bagi yg menonton video di bawah ni, aku nk pesan sikit lah.....umur pak cik ni dah 73 tahun, maka sedikit sebanyak ucapan beliau tak begitu teratur dan tidak tersusun yg juga mgkn disebabkan oleh faktor kurang pengalaman berucap di khalayak ramai dalam isu politik......apa yg penting nk dibuktikan iaitu pak cik ini telahpun meninggalkan umno be end dan secara rasmi menubuhkan jawatankuasa penaja penubuhan PAS Cawangan di kampung berkenaan..............
Assalamualaikum....terima kasih kerana melawat blog aku yg tak berapa nk canggih-manggih neh...ini adalah wilayah ISA (Ikut Suka Aku) utk aku bancuh apa yg patut dibancuh...sesiapa tak puas hati, pi bancuh sendiri.....aku yang menulis tidak bertuan, tapi aku berTUHAN. Maka, ambik lah yang mana manfaat, abaikan yang mudharat. Jika ada yang mahu menghulurkan sumbangan sebagai meringankan beban, amatlah di alu-alukan. Saluran : MBB-152023088590 / CIMB-02048617025529
Blog Member
Rabu, 19 September 2012
Selasa, 18 September 2012
Tee, penerima jantung 'baru' meninggal dunia
Dina Bato Sambua, 51, tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap mayat anaknya Tee Hui Yee di pusat persemadian Jalan Fatimah, Batu Pahat Johor di sini hari ini. Foto Bernama |
BATU PAHAT - Tee Hui Yee, gadis yang pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung pada lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.
Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi di Hospital Batu Pahat, selepas dihantar keluarganya dari rumah mereka di Kampung Parit Besar di sini, ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.
Ibunya, Dina Bato Sambua, 51, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu mengadu sakit dada dan belakang serta mengalami muntah kira-kira pukul 11 malam semalam selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran stimbot bersama seorang rakan.
ini kot amalan parti yg direstui Allah??? kononnya!!!!!
kata Presiden UMNO......
hahahaha......yg aku setuju cuma satu saja iaitu 'dengan izin Allah'...... tapi izin Allah itu belum membawa erti 'restu' atau 'redha' dari Allah......apakan daya, mgkn dgn amalan2 seperti ini yg membuatkan presiden umno tu rasa macam tu..... pakat2 hayati!!!!
Jika gagal, saya letak jawatan
sumber : BeritaHarian
Sasaran FAM utk skuad bolasepak kebangsaan dalam Piala Asia 2015 adalah ke peringkat pusingan akhir.....
Rajagopal sebagai jurulatih pulak bercadang utk letak jawatan kalau gagal.......
senario di Malaysia ni mmg macam tu lah jadinya......kalau anak murid lulus cemerlang dalam exam, cikgu tak lah sangat dipuji.....tapi kalau anak murid gagal, cikgu yg mengajar teruk kena hantam jugak...... ibu bapak tak pernah pun nk salahkan diri sendiri atas kegagalan anak....tapi rasa megah dan berbangga diri kalau anak cemerlang....
aku rasa dah patut cara pikiaq tu kena ubah dah.....semua pihak ada peranan dan tanggungjawab masing2 dalam sebarang kejayaan atau kegagalan.... masing2 menyumbang kepada keputusan.....jgn sampai anak2 teruk dijadikan mangsa kesilapan diri sendiri........ibu bapak jgn kira tugas cari duit bagi makan anak2 saja.....tapi tanggungjawab lain dilepaskan kpd cikgu seluruhnya...........
aku gunakan kiasan mak bapak dalam hal ni sbb lebih mudah utk paham.....siapa itu anak2, siapa itu cikgu dan siapa itu mak bapak.....hangpa pikiaq ambik lah...... tapi, aku amat tak bersetuju tindakan 'letak jawatan' akan menyelesaikan semua masalah.....walaupun tindakan tersebut kadang2 baik utk masa depan pasukan... kalau tanya pada aku apa tindakan yg sesuai......hehehehehe.....aku nk cadang ja, kalau gagal jugak....bubarkan terus pasukan dan jangan ada langsung pasukan kebangsaan.....tak payah dok pening kepala dan tak payah dok perabih ringgit......lagi satu, doa dari rakyat jugak perlu.....bukan takat sokongan dan sorakan di padang.........
