KOTA BHARU, 5 Jan: 20 ahli kelab motor dari Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor dan Kelantan berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz baru-baru ini.
(Wakil kelab menyampaikan cenderamata kepada Tuan Guru Nik Aziz)
berita selanjutnya : harakahdaily.net
Perjuangan meletakkan agama Islam pada tempatnya kian mendapat tempat dan semakin difahami oleh segenap lapisan. benarlah seperti janji Allah bahawa perjuangan pada jalan-Nya ini adalah perjuangan yang relevan sepanjang masa, sesuai sepanjang zaman atau tidak akan sunyi dari sokongan. Penting bagi kita adalah menyebarkan kebenaran dan bukannya mengutamakan kemenangan. Walaupun kemenangan itu perlu dalam apa jua bentuk perjuangan, tetapi ia sebenarnya tidak menjadi satu keperluan kerana hakikat kemenangan adalah pada sisi Allah dan bukannya pada sisi manusia.
Lumrahnya manusia adalah sedaya upaya untuk mencari kebenaran setelah terbuka pada hati masing2 jalan2 menuju redhaNya....berbeza dgn mereka yg tidak mahu menerima kebenaran akibat daripada pertimbangan terhadap kepentingan duniawi yg lebih tinggi. Ibaratnya nk bersolat, nak kena pakai kain pelikat...kalau kain pelikat tak ada, biar tak bersolat pun tak apa dgn anggapan seluar yg dipakai tidak bersih....kononnya itu satu bentuk uzur syar'ie....sebenarnya ramai yg tak tahu bahawa kewajipan bersolat itu adalah WAJIB ditunaikan pada waktu yang telah ditetapkan dan kewajiban menunaikannya ada tahap2nya sehingga kpd tahap 'wajib menunaikan perkara yang wajib pada waktu yang diwajibkan'.....entahlah betul atau tidak ayat aku tu, tapi itulah yg aku faham dari apa yg aku belajaq faham......
Allahurabbi....semakin manusia hilang kemanusiaannya, Allah akan menggantikan segolongan lain yang semakin mencintai agamaNya....dan amat merugilah mereka yang tak termasuk ke dalam golongan itu dengan mengambil pendirian utk lebih mencintai dunianya.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....