Blog Member

Khamis, 22 Disember 2011

Asalkan tak sehaluan saja, dituduh sesat dsb....

Ini isu baru aku jumpa...Asal saja tak sehaluan, pelbagai tuduhan akan hadir terutama dituduh sebagai 'khawarij', 'syiah' dan sebagainya. Entah kat mana syiah-nya, kat mana yg khawarij-nya...aku pun tak tau dan tak paham....tapi, yg aku tau...asal saja menentang parti pemerintah, akan dituduh sesat, khawarij, tak bersyukur dan sebagainya



sumber asal : klik sini

Siri Baru Duit Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yg berwajah baru dan lebih ceria.
rujuk sini - Wang Kertas / Syiling

Memang nampak agak ceria keluaran syiling dan wang kertas tersebut dan segala ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan. Namun bagi aku, walau berbagai siri dikeluarkan dan pelbagai ciri keselamatan diperlengkapkan, ianya tidak akan dapat lari dari gejala pemalsuan kerana yg cetak duit itu juga manusia, penyamun dan penyangak juga manusia. Apatah lagi, penggunaan wang kertas dan syiling ini tidak bersandarkan kepada sebarang nilainya yang sebenar, hanya disandarkan kepada nilai yg diberi kepadanya. Maksud aku, kertas dan syiling itu sendiri tidak punya nilai sekiranya tidak diletakkan tulisan-tulisan atau nombor padanya....berbanding dengan nilai pada emas, perak dan sebagainya yg mempunyai nilai pada fizikalnya yg tidak bergantung kpd nilai yg diberikan kepadanya.

Rabu, 21 Disember 2011

Lagu Palestina yg selamanya mampu menaikkan semangat juang

Pemimpin Pas perlu berjiwa besar perbetul sikap pengikut - Idris Jusoh

Berita Penuh : utusan.com.my

Datuk Seri Idris Jusoh (bekas MB Terengganu) dilaporkan sebagai menasihati Pemimpin PAS supaya berjiwa besar.....HAHAHAHAHAHA....kira gelak besar aku membaca ayat tersebut keluar dari mulut seorang pemimpin umno. Aku tak hairan sebenarnya, cuma kata-kata itu patutnya ditujukan kepada pemimpin dan anak juak umno sendiri terutama di Terengganu.

Adakah org yang bertutur itu juga berjiwa besar? kita diperlihatkan bagaimana bantahan yg dibuat oleh pengikut2nya dalam kemelut perlantikan MB Terengganu pasca PRU 12. Kita diperlihatkan 'jiwa-jiwa besar' pemimpin umno ini dengan penuh kesombongan menolak dan lebih teruk lagi menghina Institusi Raja dengan perkataan yg tidak pernah dan tidak wajar dituliskan.

Manakala secara keseluruhannya pula, adakah pemimpin2 umno dan be end berjiwa besar apabila gagal utk memahami beberapa buah negeri telah secara rasmi ditadbir oleh PR setelah mendapat mandat rakyat? Adakah mereka berjiwa besar apabila seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat menolak kepimpinan korup mereka? Selamanya pemimpin2 umno be end hanya berjiwa sekecil 'tungau' yg hanya tahu menghisap darah secara sembunyi-sembunyi, tetapi boleh mengakibatkan kegatalan berpanjangan.

Adakah duri dalam daging PAS?

Aku mulanya malas nk melayan isu-isu berkenaan dgn Dr Hassan Ali dan PAS. Tapi setelah kenyataan yg dikeluarkan beliau bahawa PAS telah lari dari dasar perjuangan, maka nk juga aku masuk campur dalam memberikan pandangan peribadi aku.

Bagi aku, mana-mana ahli PAS ada hak utk bersuara bagi menyatakan pendirian dan pendapat. Tetapi bezanya iaitu kaedah dan cara bagaimana pendapat itu dilontarkan atau dikemukakan.

Sepanjang polemik ini berlegar, ianya telah bermula sejak lama dulu. Bukan baru sehari dua ini, cumanya ia semakin dihangatkan dengan tajuk-tajuk terkini yg bersilih ganti.

Selasa, 20 Disember 2011

Lagi Pendedahan Skandal NFC - benarkah?

Berita Penuh : themalaysianinsider.com

Dalam tempoh sebulan dua ini, kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan terhadap NFC ataupun boleh juga disebut sebagai 'tuduhan' kerana belum ada sebarang jawapan, maka aku sebutkan saja sebagai satu tuduhan. Setiap tuduhan itu tak semestinya 'TIDAK BENAR' kerana ia masih perlu kepada jawapan atau pengakuan atau bantahan.


Jika bulan lepas, didedahkan pembelian 2 unit kondo bernilai hampir RM13juta, kemudian didedahkan pula pembelian 2 lot tanah di Putrajaya bernilai lebih RM3juta, hari ini didedahkan pula pembelian 1 unit kondo mewah di Singapura bernilai hampir RM10juta ketika dibeli (S$4.1mil)


Jika benarlah seperti yg dituduhkan, maka amatlah menghairankan bagaimana gerombolan ini menikmati rezeki Tuhan.

