Jom kita tengok isu golongan yg mencabar pindaan Seksyen 22A Enakmen Mufti dan Fatwa Negeri Kedah 2008 tanpa kita menyentuh sebarang peruntukan kuasa yg ada pada Tuanku Sultan yang bertakhta di Negeri Kedah Darul Aman.....
isunya apabila Kerajaan Negeri Kedah telah mencadangkan dan meluluskan pindaan tersebut yang secara ringkasnya bagi menghalang sebarang tindakan membawa fatwa yang tidak dipersetujui ke mahkamah.....
puak2 yang mencabar tersebut dipetik berkata
"Tindakan ini mempunyai implikasi yang cukup besar. Dalam erti kata lain ia seolah-olah meremehkan kuasa Sultan Kedah sebagai ketua agama di negeri ini"
hahahahaha..... pada aku, puak2 yang tak bersetuju dgn pindaan itu lah yang sebenarnya meremehkan kuasa Sultan dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam di Negeri Kedah.....
sebelum itu, isu kes Madrasah Salihiah yang telah pun diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telahpun di bawa utk di cabar di mahkamah.... puak2 ini sebenarnya yang tidak menghormati Sultan Kedah yang telah pun memberi perkenan serta bersetuju dgn fatwa yang dikeluarkan oleh pakar2 dalam bidang masing2 yg menjadi anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah.....
secara mudahnya yang aku paham mcm ni saja.... tujuan enakmen tu dipinda sbb sebagai menghormati Tuanku Sultan sebagai pentadbir tertinggi urusan berkaitan agama Islam di negeri ini. Setiap fatwa yg dibuat seharusnya dipersembahkan kepada Tuanku Sultan utk diperkenankan dan Tuanku Sultan sudah tentu mendapatkan nasihat yang terbaik sebelum memperkenankan sesuatu fatwa itu digunapakai.... tapi, lepas Tuanku Sultan perkenankan pun, masih ada puak2 yang tidak berpuas hati dan tak bersetuju dan bawa kes ke mahkamah.... so, apa yg depa pertikaikan sebenarnya??? depa pertikaikan tindakan atau mempertikaikan fatwa yang telah diputuskan dan diperkenankan oleh Sultan???
kalau semua fatwa yang depa tak suka atau dirasakan tak memihak kepada depa, depa akan bawa ke mahkamah utk mendapatkan keputusan sebaliknya..... hahahahaha.... fatwa yang dibuat bukan oleh seorang individu, tetapi oleh pakar dalam bidang masing2.... aku tak katakan semua fatwa itu wajar atau fatwa tersebut tidak boleh dicabar.... kedudukan fatwa hanyalah keputusan hasil kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara dan berkaitan perkara yg tiada nas yang secara langsung..... namun, ianya perlu dihormati, manakala sesiapa yg tak bersetuju dengannya perlulah melalui proses muzakarah atau melalui hujjah secara ilmiah.... tapi sama sekali bukan mahkamah tempat utk berhujjah kerana akhirnya keputusan yg dibuat hanya oleh seorang atau beberapa individu (hakim) yang belum tentu ada kepakaran dalam menterjemahkan isu2 penting atau perkara2 yang bersangkutan dgn kepentingan awam pada sebarang fatwa......
inilah yang sebenarnya puak2 tu tak setuju.... depa hanya mengambil tajuk 'kuasa sultan' utk menghalalkan tindakan depa mencabar keputusan kerajaan negeri tersebut. herannya, mengapa masa dibentangkan dalam sidang DUN, depa tak support wakil2 pembangkang yang ada dengan sebarang maklumat dan kajian utk berbahas dalam sidang DUN.... tapi apabila diluluskan, depa sengaja nk mempolitikkan pulak, kononnya bimbangkan 'kuasa sultan'.... hahahaha.... alasan yg hanya bersifat alasan politik semata2.....
aku juga nak tanya puak2 ni....alasan depa yg mengatakan bahawa tindakan pindaan ini meremehkan kuasa sultan tu kat mana yg remehnya??? adakah dgn cara bawa fatwa ke mahkamah utk dibicarakan setelah sultan memberi perkenan itu perbuatan yang menguatkan kuasa sultan??? hahahaha.... tindakan bawa ke mahkamah itulah sebenarnya yg meremehkan dan menghina kuasa sultan yang telah pun memberi perkenan.... sebenarnya juga, puak2 yg mencabar ini tidak ditunjangi oleh golongan cerdik pandai agama atau tidak disokong oleh puak2 yang mampu berhujjah mengikut nas dan dalil, maka mahkamah lah tempat depa bergantung harap..... dan lagi satu aku nk tanya iaitu adakah sultan mempunya kuasa ke atas mahkamah utk menentukan sebarang keputusan??? dan tentu Sultan tak ada kuasa mutlak ke atas mahkamah.... so, kat mana nya yg hangpa bimbang penyusutan kuasa sultan tersebut berlaku??? tak payah dok main wayang lah.... zaman la ni, orang boleh berfikir rasional akan sesuatu tindakan......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....