Blog Member

Ahad, 25 Ogos 2013

Pengakuan-pengakuan tertuduh yang dibakulsampahkan......

aku cuma nak flashback rentetan pengakuan tertuduh dalam kes perbicaraan pembunuhan altantuya hinggakan mereka telah didapati TIDAK BERSALAH oleh mahkamah rayuan.... untuk rekod, keputusan dicatatkan oleh mahkamah rayuan adalah seperti berikut :

    "Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu. 
    "Dalam penghakiman kami, ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan," katanya.
    Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.
    Hakim Tengku Maimun berkata amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.
    "Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh," kata hakim. Bagi alasan lain, mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa.....[laporan penuh]
maka, di bawah ini aku bawakan pengakuan tertuduh seperti yg telah direkodkan dalam banyak media di sepanjang perbicaraan tersebut.....


1

2

dokumen di atas adalah salinan pengakuan/kenyataan Sirul Azhar yang dirakamkan oleh Insp Nom Phot a/l Prack Dit setelah K/ASP Tony Anak Lunggan meminta berbuat demikian. Sumber diperoleh daripada buku bertajuk Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya, halaman 75-79....

mungkin tak berapa clear untuk dibaca, nanti aku akan tuliskan balik isi-isi penting yang tercatat dalamnya.......

3
apa yang aku nak highlight iaitu pernyataan seperti di bawah seperti yang dicatatkan dalam dokumen di atas dan dalam keterangan di mahkamah

“Apabila selesai memasukkan semua pakaian perempuan tersebut ke dalam beg plastik hitam, Tuan Azilah nampak lengan perempuan Cina (Altantuya) tersebut seolah bergerak lalu dia mengarahkan saya menembak sekali lagi, lalu saya terus melepaskan satu das tembakan lagi tetapi tidak meletup.

Saya kemudian kosongkan senjata dan memasukkan semula peluru ke dalam senjata dan melepaskan tembakan di tempat yang sama iaitu bahagian kiri kepala mangsa, dan saya kemudian ambil beg plastik hitam dengan dibantu oleh Tuan Azilah memasukkan kepala perempuan Cina ke dalam beg plastik untuk mengelakkan daripada tumpahan darah.”

“. . .Selepas itu, Tuan Azilah mengambil beg yang mengandungi bahan letupan dan menyerahkan kepada saya, dan saya mengambil bahan letupan dan memasang pada bahagian kepala sementara itu Tuan Azilah memasang bahan letupan di bahagian kaki hingga ke paras pinggang mangsa.”

“Tuan Azilah menarik wayar panjang menghala ke jip dan saya mengubah kedudukan jip menghala keluar dari kawasan belukar lalu membawa jip keluar jarak lebih kurang 15 meter dari mangsa.”

“Apabila letupan berlaku, saya menarik wayar masuk ke dalam jip dan memandu jip meninggalkan tempat kejadian menuju Bukit Aman.”

“ . . . .dalam perjalanan ke rumah saya, saya membuang pakaian mangsa dan pakaian saya sendiri di sepanjang perjalanan balik ke rumah.”

SOALAN: Senjata MP5 dan silencer kepunyaan siapa?
JAWAPAN: Kepunyaan UTK Bukit Aman.

SOALAN: Apakah perkataan jimat yang kamu maksudkan?
JAWAPAN: Jimat bermaksud tembak mati.

SOALAN: Adakah kamu bercakap benar?
JAWAPAN: Ya, benar.

Percakapan dibacakan balik kepada Sirul Azhar

SOALAN: Adakah kamu memberi percakapan ini secara sukarela?
JAWAPAN: Ya.

Rakaman percakapan tamat pada tarikh 9/11/2006 jam 1635


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...