Umum tahu bahawa fitnah itu amatlah dilarang dan merupakan satu DOSA BESAR dalam Islam. Bukan sekadar itu, fitnah digambarkan oleh Allah dalam al Quran sebagai satu perbuatan yang lebih buruk daripada membunuh satu jiwa. Namun pada hari ini, amalan fitnah dan menyebarkan fitnah itu sudah menjadi seperti satu 'strategi' bagi menguasai permainan....
sesiapa yang dapat menguasai permainan walaupun menggunakan strategi yang terburuk sekali, dia lah yang bakal memenangi permainan tersebut.....soal hukum hakam tidak lagi dipentingkan, asalkan matlamat berjaya dicapai.....
dan berterusan malang kepada ahli-ahli PAS sekalian apabila mempunyai sekelompok manusia yang amat menyukai hal-hal fitnah dan menyebarkan pula tanpa usul periksa....tanpa mempunyai sedikit pun rasa kasih dan sayang di hati terhadap manusia lain....malah, tiada sekelumit pun rasa bersalah dalam sanubarinya walaupun diketahuinya apa yg disebarkannya itu merupakan suatu fitnah..... dek sebab wujud manusia-manusia beginilah, segala kemenangan ditangguhkan oleh Allah Azzawajall...














