Blog Member

Jumaat, 6 Januari 2012

dah tak ada kuasa, cakap pun tarak guna!!!! cap ayam saja.....

Dalam wawancara Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dgn wartawan Harakah, beliau menasihatkan PM supaya 'tidak kalut' utk adakan pilihanraya dalam tempoh terdekat selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya belum menyelesaikan tugas depa.....

hehehehehe.....cakap ini mmg boleh diterima, tapi bagi aku....ini sebenarnya hanya cakap lawa....kalau orangnya masih dalam pentadbiran kerajaan ataupun masih laku dalam umno be end....depa inilah yg pertama2 akan sokong segala keputusan pimpinan depa. ada serupa bekas PM kita lah dulu masa dia mentadbir...langsung tak nampak cacat celanya....tapi dah dok di luaq kandang....barulah nampak sana lobang sini lompang....

walaupun aku bersetuju dgn apa yg disuarakan oleh Tan Sri Kadir, yg aku nk bancuh adalah sikap sesetengah bekas pemimpin umno be end nih....masa dok laku dalam umno be end...depa lah juara segalanya dan tak berani langsung nak sanggah walaupun depa tau apa kebenarannya.....tapi, bila dah tak berapa nk laku nih...macam2 depa punya nasihat lah, teguran lah.....sedangkan kalau betul nk nasihat pun, boleh saja dibuat secara direct....angkat handphone saja...tak perlu nk dok cerita melalui media walaupun ditanya....

dan apa yg lebih menarik apa yg disebutkan oleh Tan Sri Kadir kpd wartawan seperti yg dilaporkan beliau berkata:

"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara terang- terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran. Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.

so, aku minta mana2 pihak mgkn boleh fikirkan utk buat laporan ke SPRM ka ataupun ambik tindakan susulan yang bersesuaian atas apa yg Tan Sri dah sebutkan spt di atas sbb ini serius nih....bukan main2 kalau betul penguasaan umno be end ditegakkan atas dasar beli undi...tak mustahil ianya akan berulang lagi pada PRU 13 nanti (hehehehehe......walaupun kita sebenarnya sedia maklum tiap2 kali pilihanraya ada isu beli undi). ini juga sebagai satu bukti bahawa pemimpin umno be end memang dah terlibat lama dalam aktiviti beli undi ni.....kalau tak percaya, tanya Tan Sri Kadir....jgn tanya aku sbb aku hanya tukang bancuh saja....hahahahahahahah

berita penuh : harakahdaily.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...