Blog Member

Khamis, 5 Januari 2012

PKR yakin polis ada kes kukuh ke atas NFC - Rafizi....hehehehe...boleh percaya ka???

Laporan penuh : PKR yakin polis ada kes kukuh ke atas NFC

aku kata, boleh percaya ka dgn ketelusan siasatan polis ni??? entahlah.....dah banyak dah contoh-contoh yg menunjukkan sebaliknya. ada yg boleh percaya sekerat, lepas tu dah ikut skrip. ada yg langsung tak boleh percaya sbb dari awal ikut skrip....

cuma menarik dalam laporan penuh di atas, Rafizi dipetik berkata "siasatan polis juga berbeza dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menurutnya hanya berminat untuk mengetahui identiti individu yang membocorkan maklumat berhubung kes tersebut kepada PKR"

begitulah perangai puak2 SPRM ni pun....depa bukan nak siasat kesalahan yg dilaporkan, tetapi dok persoal individu yg membocorkan maklumat. mgkn kata depa ada jaminan keselamatan ataupun jaminan tak akan didedahkan...hehehehehe....bagi aku, depa cuma nak maklumat dan kemudian bermain dgn isu kredibiliti pembocor maklumat....gitulah cara pihak berkuasa di Malaysia nih...kadang2 bila kita buat baik, depa khianat...bila tak bagi kerjasama, depa bising juga....bila dah bagi kerjasama, bertahun masih tak selesai.

dan kadang pula bukan sistem yang salah, tetapi pengamal sistem yg tak amanah. lebih kurang mcm kita pandu kereta....sistem pemanduan sedia ada tak salah, pemandu lah yg buat salah.

tak apa lah, kita bagilah ruang dan peluang serta kerjasama sepenuhnya kpd polis dalam menjalankan tugas depa. tugas kita adalah membongkar segala kebejatan puak2 sana....kalau puak2 polis ni tak amanah, tak jujur dalam buat kerja....kita lapor saja kepada Allah semoga Allah membalas segala perbuatan buruk depa dgn memberi hidayah dan rahmat Nya yg melimpah ruah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...