Blog Member

Rabu, 28 Ogos 2013

adu domba dan hasad dengki........

Ini posting aku di facebook aku beberapa hari lepas....hangpa boleh rujuk dan baca komen-komen yang dilontarkan di >>>SINI<<<

Bagi aku, ayat spt ini hanya patut keluar dr mulut tukang adu domba!!!...tapi malangnya sbb dalam PAS ada manusia2 mcm ini....siapa yg disebut 'mantan MB' yg diziarahi oleh pemimpin BN tu kalau tidak bukan adalah Ust Azizan, mantan MB Kedah....

Isunya, mengapa benda2 semacam ini nak dijadikan isu yg tak ada sempadan???...perkara yg tak ada sengaja diada-adakan....apa tujuannya kalau bukan adu domba!!!...benar pemimpin umno be end melawat Ust Azizan, adakah itu boleh jadi bukti segala tuduhan tak berasas hangpa selama ini???....adakah pemimpin umno be end tak pernah melawat TGNA dan pimpinan PAS yg lain ketika dirawat???.....malah ada yg menyembahyangkan jenazah arwah Ust Fadzil Noor....apa itu satu kesalahan???.....berhentilah wahai tukang adu domba sekalian...berhentilah membaiki labu kerana sebenarnya hangpa sendiri yg bantu merosakkan......

dan entah macam mana pulak, ada orang SELONGKAR posting aku tu dan postkan ke Tranungkite.net....hangpa boleh rujuk >>>SINI<<<

Dengan tidak semena-mena, aku di inbox oleh tuan tubuh seperti berikut :

1
2
3
4

pertamanya, cuba hangpa baca apa yg dikatanya iaitu mengenai 'pendedahan'....pada aku, jika benar ada benda-benda yang tak betoi dibuat oleh sesiapa pun, tak kira lah orang tu pemimpin parti ka mahupun adik beradik kita sendiri....perlulah terlebih dahulu kita gunakan saluran yang disediakan....aku pun tak hingin nak bersekongkol dengan sebarang kesalahan......tapi, pentingnya gunakan saluran yang betul....bukan menggunakan media sebagai alat mencari pengaruh sedangkan pembacanya belum tentu tahu pokok pangkal sesuatu isu.....apatah lagi jika ianya tidak mengikut tatacara dan adab jama'ah.....


mengenai 'buku azizan dalam dosa'....mgkn ramai yang tak tahu.....buku diterbitkan oleh entah manusia mana.... modus operandinya sama seperti ketika nak menjatuhkan Anwar Ibrahim dari UMNO dan kerajaan pada tahun 1998... tapi aku tak berani lah nak tuduh buku ni mai dari blok UMNO... cuma bila disebutkan oleh si Nazir Zakaria tu, ianya boleh menimbulkan satu persoalan lain.... kita usah pedulikan siapa yang keluarkan buku itu, tapi persoalannya mengapa ianya digunapakai olehnya bagi dijadikan hujjah dalam muktamar seperti dikatanya???.....apakah dia sudah selidiki kesahehan maklumat yang dibentangkan dalam buku tersebut???......

aku tidak lah mahu mengulas panjang isi kandungan buku tersebut kerana itu bukan tujuan aku memBANCUH ini.....

kemudian lagi, disebutkan jugak dia 'lawan azizan sejak tahun 2008 lagi'.....apa maksudnya itu???.....tahun 2008 menyaksikan PAS Kedah berjaya merampas Kedah dan mentadbir Kedah...ketika itu, perpaduan di kalangan ahli PAS di semua peringkat berada pada tahap yang jitu dan kemas....tetapi mula berantakan menjelang pertengahan tahun 2010 dan semakin meruncing pada tahun 2011 hingga pelbagai pihak termasuk PAS Pusat campurtangan. Soalan aku, apakah keadaan (perpecahan) itu sesuatu yang dirancang???....

aku sebagai ahli PAS, hingga kini aku tidak tahu dan pasti apa kesalahan yang dibuat oleh mantan MB hinggakan sebahagian mereka ini terlalu benci kepadanya....walaupun banyak alasan dikemukakan, tetapi pada aku itu semua hanya sekadar 'alasan untuk menghalalkan tindakan'......kerana tidak ada satu pun dalam banyak-banyak alasan tersebut yang bersifat syar'ie untuk dijadikan sokongan......sebagai contoh, alasan mengatakan Ust Azizan seorang yang 'cengei' (garang)....pada aku, cengei Ust Azizan ni sudah lama....bukan hanya sejak dia jadi MB....semua orang tahu perangai dia....tapi mengapa dulu (sebelum jadi MB) kita boleh terima dengan baik, selepas dia jadi MB, kita gunakan itu sebagai alasan???.....mak bapak kita sendiri pun cengei, tapi boleh mendidik anak-anak jadi baik.....

berbalik kepada posting awal aku di facebook, ayat-ayat yang dikeluarkan oleh YDP PAS Putrajaya itu adalah satu prasangka bagi mewujudkan satu ketegangan....sedangkan hakikatnya tidak seperti yang disebutkan...... ramai orang tahu, ketika Tuan Guru Nik Aziz dirawat....ada di kalangan pemimpin UMNO termasuk Najib (gambar) sendiri melawat beliau....begitu juga ketika kembalinya kerahmatullah Ust Fadzil Noor yang kita sayangi...beliau diziarahi oleh ramai pemimpin UMNO termasuk Pak Lah dan Najib (gambar).....apakah itu semua patut kita jadikan sebagai satu ISU???


