Blog Member

Sabtu, 7 Januari 2012

Seorang mahasiswa UM ditahan reman 4 hari tanpa sebab munasabah

sumber berita :  themalaysianinsider.com

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah ditahan di Balai Polis Pantai sejak tengah malam tadi kerana dikatakan tidak memberi kerjasama semasa anggota polis cuba menggeledah tubuh badannya.

The Malaysian Insider difahamkan, mahasiswa itu Bukhairi Sufian, 21, telah didatangi anggota polis di pintu masuk utama UM sebelum digeledah dan kemudian terus dibawa ke Balai Polis Pantai tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Menurut Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang(gambar), Bukhairi, pelajar jurusan Sains Politik Islam ditahan reman selama empat hari.

“Apa yang saya tahu dia (Bukhairi) ditahan kerana tidak memberikan kerjasama ketika polis mahu menggeledah tubuh badannya dan dia telah dibawa ke Balai Polis Pantai kira-kira tengah malam tadi.

“Kita cuba menghubungi pegawai penyiasat untuk mengetahi lebih lanjut tentang penahanan Bukhairi namun sehingga kini masih gagal mendapatkan sebarang maklumat...kita juga kurang jelas sebab-sebab polis menahannya,” katanya yang kini berada di Balai Polis Pantai.

Menurut Mohd Safwan, ketika kejadian itu Bukhairi bersendirian sebelum didatangi anggota polis.

“Saya tidak tahu berapa ramai anggota polis tapi ketilka kejadian Bukhairi seorang diri.

“Saya juga difahamkan keluarga Bukhairi masih belum mengetahui tentang perkara ini selain dia akan menghadapi peperiksaan pada hari Selasa ini,” katanya.

Difahamkan peguam Bukhairi berada di balai polis untuk membebaskan aktivis mahasiswa itu.

Pada malam sambutan tahun baru, kumpulan aktivis mahasiswa telah disuraikan polis semasa demonstrasi di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim.

Mohd Safwan telah dikejarkan ke hospital setelah dikatakan diserang oleh anggota polis yang cuba menyuraikan perhimpunan aman itu.

Demonstrasi itu diadakan berikutan kontroversi tindakan seorang aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim menurunkan kain rentang bergambar Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di sini bulan lalu.

Adam Adli merupakan mahasiswa UPSI.

Polis menafikan bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa itu semasa demonstrasi, menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat yang mana seramai 17 mahasiswa telah ditahan.

Mahasiswa dan ahli politik pembangkang mendakwa beberapa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi menuntut kebebasan akademik dikatakan dibelasah dan ditahan selepas ingkar arahan bersurai yang dikeluarkan polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...