modai RM3.5juta, kutip hanya RM400ribu.....
sumber : mStar
apa lagi boleh nk dikatakan.....simpati saja lah. nak buat mcm mana lagi!!!
tapi pada aku lah, filem2 tempatan tak ada visi dan tak ada hala tuju yg positif.....industri pulak ibarat mcm anak ayam turut ibu ayam.....kalau ibu ke kiri, anak2 pun ikut ke kiri.....kalau ibu ke kanan, anak2 ayam pun beralih ke kanan.....kalau filem cerita hantu, pakat lah buat cerita hantu.....kalau filem cerita komedi hantu, pun sama pakat buat.....kalau cerita cinta pulak, tak lepas mcm cerita hindustan
ditambah lagi pulak dgn senario ekonomi yg menekan rakyat hari ini.....hanya golongan tertentu saja yg nak masuk panggung tengok wayang.... orang macam aku pulak, minta mahap lah.... kalau tiket RM10, orang akan pikiaq dua tiga kali jugak nak beli disebabkan kos sara hidup yg tinggi.....tak sanggup nk abiskan ke tiket wayang berbanding beli makanan......dah lah terkadang cerita entah apa2.....cerita lawak pun, jadi lawak bodo dan dungu saja....
golongan manusia yg suka pi tengok wayang pun dah semakin berkurang la ni.....ramai anak muda lebih suka pi dengar kuliah spt kuliah Ustaz Azhar Idrus atau kuliah ustaz & ustazah lainnya..... ramai jugak yg lebih rela abiskan duit pi dengar ceramah politik bagi yg dah terbuka minda depa.....hanya tinggal kebanyakannya adalah golongan yg lebih mementingkan hidup utk suka-suka dan hiburan semata2.....tak berapa ramai dah golongan tu.........
dan kalau cerita bab movie ni pun, lebih ramai yg suka tengok movie dari luar negara.....sbb movie dari luar negara terkadang boleh memberi inspirasi tertentu seperti inspirasi teknologi, pengetahuan dan pengalaman.... tapi cerita dalam negara, kalau cerita pasai penyiasatan.....lebih banyak bercakap dari bertindak....kalau yg berlakon jadi pegawai polis pun, tangan banyak dok seluk poket, bercakap sambil berjalan atau berdiri di tengah jalan...... dok pot pet pot pet sembang pasai itu ini, tiba2 penjenayah dah ditewaskan.......hahahaha.... begitu jugak kalau cerita pasai perniagaan atau dunia korporat.....yg lebih banyak ditonjolkan adalah mengenai kehidupan dan isu....bos mesti seorang 'datuk' atau 'tan sri'....duduk atas kerusi empuk dalam pejabat.....entah kerja apa yg dibuat pun tak tahu.....tiba2 ada secretary keluar masuk suruh bos sign dokumen.......hahahahaha...... kalau melawat tapak projek pulak, pelakon baca plan dgn terhangguk-hangguk.....tangan merewang tunjuk apa pun tak tau......
kamon lah penggiat seni di Malaysia......jgn hanya dok kira teknologi yg digunakan menghasilkan filem...tetapi teknik penceritaan juga penting.....aku tak compare dgn filem barat....tapi compare dgn filem2 mai dari Indonesia dan Thailand pun sudah cukup nk menunjukkan betapa rendahnya mutu drama dan filem tempatan.........
Pusat khidmat Gerakan dibaling telur, air kopi
GEORGETOWN - Selepas tiga pusat khidmat DAP termasuk Wisma DAP yang terletak di Jalan Rangoon disimbah cat merah lima hari lalu, kini pusat khidmat parti Gerakan di Pulau Tikus pula menjadi sasaran.
