Blog Member

Ahad, 25 Ogos 2013

Warta Sejahtera sudah terbit!!!!.............


Makluman kepada semua ahli dan penyokong PAS/PR di Kedah khususnya, WARTA SEJAHTERA telah pun diterbitkan secara rasmi. Majlis pelancaran penerbitannya disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz bin Omar pada 24/8/2013 sempena Majlis Hari Raya 'Idul Fitri PAS Kedah. Majlis disempurankan di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah.



Turut serta dalam majlis tersebut iaitu semua ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah dan ahli jawatankuasa dewan-dewan. Warta Sejahtera akan menjadi lidah rasmi PAS Kedah dalam menyalurkan pelbagai berita dan suapan ulasan yang mengkhususkan kepada perkembangan dan suasana politik Kedah pasca PRU-13. Ianya boleh didapati di semua pejabat PAS Kawasan bermula 25/8/2013 yang akan dikeluarkan sebulan sekali pada peringkat permulaan ini. Harga jualan ditetapkan pada RM2.50 senaskah dan keuntungan jualan akan disumbangkan kepada PAS Negeri bagi sebarang aktiviti berkaitan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...