kemudiannya, tuduhan ke atas Ust Azizan sebagai seorang 'munafiq' itu amat berat dan perlukan kepada penjelasan.....itu bukan tuduhan main-main kerana ianya melibatkan aqidah seseorang.....

untuk makluman hangpa, Nazir Zakaria @ Ust Nazir Zakaria ni berasal usul dari Kuala Kedah dan sekarang ni merupakan YDP PAS Putrajaya......kalau dia ni orang luar dari PAS, aku tak kisah sangat apa yang nak dikatakannya kepada mana-mana batang tubuh atau individu dalam parti......so, kalau hangpa ada soalan pasai 'pendedahan' ataupun pasai 'kemunafiqan' Ust Azizan, hangpa tanya dia sendiri sebab dia yang lebih tahu.....

cuma, apa yang aku nak bentangkan di sini adalah satu kerjaan yang boleh merosakkan jama'ah jika ianya dibiarkan berterusan. ini juga termasuk dalam larangan-larangan Allah seperti yang terdapat dalam al Quran dan seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam beberapa hadis......Allah sebut dalam ayat 12, surah al Hujurat yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani"


dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"

Rasulullah melarang perbuatan berhasad dengki dalam satu hadis yg bermaksud:
"dilarang (haram) berhasad dengki, kecuali pada dua perkara iaitu seorang lelaki (& perempuan) yg dikurniakan harta dan digunakannya kearah kebaikan dan seorang lelaki (& perempuan) yg dikurniakan ilmu dan dia mengamalkan (ilmunya) dan mengajarkan (ilmunya)" 


Dijelaskan oleh guruku yang dimuliakan oleh Allah bahawa pada asasnya berhasad dengki itu HARAM hukumnya...tetapi Rasulullah bagi pengecualian pada 2 perkara yg disebutkan dlm hadis di atas dgn syarat berhasad dengki yg membawa kebaikan...bukannya yg memudaratkan...maksudnya, HARAM berhasad dengki juga walaupun kepada 2 jenis manusia di atas (dlm hadis) sekiranya ada niat di hati utk buat benda tak baik terhadap mereka...contohnya nak pukul mereka atau fitnahkan mereka...hasad dengki yg dibenarkan adalah membawa tujuan yg baik, cth kita tgk org kaya yg banyak buat kebajikan....kita boleh berhasad atau dgn kata lain 'cemburu' dan pd masa yg sama kita berhasrat atau berniat nk buat lebih baik dr org kaya tersebut....kita tgk seorang berilmu dan baik amalan serta rajin mengajar, kita boleh cemburu dgn niat kita pun nak jadi lebih berilmu, beramal dan kalau boleh sampai ke tahap lebih baik dr org tersebut......


satu pesan Rasulullah kepada Saidina Ali yang bermaksud : 

Wahai Ali! Aku melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi 'Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (menghasut)'


Imam Syafi’ie rahimahullah berkata, “Seseorang selayaknya memikirkan apa yang hendak diucapkannya. Dan hendaklah dia membayangkan akibatnya. Jika tampak baginya bahwa ucapannya akan benar-benar mendatangkan kebaikan tanpa menimbulkan unsur kerosakan serta tidak menjerumuskan ke dalam larangan, maka dia boleh mengucapkannya. Jika sebaliknya, maka lebih baik dia diam.”

3 ulasan:

  1. Macam ni sajakah "standard" Pesuruhjaya Bahagian??? Patutlah PAS tak dapat lebih kerusi sebab ramai lagi Pemipmpin yang "sub-standard".....Eloklah dibersihkan dalam Muktamar yang akan datang.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap tu bro....mana ada 'Bahagian' dalam PAS!!!...kita sebut 'PAS Kawasan'....hehehehe....

      Padam
  2. akhir zaman nie, adakah kita tergolong di kalangan Pembantu Agama Allah?
    Adakah Allah nak menampakkan siapa yang lebih MUNAFIQ?

    Teringat ana dengan kata-kata Tuan Guru Haji Salleh,pondok Sik.....ana dan sahabat yang lain berkesempatan pergi ziarah Tuan Guru Haji Salleh,pondok Sik pada bulan 4/2013....

    Tok Guru kata.....
    orang macam Ustaz Azizan ni tak ramai, tapi yang ramai jenis mai minta projek kat Ustaz Azizan.....
    tapi bila Ustaz Azizan bertegas tak bagi, bila Ustaz Azizan kata ini amanah, puak-puak ni akan melenting, cuba memburukkan Ustaz azizan......
    sampaikan Ustaz Azizan nak letak jawatan, tapi atas nasihat Tuan Guru dan amanah, Ustaz Azizan teruskan jugak...........
    sesibuk mana pun Ustaz Azizan sebgai MB, pasti dia akan beri masa untuk kerja-kerja jemaah......

    (sedikit sebanyak yang diperkatakan oleh Tuan Guru Haji Salleh)....

    tepuk dada, tanya apa yang dah kita buat untuk membantu Agama Allah..........Allahuakhbar

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...