Namun pusat khidmat berkenaan itu bukan disimbah dengan cat sebaliknya dibaling dengan telur dan air kopi.
Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, kejadian seumpama itu kini telah menjadi trend keganasan politik dan beliau percaya apa yang berlaku terhadap pusat khidmatnya awal pagi semalam bermotifkan politik.
Dr Teng berkata, tindakan nakal pihak tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan segera kerana ia akan mengundang rasa tidak tenteram dalam kalangan rakyat.
“Gerakan mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab ini dan berharap kesemua parti politik dapat mengawal penyokong masing-masing dari bertindak ekstrem.
“Buat masa ini Gerakan tidak berhasrat untuk membuat sebarang laporan polis kerana kejadian ini adalah kes kecil dan tidak perlu dibesarkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ditanya sama ada dia mengesyaki sesiapa yang melakukan perbuatan itu, Dr Teng enggan menuding jari ke mana-mana pihak.
“Saya rasa semua orang termasuk ahli-ahli politik tidak membenarkan insiden itu berlaku lagi dan kita berharap ia tak akan berulang,” katanya.
---------------------------------------------------------------
ish......apa la kurang ajaq sangat orang la ni berpolitik!!!!! minggu lepas pejabat DAP dibaling cat...ini pulak Pusat Khidmat Gerakan......mmg perbuatan kurang ajaq......
tapi ya, apa pasai dibaling telur dan kopi??? tidak dibaling cat merah mcm di pejabat DAP tu??? adakah org yg buat tu adalah orang yg berbeza??? mungkin lah kot.....tapi pasai apa telur dan kopi??? mungkin sebab senang dibasuh kot nanti......hahahahahaha.......pikiaq jgn tak pikiaq.....
Penoreh getah maut ditembak - Gurun, Kedah
SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah, maut terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di Ladang Bukit Lembu, Gurun dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, K. Kalyani, 57, dikatakan sedang berehat di hadapan rumahnya bersama suami dan anggota keluarganya yang lain.
Suami mangsa, M. Thannimalai, 63, berkata dia terdengar deruman enjin motosikal dan kereta memasuki kawasan rumah mereka dan kumpulan lelaki itu turut membuat bising di situ.
"Saya terdengar bunyi tembakan namun tidak menyangka salah satu tembakan itu mengenai isteri saya. Saya hanya menyedari apabila melihat isteri saya, yang berada tidak jauh dari saya, jatuh dan darah mengalir laju membasahi kawasan dia rebah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.
BERSIH yang diBERSIHkan.....
Penyokong BERSIH bebas tuduhan perhimpunan haram Oleh : Hafiz Yatim
Dua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis.
Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008.
Menurut mahkamah, terdapat jurang dalam kes pendakwaan ekoran testimoni saksi-saksi yang tidak konsisten.
"Berikutan ini, tidak perlu untuk memanggil tertuduh untuk membela mereka. Mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata Hakim Hayatul Akmal.
Mereka yang didakwa termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng, paderi Katolik Paulino Francesco Miranda serta peguam S Ashok Kandiah.
Yang lain adalah K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah, Ambrose Poh Teik Huat, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Thengaran, Ong Boon Keong, Mohd Fasya Mohd Tajudin, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil and Goh Chien Yee.
kesemua mereka berumur antara 29 dan 66 tahun, dengan majoritinya dari Lembah Kelang dan yang lainnya dari Alor Setar, George Town dan Tampin.
Dua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis.
Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008.
Menurut mahkamah, terdapat jurang dalam kes pendakwaan ekoran testimoni saksi-saksi yang tidak konsisten.
"Berikutan ini, tidak perlu untuk memanggil tertuduh untuk membela mereka. Mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata Hakim Hayatul Akmal.
Mereka yang didakwa termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng, paderi Katolik Paulino Francesco Miranda serta peguam S Ashok Kandiah.