Mengikut laporan tersebut juga, Saifuddin Nasution disebutkan berkata "“For the duration of three months between October and December 2010, Shahrizat’s family transferred an estimated S$530,000 or RM1.3 million from the government’s funds to manage its personal business in Singapore"...dan ini menunjukkan bagaimana wang rakyat diselewengkan dgn begitu mudah. Amanah yg diberikan telah dilacurkan dengan sedemikian rupa dgn mengkayakan diri sendiri dan dalam masa yang sama mengajak rakyat utk berhemah.

Apa pun, aku lebih berharap semoga yg dituduh tampil utk menafikan segala pertuduhan, ataupun tampil utk membersihkan nama jika tuduhan dianggap tidak benar. Namun, kebenaran mutlak hanya pada penilaian Allah, walaupun rakyat boleh dibutakan mata...ingatlah bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Jelas Segalanya.

UMNO dah tak boleh pakai lagi - Bekas Pengarah Pendidikan


Laporan penuh : klik sini

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu". Itulah kata-kata oleh Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakon bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi'.

Kalau Datuk Adnan kata mcm tu, aku nk kata sebenarnya UMNO memang dah tak boleh pakai lama dah. Bagi aku, sejak penubuhan UMNO lagi...ianya sudah tak boleh pakai apabila meletakkan kebangsaan Melayu sebagai tonggak perjuangan.

Tapi, Allah Maha Penentu dan Allah jualah Maha Pengatur. Inilah aturan Allah yg perlu kita akur iaitu dengan memberikan UMNO berkuasa selama lebih 54 tahun dan dengan Kuasa Allah jua lah, sama-sama kita mendoakan UMNO bakal ditumbangkan PRU 13 nanti.

Tahniah juga aku ucapkan kepada Datuk Adnan yg sanggup dan berani menyatakan pendirian. Ini juga menunjukkan bahawa ketika dalam perkhidmatan, mungkin mata, telinga dan mulut depa dipalam atau disumbat supaya jadi pak turut segala-galanya. Dan setinggi tahniah juga kepada bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni yg telah mengetuai penyerahan borang menyertai PAS pada majlis ceramah yg telah di adakan.

Isnin, 19 Disember 2011

Biaq betoi....bil ayaq 2 kupang ja sebulan


Bil air 20sen jer... ngarutlah..
kah..kah..kah..
Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar..
bukan menyokong mana-mana parti..
tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat..
dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia...

dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... "

"cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.."
itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu...

dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni..
sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia..
tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia..
aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler..korang tengok sendiri ok..

ini bil air yang dikeluarkan di negeri Selangor... bukan di Perak, bukan di Johor, bukan juga di Melaka yang dikatakan maju tu..

aku harap korang hargailah apa yang Pakatan Cuba buat untuk mengembalikan hasil Negeri kepada rakyat Selangor...
kalau kita bagi UMNO menang pada PRU 13 nanti...
mungkin jiran aku dan ramai lagi yang menikmati bil yang macam ni sekarang tidak akan
dapat menikmatinya lagi..

kerana UMNO adalah penghisap hasil rakyat jelata.

Jangan umum hari ni nk guna, dekat PRU lain pulak alasannya

PRU-13 akan guna dakwat kekal, kata SPR
Oleh Yow Hong Chieh
December 19, 2011
sumber :  themalaysianinsider.com

Bancuh : jangan dok jadi mcm lepas2 sudahlah....mulanya bukan main setuju nk guna dakwat, beli dakwat hebis berjuta ringgit....tapi last2 pakai alasan budak tadika utk batalkan....lepas tu, langsung tak ada proove apa yg diperkatakan atau yg dikaitkan dgn pengganas dsb.....
---------------------------------------------------------------

Jalan MADA tak dibaiki...siapa Pengerusi MADA?


MADA tak mau tolong orang kampong ka...?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....


tolong tengok-tengok sat masalah orang kampung nih....
dah banyak kali dok komplen....
tapi tak dak tindakkan jugak....
hantaq aduan melalui e-mail pun asyik dok tendang balik ja...
baik tak payah bubuh e-mail dalam web site MADA tu....


masalah: jalan rosak
laluan jalan : Kg. Pulai Tokai - Kobah (Pendang)
sejak : 5 tahun dahulu
jalan seliaan : MADA


teruk sangat dah...
kesian kat orang-orang kampung terutama musim hujan...
musim kemarau pulak dok telan habuk hari-hari...
ramai dok guna...sekurang-kurangnya 30 keluarga juga dok guna jalan tu...
tak kira orang Kg. Alor Besar lagi dok guna....
cuba tengok gambar tu...kalau kereta berkilat orang besaq MADA lalu jalan tu hari-hari boleh kot....


orang kampung kata kalau takdak tindakkan jugak depa nak panggil wartawan....
dekat-dekat election ni jangan sampai jadi isu....


