aku semenjak dua menjak ni tak dapat sepanjang masa boleh nk update berita online sebab dok sibuk di bendang lah pulak..... dari motong getah, la ni buat belajaq bendang pulak sikit2....
bila buka berita pagi ni, ternampaklah tajuk suatu berita yg menggelikan bulu ketiak aku hingga ke anak rambut anak aku turut geli sama..... hahahahaha....
sungguh geli jugak kepala lutut aku membaca ungkapan pengerusi SPR yg mengatakan 'daftar pemilih kita paling bersih dalam dunia'...... ini bukan setakat lucu, tapi amat pelik dan memelikkan......
entahlah berdasarkan apa yg pengerusi SPR ni kata daftar pemilih kita paling bersih.... dan semenjak bila ianya bersih dan dibersihkan.... oooo mgkn sejak himpunan BERSIH 1 dan BERSIH 2.0, maka data tersebut terus jadi BERSIH..... hahahahaha
sebelum ini (tahun 2010 & 2011), aku ada keluarkan beberapa data dan nama yg aku semak dari senarai daftar SPR yg meragukan..... selepas sahaja aku sebarkan ke alam maya, data2 tersebut telah dibuang dari senarai dengan begitu cepat dan tak perlu pun tunggu siasatan dan tidak ada pulak sebarang makluman dari pihak SPR mengenai status data atau kesilapan atau sebagainya.....
begitu jugak dengan semakan aku terhadap beberapa nama yang nombor kad pengenalan depa 'tak wujud' dalam pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPNM), sedangkan SPR selama ni dok mengaku bahawa depa merujuk kpd JPNM..... nama2 tersebut yg berkod negeri pada kad pengenalan depa dgn kod '-00-'... hahahaha.... mcm mana agaknya rakyat Malaysia boleh berkod 00 iaitu kod yg tak pernah wujud dalam JPNM.... sama juga mcm berlaku mcm yg di atas iaitu selepas sahaja pendedahan dibuat, pembetulan dibuat oleh SPR secara terus dan hanya selepas setengah jam lebih pendedahan aku dibuat oleh portal Malaysiakini.com.... data2 tersebut telah 'dibetulkan' oleh SPR..... itu jugak heran, mcm mana SPR boleh membetulkan data dalam tempoh begitu pantas dan cekap sbb selama ni kita tau SPR dok beralasan macam2 bila kita suruh buat pembetulan..... hahahahaha.... nampak sangat yg kantoinya!!!!
ok... hari ni aku hidangkan kpd hangpa senarai ini pulak.... melalui semakan aku sendiri di laman web SPR, terdapat seramai 28 orang pengundi dalam satu DUN tinggal di sebuah rumah yang sama dan masih jadi pengundi dalam DUN yang sama..... hahahaha.... 28 orang dok serumah.... agak2 hangpa besaq mana lah rumah tu ya??? aku tak kata data ini adalah 'data tipu'... tetapi mengelirukan...
aku cuma paparkan 15 nama saja dari 28 nama.... yg lain2 tu hangpa semak sendiri melalui nombor kad pengenalan yg aku catatkan di bawah.....
baki lagi 13 orang adalah berkad pengenalan spt berikut :-
770704025304
740915026289
790315025659
810911086314
750815025288
800319025134
810817095169
810915025172
831109025058
860205025034
871014355296
880118265353
881009265172
semua depa ni beralamat di nombor rumah yg sama, kampung yg sama dan mengundi dalam DUN yang sama....
yang bezanya hanyalah pada cara tulis nombor rumah.... ada yg tertulis "68A" atau "68 A" atau "No. 68A" atau "68-A".... tetapi semuanya berada dalam Kampung Batu Ara, Mukim Padang Matsirat.....
hangpa pakat tengok ambik lah.... kalau ikutkan paham aku, inilah data yg dikatakan oleh pengkerusi SPR sebagai 'data paling bersih dalam dunia'.... hahahahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....