| Dina Bato Sambua, 51, tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap mayat anaknya Tee Hui Yee di pusat persemadian Jalan Fatimah, Batu Pahat Johor di sini hari ini. Foto Bernama |
BATU PAHAT - Tee Hui Yee, gadis yang pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung pada lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.
Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi di Hospital Batu Pahat, selepas dihantar keluarganya dari rumah mereka di Kampung Parit Besar di sini, ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.
Ibunya, Dina Bato Sambua, 51, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu mengadu sakit dada dan belakang serta mengalami muntah kira-kira pukul 11 malam semalam selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran stimbot bersama seorang rakan.