Yang lain adalah K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah, Ambrose Poh Teik Huat, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Thengaran, Ong Boon Keong, Mohd Fasya Mohd Tajudin, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil and Goh Chien Yee.
kesemua mereka berumur antara 29 dan 66 tahun, dengan majoritinya dari Lembah Kelang dan yang lainnya dari Alor Setar, George Town dan Tampin.
kantoi!!!! gambar yg dikatakan di edit........
hangpa tengoklah gambaq di bawah ni.......aku pun tak berapa nk pasti sangat, tapi nampak mmg macam telah diedit oleh pihak2 tertentu.....tetapi dibuat secara tak profesional..... pakai 'cut & paste' saja sbb nampak dgn jelas beberapa elemen yg meragukan.......
aku pun tak tau sumber asal gambar ni dan sumber asal orang yg telah mendedahkan kekantoian gambaq ni.... tapi aku ambik di sini : malaysia-chronicle.com
gambaq yang kat bawah ni pulak aku ambil dari satu akaun facebook (klik)
sumber asal gambar di NST (klik)......maka, bagi yang ada akai....pikiaq ambik lah..... bukan pikiaq mcm mana depa edit, tapi pikiaq apa sebabnya gambaq ni di edit......hahahahahaha
aku pun tak tau sumber asal gambar ni dan sumber asal orang yg telah mendedahkan kekantoian gambaq ni.... tapi aku ambik di sini : malaysia-chronicle.com
gambaq yang kat bawah ni pulak aku ambil dari satu akaun facebook (klik)
sumber asal gambar di NST (klik)......maka, bagi yang ada akai....pikiaq ambik lah..... bukan pikiaq mcm mana depa edit, tapi pikiaq apa sebabnya gambaq ni di edit......hahahahahaha
pegawai PTD meninggal ketika kursus selamat dikebumi.....
sumber : Berita Harian
pertamanya marilah kita sedekahkan pahala surah al Fatihah kepada Allahyarham.....
Ucapan takziah dari aku sekeluarga kepada keluarga Allahyarham.......berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.....apatah lagi dgn anak kecil, kembar pulak tu..... sudah tentu satu kehilangan yg amat perit bagi keluarga Allahyarham...tambahan pulak dgn usia perkahwinan/keluarga yang dibina masih lagi di awal perjalanan..... semoga tabah dgn ujian dari Allah......
Bagi aku, kejadian2 sebegini boleh dielakkan dari awal.... tapi apakan daya, pentadbiran bersistemkan 'dah terhantuk baru nak terngadah' inilah puncanya..... aku setuju dan sokong sebarang bentuk aktiviti dianjurkan bagi meningkatkan disiplin para kakitangan....tetapi bukanlah dgn kaedah betul2 ala ketenteraan yg bukannya sesuai utk semua orang...... dan bukan hanya kaedah ala tentera itu sahaja yg dapat mendisiplinkan semua orang sedangkan sebaik2nya kena gunakan kaedah yg telah sedia ada dalam Islam.....
Disiplin seseorang bukan hanya terletak kpd latihan jasmani, tetapi lebih dipengaruhi oleh rohani seseorang. Jika seseorang itu takutkan Allah, maka segala amal perbuatannya akan sedaya upaya mengikut neraca Allah....walaupun tidak dinafikan, dalam setiap kursus ada diselitkan pengisian rohani, tetapi kebanyakannya hanya 'melepas batuk di tangga'.....dibuat dengan tidak bersungguh-sungguh dan selalunya tidak menepati sasaran.......
Kemudian lagi, kursus2 yang diadakan kebanyakan bermodelkan atau bersumberkan kaedah yg diimport yg tidak memenuhi piawaian syarak hinggakan sebahagian peserta samada secara sengaja atau tidak sengaja meninggalkan solat akibat dari keletihan yg teramat sangat...... masa aku pi kurus BTN dulu, sebahagian besar peserta kursus tak hadir solat Jumaat akibat keletihan....tapi tak pulak dimarahi oleh juruletih..... tapi kalau lambat hadir ke padang atau kesilapan lain....peserta akan didenda mengikut hawa nafsu juruletih....
