Blog Member

Isnin, 2 Januari 2012

ini lagi kisah umno merobohkan surau, apsal tak bising???

Selasa Mei 22, 2007

Kontraktor dihalang roboh surau lama 90 tahun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melanjutkan perintah injunksi sementara yang diperolehi 13 anggota jawatankuasa surau Dang Wangi yang menghalang sebuah syarikat kontraktor daripada merobohkan surau itu sehingga 3 Julai ini.

Hakim Tee Ah Sing memerintahkan syarikat Trans Resources Corporation Sdn Bhd supaya tidak merobohkan surau itu sehingga pendengaran sepenuhnya permohonan injunksi daripada merobohkan surau itu yang dikemukakan 13 anggota jawatankuasa tersebut.

Pada 8 Mei lepas, Hakim Ah Sing membenarkan permohonan anggota jawatankuasa Surau Dang Wangi untuk memperolehi perintah injunksi sementara bagi menghalang Trans Resources merobohkan surau itu pada 9 Mei lepas.

Hakim Ah Sing memerintahkan syarikat itu supaya tidak merobohkan surau berusia 90 tahun itu sehingga pendengaran sepenuhnya permohonan injunksi itu.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran sepenuhnya permohonan injunksi 13 anggota jawatankuasa bagi menghalang Trans Resources daripada merobohkan surau tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan kepada 3 Julai ini kerana dua defendan iaitu Trans Resources dan Majlis Agama Islam (Mais) yang dinamakan dalam saman oleh 13 anggota jawatankuasa surau itu mengemukakan permohonan untuk mengenepikan perintah injuksi sementara dan membatalkan saman.

Pada 17 Mei lepas, Trans Resources mengemukakan permohonan bagi mengenepikan perintah injunksi sementara yang diperolehi oleh 13 anggota jawatankuasa surau itu.

Dalam permohonannya, syarikat itu mendakwa telah dilantik oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk membina Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan surau itu perlu dirobohkan.

Menurut syarikat itu, Jabatan Agama Islam Wilyah Persekutuan (Jawi) telah memaklumkan kepada anggota jawatankuasa surau itu bahawa Jawi tidak menghalang syarikat itu untuk merobohkan surau tersebut kerana Jawi akan menggantikannya dengan surau baru.

Sementara itu, Mais yang memfailkan permohonan untuk membatalkan writ saman itu semalam, dalam permohonannya mendakwa tindakan saman oleh plaintif terhadap Majlis itu bukan sahaja dilakukan di luar aturan malah sama sekali tidak sah di sisi undang-undang.

Mais mendakwa pihaknya bukanlah pihak yang perlu melindungi kepentingan 13 anggota jawatankuasa itu tetapi pihak lain yang sepatutnya melindungi mereka.

Pada 7 Mei lepas, 13 anggota jawatankuasa surau yang diketuai Mohamad Subahan Mohd Nasir memfailkan saman dalam kamar terhadap Trans Resources, Mais dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi memohon perintah injuksi sementara bagi menghalang surau itu dirobohkan.

Dalam saman itu, mereka mendakwa Pesuruhjaya Tanah telah membenarkan Trans Resources merobohkan surau itu bagi pembinaan Kompleks Polis dan mereka diberikan masa sebulan iaitu dari 9 April untuk mengosongkan surau itu. BERNAMA

lagi cerita umno roboh surau, klik pada nombor : 1 / 2 / 3 /

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...