Blog Member

Khamis, 15 Ogos 2013

kerjaya sebagai 'isteri sementara'.....

Selama ini, disangkakan nikah muta'ah yg diamalkan oleh penganut syiah hanya berlaku antara dua jiwa sahaja. Rupa-rupanya ia juga sebenarnya dijadikan sebagai satu peluang kerjaya dan juga peluang perniagaan oleh pihak-pihak yang terbabit.


Apa itu nikah muta'ah?

Nikah muta'ah ni sebenarnya pernah dibenarkan pada satu ketika pada zaman Rasulullah berikutan keadaan tertentu, tetapi kaedah amalannya bukanlah yang seperti diamalkan oleh para penzina dari golongan penganut syi'ah seperti yang ada pada hari ini. Pernikahan muta'ah ini telah pun diharamkan oleh Rasulullah, tetapi para penganut syi'ah tidak mengakui pengharaman tersebut bahawa ianya datang dari Rasulullah, malah mereka mempercayai bahawa pengharaman tersebut adalah dari Saidina 'Umar al-Khattab r.a. Justeru itu lah yang menyebabkan kebencian mereka kepada 'Umar bertambah lebar dan meluas.

Dalam agama syi'ah, nikah muta'ah itu merupakan satu amalan agama yang mulia dan dimuliakan. Ini terbukti dengan beberapa dalil yang digunapakai oleh mereka, iaitu

Imam Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Bukan dari kalangan kita orang yang tidak beriman dengan raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat) kita dan tidak menganggap halal mut’ah kita” - kitab Man La Yahdhuru al-Faqih

Nikah muta'ah juga dianggap sebagai satu amalan paling agung sekali di sisi penganut syi'ah. Ini dibuktikan melalui satu riwayat dalam Kitab Manhaj as-Sodiqin yang menyebutkan seperti berikut :

dari Ja'afar as-Sodiq (menerangkan) bahawasanya : "nikah muta'ah itu adalah dari ajaran agamaku dan ajaran agama bapak-bapakku, dan orang yang melaksanakannya bererti dia melaksanakan ajaran agama kita, dan orang yang mengingkarinya bererti dia mengingkari ajaran agama kita, bahkan ia memeluk agama lain dari agama kita. Dan (anak) hasil nikah muta'ah itu lebih mulia dari anak (darii) isteri yang tetap. Orang yang mengingkari nikah muta'ah itu adalah kafir murtad"

dalam Kitab Man La Yahdhuru pula meriwayatkan :
Soleh bin ‘Uqbah daripada ayahnya daripada Abi Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s. katanya: “Saya (‘Uqbah) berkata kepadanya: “Adakah orang yang melakukan mut’ah mendapat pahala? Dia (Abi Ja’far) menjawab: “Kalau dia maksudkan dengan melakukannya untuk memperolehi keredhaan Allah ta’ala berbeza dengan orang yang mengengkarinya (keredhaan Allah). Tidak dia (orang yang melakukan mut’ah) bercakap dengannya (perempuan mut’ah) satu kalimah melainkan Allah memberikan kepadanya satu kebaikan. Tidaklah dia menghulurkan tangannya kepadanya (perempuan itu) melainkan Allah menuliskan kepadanya satu kebaikan. Bila dia menghampiri perempuan itu Allah ta’ala mengampunkannya dengan perbuatan tersebut. Bila ia mandi Allah mengampunkannya sebanyak mana air yang mengalir di atas bulunya”. Saya (perawi) berkata: “Sebanyak bilangan bulu? Dia menjawab: “Ya! Sebanyak bilangan bulu”

Itulah kemuliaan yang dicanang oleh penganut syi'ah bagi menarik minat orang yang cenderung kepada nafsu bagi menganut syi'ah. Sedangkan, dalam kitab muktabar syi'ah sendiri tercatat pengharaman nikah muta'ah ini iaitu dalam Kitab Tahdzibul Ahkam, karya At-Thusi pada jilid. 7, hal. 251, dengan sanadnya dari:

Muhammad bin Yahya, dari Abu Ja’far dari Abul Jauza’ dari Husein bin Alwan dari Amr bin Khalid dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari datuknya dari Ali ‘Alaihis salam bersabda: “Rasulullah mengharamkan pada perang Khaibar daging keledai jinak dan nikah mut’ah.”

Maka, terserah kepada sekalian pembaca untuk menilaikan. Apa yang ingin dibentangkan iaitu berdasarkan ketinggian amalan nikah muta'ah ini, ianya telah dijadikan satu kerjaya yang mulia dan terpuji oleh penganut-penganut syi'ah yang tidak jauh beza dengan industri pelacuran. Cuma yang membezakannya iaitu nikah muta'ah adalah sesuatu yang dihalalkan dengan menggunakan hujjah 'agama', sedangkan pelacuran tidak.

di Iran iaitu negara syi'ah berleluasan, terdapat satu organisasi bernama Astan Quds al Razavi mengeluarkan iklan bagi mencari 'isteri' untuk tujuan bermuta'ah dengan pengunjung yang datang ke bandar Mash-had dan pengunjung ke maqam Imam Reza al-Ridaa. Iklannya seperti berikut :

Bismillaahir-Rahmaanir-Raheem
The ‘Astan Quds al Razavi’ organisation declares its intention to open a centre for short periods  of time close to the shrine of Imam Ridhaa alayhissalaam for the sake of raising the morality of the atmosphere in the society and creating a more spiritual and relaxed atmosphere for the brothers who visit the haram of the 8th imam, whilst they are far away from their wives. And for this purpose, the organisation calls upon all the virgin, believing sisters starting from the age of 12 until the age of 35, calling for their assistance and cooperation in this work. The period of the work contract for the sisters who are interested is 2 years and the organisation requires the sisters who are working on a contract to provide mut’ah services for 25 days in every month. The work periods range from 5 hours up until 10 days with every man. The assigned wages for each time period is as follows:

Mut’ah for 5 hours = 50 000 Iranian Touman (50 US dollars)
Mut’ah for 1 day = 75 000 Iranian Touman (75 US dollars)
Mut’ah for 2 days = 100 000 Iranian Touman (100 US dollars)
Mut’ah for 3 days = 150 000 Iranian Touman (150 US dollars)
Mut’ah from 4 to 10 days (flat rate) = 300 000 Iranian Touman (300 US dollars)

And the virgin sisters who are doing mut’ah for the first time will be given an additional 150 000 Iranian Touman ($150 US) for the breaking of their virginity

Inilah antara punca mengapa makin ramai orang berminat untuk menganut agama syia'ah ini kerana amalan penzinaan dengan alasan nikah muta'ah ini dianjurkan secara bebas dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.

sumber : KLIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...