Terlanjur aku sebut kursus BTN ni, aku pernah menghadiri Kursus BTN di Segari, Perak.....kursus tu kononnya utk memotivasikan diri peserta bagi meningkatkan kemahiran dan semangat belajar....tapi pengisian sebenar terpesong...... ini cerita dekat 18 tahun lalu lah....yg aku masih ingat iaitu antara pengisian2 yg diberikan adalah terarah kepada unsur2 politik.....macam2 lah jugak dimasukkan ke dalam kepala otak aku waktu tu.....hehehehehe.....tapi sebenarnya depa tak berjaya mempengaruhi minda aku, malah lebih membuatkan aku meluat kpd umno be end walaupun selepas dari itu, aku TERPAKSA menyertai umno be end disebabkan ayahandaku.....tapi utk beberapa tahun saja, sbb tak lama lepas tu aku berjaya mengajak kedua ibu bapaku menyertai PAS sampai hari ini.......
Berbalik kpd kejadian di atas.....seperti biasa jawapan2 yg diberikan melalui penyokong gerombolan di facebook akan mempertahankan dgn 1001 macam alasan..... ada yg kata 'hanya seorang meninggal dari 243 orang, kes terpencil je tu', namun ada juga komen yg tak sepatutnya dilemparkan......adakah bagi depa itu nyawa tidak ada nilainya??? atau mgkn sebab tak kena batang idung keluarga depa.....ada lah yg secara kurang ajaq komen ikut sesedap rasa.......
cerita bahong!!!!!
Phahrolrazi nafi dakwaan mahu tukar MB
sumber : Malaysiakini
Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan kepada sebuah portal berita bahawa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu diganti sejak setahun lalu.
Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya PAS 1 Kedah dilaporkanSinar Harian sebagai berkata, krisis yang dikaitkan bersama Dr Ismail Salleh itu dianggap selesai selepas mereka kembali dalam barisan Exco 5 Mac lalu.
“Saya andaikan ada pihak mahu memporak-perandakan semula PAS Kedah setelah krisis Exco selesai Mac lalu. Laporan portal berkenaan mungkin sengaja dibuat untuk cetuskan kekacauan dalam Pas Kedah,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata, beliau kesal kerana namanya dikaitkan dengan komplot tersebut walaupun krisis itu sudah berakhir.
“Isu ini sudah selesai apabila saya dan Dr Ismail terima semula jawatan Exco dan menyertai kerajaan untuk terajui Kedah.
"Ini bermakna kami memberi sokongan penuh terhadap Kerajaan Negeri dan kepimpinan Azizan. Jika tidak, macam mana nak duduk dalam barisan Exco, ini disiplin yang perlu ada pada setiap Exco,” katanya lagi dalam laporan itu.
Februari lalu, Phahrolrazi dan Ismail merupakan antara exco yang dilantik tidak mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit Alor Setar.
Kejadian ini berlaku dikhabarkan mungkin berlaku perbezaan pendapat antara dua exco tersebut dengan menteri besar.
Bagaimanapun pada 5 April, Phahrolrazi dan Ismail mengangkatsumpah selepas perubahan melibatkan beberapa portfolio.
--------------------------------------------
siapa lah pulak pandai2 dok reka cerita bahong ni???
Isnin, 17 September 2012
kapal sudah mau karam!!!!!!!
hahahaha......tajuk aku entahlah kok mana.....hantam saja lah labu!!!! mcm yg aku kata, aku nak bancuh sikit sebanyak pasai politik Sabah yg semenjak dua menjak ni berjaya menarik minat orang ramai pakat dok jenguk ke Sabah......pergolakan politik di Sabah bermula apabila SAPP (Sabah Progressive Party) isytihar keluar dari BN pada 17 September 2008..... sejak dari itu, Sabah berada dalam kekalutan dan kekecohan politik terutama melibatkan kem BN Sabah di kalangan parti komponen dan ahli parti komponen....