Sekian.


sumber asal : kedahlanie.info

Adakah benar Kerajaan Malaysia telah meminjam dari Bank Dunia?


Gambar-gambar screenshot ini diambil dari laman web WORLDBANK  yg menunjukkan beberapa pinjaman yg telah diluluskan kepada kerajaan Malaysia. Cumanya yg tidak dapat dipastikan iaitu samada ianya dimohon oleh Kerajaan Malaysia ataupun tawaran oleh Bank Dunia kpd kerajaan Malaysia.

Harap-harap semoga ada jawapan yg konkrit dari pihak Kerajaan Malaysia terutamanya dari Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan dalam isu ini.

Jawapan tuntas berkenaan dgn isu "Tuhan Samseng"


inilah yg aku boleh kirakan sebagai satu jawapan tuntas atau yg paling mudah difahami oleh manusia2 yg hanya tahu nk menempelak dalam isu "Tuhan Samseng"...tapi hakikatnya diri sendiri jahil dalam ilmu Islam...

itu sbb lah dalam isu ini, hanya puak2 yg penuh kejahilan saja dok hingaq tak tentu arah....sedangkan para mufti dan alim ulama lain hanya berdiam diri sbb depa reti....kalau tidak, dah lama depa sahut cabaran TGNA utk bermuzakarah ataupun pasti akan ada fatwa mengatakan TGNA telah sesat aqidah....

melainkan yg ramai la ni adalah golongan yg pernah disebutkan oleh Rasulullah iaitu golongan "al ruwaibid'ah" iaitu golongan yg tak reti apa satu, tp bercakap mcm reti/mahir...

tambahan lagi puak2 yg dok cari makan dalam politik...bukan main jaja seluruh pelusuk kampung bawa isu "Tuhan Samseng"....yg sebenarnya depa dok jaja kejahilan dan kejumudan diri sendiri.....

"Wartawan Utusan" di sidang media Jingga 13

sumber asal : lianglahad.blogspot.com

WARTAWAN UTUSAN DITANAH NMLC,PETANDA KARIER POLITIK SHARIZAT AKAN DITAMATKAN?

Pada 18 December 2011..pukul 2pm..
Jingga 13 telah pergi ke Putrajaya di Presint 10..
mereka pergi melawat apa yang didakwa sebagai dua lot tanah yang dibeli oleh Keluarga Sharizat melalui akaun NMLC yang bernilaiRM3,363,507 juta..

Jingga 13 mendapat maklumat lengkap mengenai dua lot tanah tersebut..
dalam lawatan tersebut..
mereka turut membawa plan tanah sebagai rujukan...


dua lot tanah yang dibeli oleh NMLC.

Ahad, 18 Disember 2011

Hanya Ulama UMNO saja boleh ceramah di Masjid

Hanya Ulama UMNO dibenarkan berceramah di Masjid....Ulama dari parti lain adalah digelar sebagai 'ulama politik'. Ulama politik tak boleh masuk bagi ceramah mahupun khutbah di Masjid...kalau ulama depa (UMNO), itu betul2 ulama....dah entah berapa kitab yg dikarang oleh Fathul Bari ni pun aku tak tau lah sehingga dah boleh diiktiraf sebagai Ulama....mcm Tok Det pernah kata yg lebih kurang mcm ni lah : "bukan semua boleh jadi Ulama, habis belajaq...masuk persatuan Ulama..dah boleh diiktiraf sebagai Ulama"...sambung dia lagi "siapa yg iktiraf depa sebagai Ulama?"....itulah yg pernah aku dengaq dari mulut Tok Det lama dulu....

Inilah sikap double standard pihak berkuasa agama di Malaysia yg sesungguhnya takutkan parti UMNO umpama lebih takutkan Allah swt. Kalau apa yg UMNO nk buat, semua jadi halal....kalau PAS nk jemput seorang tokoh utk bagi ceramah atau khutbah....siang malam hangpa hingaq mcm kera di hutan.


Gambar ni dihantar kpd aku oleh seorang sahabat yg merasakan rakyat patut tahu perangai sebenar puak2 ni yg berselindung di sebalik agama. aku tak kisah sangat kalau depa bersikap adil, tetapi sampai la ni...depa tetap bersikap menindas.

Bapa bernafsu syaitan!!!!

Jadi mangsa nafsu bapa
KULIM - Haruan makan anak. Begitulah yang dapat digambarkan perlakuan jijik seorang bapa yang sanggup menjadikan anaknya tempat pelepas nafsu.


Sikap terlalu memanjakan anak perempuannya itu yang berusia 14 tahun terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan bapanya yang sering memaksa melakukan hubungan seks.


Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di sebuah taman perumahan di sini terpaksa menyembunyikan perbuatan sumbang bapanya itu kerana takut dan malu sekiranya diketahui oleh orang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...