru yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman, pada 1960. Pertubuhan tersebut sekarang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini.

Fasa pertama projek berkenaan diserahkan kepada Perkim (Damansara Utama)-Rira Bina Sdn Bhd JV pada 11, 2003, oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bernilai sekitar RM130 juta, menurut laman web Badan Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB).

Fasa kedua kemudiannya diberikan pada 2 Ogos 2006 dengan sejumlah RM139.5 juta. Jarak jalan yang terlibat sejauh 13.5km.

Pada masa itu, Datuk Seri S. Samy Vellu adalah Menteri Kerja Raya. Beliau memegang jawatan berkenaan sejak 1995 hingga 2008. Bekas Presiden MIC itubagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan.

Jabatan Kerja Raya masih lagi belum membuat kenyataan kepada The Malaysian Insiderberkaitan status lengkap projek tersebut. Ia sepatutnya disiapkan pada 9 Oktober, 2008, kira-kira tiga bulan daripada tarikh asal pembinaan.

Naib Presiden Perkim I, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak tahu berkenaan cawangan daerah diberikan projek dalam skala besar kerajaan.

Bekas Menteri Besar Perlis itu pada 29 Disember berkata, bahagian berkenaan dibenarkan untuk mendapatkan dana, tapi tidak digalakkan terlibat dengan perniagaan utama.

Menurutnya, dia baru pulang dari luar negara dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ariffin dan Dr Mahathir berhubung kes tersebut.

Namun begitu, Pengerusi Perkim, Datuk Dr Abu Bakar Shaari berkata, cawangannya dibenarkan membuat kerjasama seperti Perkim Damansara Utama asalkan mereka “mendaftar kepada kerajaan”.

Pengerusi Perkim Selangor Datuk Mohd Yasin Taib berkata, cawangannya itu dibenarkan untuk “melakukan apa sahaja aktiviti” bagi meraih dana, selagi ianya tidak melanggar undang-undang.

Namun begitu, skala RM270 juta projek jalan tersebut jauh daripada dana kebajikan seperti mencuci kereta mahupun menjual buku.

Pihaknya turut tidak mengetahui berkenaan cawangan Damansara Utama tersebut dan menyatakan terdapat banyak cawangan badan tersebut di Selangor.

Persoalan bagaimana Rira Bina Sdn Bhd terlibat dan hubungannya dengan Perkim Damansara Utama masih menjadi persoalan.

Beberapa panggilan telah dibuat terhadap pihak yang mempunyai kaitan masih lagi belum mendapatkan penjelasan. Panggilan ke cawangan Pulau Pinang pula dijawab, tetapi mereka berjanji akan memberikan jawapan berhubung perkara itu The Malaysian Insider, namun masih lagi belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan.

Menurut laman web CIDB, syarikat berkenaan mempunyai pengkhususan dalam projek pembinaan jalan dan juga kerja-kerja kejuruteraan awam.

Namun begitu, Ketua Perhubungan Pemuda Umno, Datuk Seri Rizal Merican menegaskan adalah mematuhi undang-undang sekiranya sebuah syarikat bergabung dengan NGO untuk mendapatkan projek kerajaan, dan menegaskan ianya perlu bagi memastikan kualiti kerja tersebut.

Tambahnya, sekiranya terdapat konflik, kerjasama sedemikian adalah tidak digalakkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...