aku tak mau nak bancuh mengenai sebab musabab yang membawa kepada pergolakan tersebut, cuma aku nk highlight beberapa benda yg rasa agak menarik utk dipaparkan.......sejak aku dok kerosek (selongkar) artikel-artikel di portal2 berita, blog persendirian dan sebagainya dalam sehari dua ni.....aku dapati sememangnya keadaan umno be end di Sabah nampak seolah2 dalam keadaan tenat yang amat sangat..... setelah SAPP keluar BN, walaupun tidak memberi impak yg amat besar.....tapi bagi aku itu hanya pada perkiraan pemimpin2 umno be end utk menyedapkan halwa telinga.....pada pemerhatian aku, impak di bawa oleh SAPP amat besar, selain daripada pandangan terus mata dari parti2 komponen PR ke Sabah terutamanya atas usaha2 yang dibuat oleh DSAI utk terus memecahkan kubu umno be end di Sabah telah membawa kejayaan yang memberansangkan.........
tokoh2 politik semasa atau veteran telah menyertai PR terutamanya ke dalam PKR.....Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing telah sah keluar BN dan bersama dgn PR bagi menghadapi PRU 13 nanti...... Selain dari mereka berdua, berita keluarnya Musli Oli, bekas AJK BN Kota Belud yang juga bekas Naib Presiden Perkasa dan bekas YDP Perkasa Sabah 2009-april2012 (paling lama setakat ini)..... dan hari ini pulak dikejutkan lagi dengan penyertaan bekas Naib Presiden Protem Perkasa yang menjadi tulang belakang bibit2 penubuhan Perkasa di Malaysia telah menyertai PKR dan diumumkan oleh DSAI dalam satu majlis yang dikhabarkan telah dihadiri oleh lebih 10ribu orang hadirin......beliau ialah Datuk Yahya Lampong yang juga bekas pengerusi "Cement Industries Sabah Sdn Bhd" (CIS)....

Menariknya antara Yahya Lampong dan Musli Oli iaitu mereka berdua silih berganti sebagai Naib Presiden Perkasa Pusat dan YDP Perkasa Sabah.....Musli Oli meninggalkan umno menyertai PKR pada bulan Disember 2011, dengan pantas pulak Perkasa pada bulan April melantik YDP Sabah yang baru..... depa kata depa tak terlibat politik kepartian.....hahahahaha.....tapi apa pasai yang mana ada jawatan, tapi sokong selain dari BN pasti akan direject dari Perkasa???......hahahaha.....saja la aku tanya soalan tu sedangkan jawapan pakat2 dah tau pun.......hahahahahaha
dalam satu blog yang aku jumpa jugak menyatakan bahawa dari masa ke semasa, beberapa pemimpin lain akan isytihar keluar BN dalam masa sebelum PRU 13 ini......dalam blog tu ada lah sebutkan beberapa nama, tapi aku rasa tak payah sebut lah kat sini sbb aku tak mau pulak terjebak dalam buat fitnah kalau cerita tak betoi.......
ada lagi aku nk bancuh ni......tapi dek sebab ada urusan.....aku KIV sat dulu......nanti sambung......
Bekas Timbalan Menteri persekutuan di Sabah menyertai PKR
mengikut catatan berita dari BERNAMA (klik) sebagaiman yg aku screen shot seperti di bawah ni mengesahkan kemasukan Datuk Yahya Lampong, bekas Naib Presiden Perkasa dan mantan YDP Perkasa Sabah pertama...... layan dulu berita ini sementara aku dok tengah cari idea nak bancuh sikit sebanyak pasai politik Sabah yg dok nampak semakin haru dan biru kepada umno be end.....
walau apa pun, umno be end di Sabah sudah kelihatan sudah semakin turun berat badan.....dah semakin kurus.....bukan sbb tak makan, tp sebab tak lalu nk makan walaupun makanan penuh terhidang atas meja.... sebab tak lalu makan sbb tamak haloba......hahahahaha......semua dia nk boh masuk mulut.....
Ahad, 16 September 2012
Bekas Bendahari UMNO Sabah menyertai PKR
Tokoh korporat Umno Sabah, Ibrahim Menudin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu itu, sekali gus menyatakan sokongannya terhadap pembangkang.
Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.
Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR Tian Chua di akaun Twitter miliknya hari ini.
Ibrahim - antara pemimpin perintis yang membawa masuk Umno ke Sabah - berkata, beliau meletakkan jawatan ekoran wabak rasuah dalam parti.
Ibrahim (lihat gambar) bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.
sumber : malaysiakini.com
-------------------------------------------------------------------------
hahahahaha................nampaknya PR dan parti komponennya semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat sepertimana kata ramai juak2 umno......rupanya apa yg depa kata tu hanyalah ayat syok sendiri.... aku kira selepas ini, Ibrahim Menudin ni akan dituduh sebagai seorang manusia yg tak mengenang budi dan jasa.... hantam sajalah tuan Ibrahim Menudin oooiiiii depa nak kata apa pun..... Allah tahu samada kita ikhlas atau tidak................ asalkan bukan umno...........hahahahahaha
Sabtu, 15 September 2012
edisi CSI baling cat
setelah sekian lama aku tak update blog ni.....huhuhuhu.....selain atas sebab kesibukan dan kekalutan, aku terhilang aku punya username dan password utk login masuk.....hahahahha..... tu lah pasai sbb laptop aku dah beberapa kali di format akibat daripada serangan virus berterusan......walaupun dah pakai antivirus hat mahai pun masih kena serangan virus lagi........
ok, utk permulaan ni.....mai pakat tengok beza antara dua keping gambar dari dua kejadian baling cat, tapi satunya ke atas bas Jelajah Merdeka PKR dan lagi satu ke atas lori BN......
pertamanya, hangpa tengok dulu kes lori di atas.....kalau tengok kan kedudukan cat yg berada di bahagian agak ke bawah....aku kira, org yg baling cat tu samada seorang yg pendek bersaiz budak darjah 3 ataupun ketika dibaling, orang tersebut berada di hadapan lori tersebut...balingan pula mestilah secara 'straight'....maksudnya 'lontar' bukan 'baling' yg biasanya pergerakan baling adalah berbentuk 'curve'......cat juga menunjukkan tidak menunjukkan 'percikan', tetapi lelehan yg kemungkinannya dibaling dgn tenaga yg minima (cukup sekadar memecahkan belon) dan lelehan yg sekata (ke bawah) menunjukkan kemungkinan ketika di baling, kenderaan dalam keadaan 'tidak bergerak'...... kalau benar2 di baling atau lontaran dari jauh, ianya akan berbentuk 'splash' dan percikannya akan jadi tidak sekata dan akan merebak pada semua arah jika kenderaan sedang bergerak akibat dari pengaruh tujahan angin......
jika pun ianya satu balingan yg jauh yg benar2 satu perbuatan sabotaj.....kebiasaannya balingan jarak jauh akan jatuh pada kecerunan tidak melebihi 45 darjah (mengikut berat sesuatu benda)...tetapi cat adalah dalam bentuk cecair, maka tujahan akan menumpu ke hadapan dan bentuk jatuhan akan berbentuk 'curve'.....namun, ianya tak sekata dgn tempat cat tu jatuh sbb kalau balingan curve, kadar jatuhan telah tidak dipengaruhi oleh tenaga balingan, melainkan ia hanya dipengaruhi oleh berat sesuatu benda utk menyebabkannya pecah (melainkan kalau kenderaan tersebut sedang bergerak).....tapi kalau nk kata bergerak pun, percikannya langsung tak menunjukkan sedemikian...tiada 'splash' melainkan hanya lelehan.....
so, hangpa bandingkan pulak dgn gambar bas di bawah
hangpa boleh tengok dengan jelas bentuk 'splash' yg wujud serta terdapat percikan yg besar yang merebak ke serata badan bas..... ini baru lah nama balingan yg betoi sabotaj..... so, aku rasa tak perlu nk ulas panjang kat sini sbb pakat2 boleh nampak perbezaan yg ketara........
Langgan:
Catatan (Atom)