Blog Member

Isnin, 23 April 2012

meroyan tahap cipan.....


berita : Ibrahim: Anwar pernah rayu diberi peluang kedua...
sumber : malaysiakini.com

NONE
petikan berita :
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepadanya agar berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecatnya dan beri peluang kedua menjadi timbalan perdana menteri.

Ibrahim mendakwa, pada tahun 1998, Anwar ada menelefon dan meminta datang ke rumah untuk berjumpa dengannya dan meminta beliau merayu kepada Mahathir agar diberi peluang kedua.

jom kita pakat gelak kat Brahim ni.....hahahahaha.... apa sbb patut gelak??? sbb tak habis2 meroyan dia dan semakin menjadi2.....

kalaupun DSAI pernah minta diberi peluang kedua dalam umno berikutan pemecatan beliau tahun 1998 dulu.... brahim sendiri dah peluang ke berapa??? hahahaha.... dia diberi peluang oleh PAS Kelantan, tapi pernahkah dia berterima kasih???

apa isu utamanya dia keluarkan pernyataan mengenai 'peluang kedua' yg dimohon oleh DSAI tu??? bagi aku, tak ada isu langsung..... mgkn konon dia nk tunjuk kata dia hebat dan baguslah sbb DSAI ada berhubung dgn dia utk merayu bagi pihak DSAI..... hahahahaha.... dasar muka tak malu, kok mana pun dia nak bagitau kt orang ramai yg dia tu kira 'hero Malaya' lah......

berbicara mengenai TIBAI yg depa tubuhkan....aku pelik semakin pelik lah puak2 ni.... ahli depa adalah orang yang sama saja sebagaimana dimaklumkan sendiri oleh brahim iaitu pemimpin T(C)IBAI tu adalah juga seorang pemimpin tertinggi PERKASA.....hahahahaha.... dulu PERKASA ditubuhkan utk menjaga kepentingan orang Melayu sampaikan tak kira betoi atau salah.... tapi orang Melayu jugak yg depa dok lawan..... patutnya hangpa pi TIBAI najib tu yg baru2 ni lantik 'orang Melayu' jugak jadi pengerusi BN di Pulau Pinang..... selama ni hangpa dok hingaq kata Pulau Pinang dah jadi negeri orang Cina... hanya disebabkan Pulau Pinang ditadbir oleh DAP.... agaknya pengkerusi BN Pulau Pinang yg baru dilantik menggantikan Tsu Koon tu berdarah Melayu sejati walaupun matanya sepet.....hahahahaha. dan dengan terlantiknya pengkerusi BN baru di Pulau Pinang, maka kembali lah negeri tersebut ke tangan 'orang Melayu'....hahahahahaha.......

TIBAI & ABAI ditubuhkan hanya dengan 1 tujuan iaitu menjadi proksi utama umno be end dalam menghadapi Pakatan Rakyat...... puak2 ni jugak menjadi tok guru dan dalang kpd budak2 tak cukup akal membuat 'vadalisme'.... tempat lain aku tak tau lah, kalau di sekitar Alor Setar.... merata bus stop diconteng dengan perkataan ABAI.... walaupun depa tak akan mengaku suruh, tapi depa tak pernah mengaku larang.... saat kepupusan umno dah semakin dekat.... itu saja yg jadi faktor utama puak2 tak dak pegangan kukuh perjuangan meroyan tak tentu hala.... esok lusa mgkn depa akan tubuh lagi 10 NGO...tapi pastinya ahlinya adalah di kalangan puak2 yg sama.... kalau tak salah aku, NGO yg ditubuhkan boleh dapat 'geran' dari kerajaan persekutuan..... hahahahaha.... nampak dah!!!!!

puak2 tandus isu politik di Kedah!!!!

Jom kita tengok isu golongan yg mencabar pindaan Seksyen 22A Enakmen Mufti dan Fatwa Negeri Kedah 2008 tanpa kita menyentuh sebarang peruntukan kuasa yg ada pada Tuanku Sultan yang bertakhta di Negeri Kedah Darul Aman.....

isunya apabila Kerajaan Negeri Kedah telah mencadangkan dan meluluskan pindaan tersebut yang secara ringkasnya bagi menghalang sebarang tindakan membawa fatwa yang tidak dipersetujui ke mahkamah.....

puak2 yang mencabar tersebut dipetik berkata
"Tindakan ini mempunyai implikasi yang cukup besar. Dalam erti kata lain ia seolah-olah meremehkan kuasa Sultan Kedah sebagai ketua agama di negeri ini"

hahahahaha..... pada aku, puak2 yang tak bersetuju dgn pindaan itu lah yang sebenarnya meremehkan kuasa Sultan dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam di Negeri Kedah.....

sebelum itu, isu kes Madrasah Salihiah yang telah pun diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telahpun di bawa utk di cabar di mahkamah.... puak2 ini sebenarnya yang tidak menghormati Sultan Kedah yang telah pun memberi perkenan serta bersetuju dgn fatwa yang dikeluarkan oleh pakar2 dalam bidang masing2 yg menjadi anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah.....

secara mudahnya yang aku paham mcm ni saja.... tujuan enakmen tu dipinda sbb sebagai menghormati Tuanku Sultan sebagai pentadbir tertinggi urusan berkaitan agama Islam di negeri ini. Setiap fatwa yg dibuat seharusnya dipersembahkan kepada Tuanku Sultan utk diperkenankan dan Tuanku Sultan sudah tentu mendapatkan nasihat yang terbaik sebelum memperkenankan sesuatu fatwa itu digunapakai.... tapi, lepas Tuanku Sultan perkenankan pun, masih ada puak2 yang tidak berpuas hati dan tak bersetuju dan bawa kes ke mahkamah.... so, apa yg depa pertikaikan sebenarnya??? depa pertikaikan tindakan atau mempertikaikan fatwa yang telah diputuskan dan diperkenankan oleh Sultan???

kalau semua fatwa yang depa tak suka atau dirasakan tak memihak kepada depa, depa akan bawa ke mahkamah utk mendapatkan keputusan sebaliknya..... hahahahaha.... fatwa yang dibuat bukan oleh seorang individu, tetapi oleh pakar dalam bidang masing2.... aku tak katakan semua fatwa itu wajar atau fatwa tersebut tidak boleh dicabar.... kedudukan fatwa hanyalah keputusan hasil kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara dan berkaitan perkara yg tiada nas yang secara langsung..... namun, ianya perlu dihormati, manakala sesiapa yg tak bersetuju dengannya perlulah melalui proses muzakarah atau melalui hujjah secara ilmiah.... tapi sama sekali bukan mahkamah tempat utk berhujjah kerana akhirnya keputusan yg dibuat hanya oleh seorang atau beberapa individu (hakim) yang belum tentu ada kepakaran dalam menterjemahkan isu2 penting atau perkara2 yang bersangkutan dgn kepentingan awam pada sebarang fatwa......

inilah yang sebenarnya puak2 tu tak setuju.... depa hanya mengambil tajuk 'kuasa sultan' utk menghalalkan tindakan depa mencabar keputusan kerajaan negeri tersebut. herannya, mengapa masa dibentangkan dalam sidang DUN, depa tak support wakil2 pembangkang yang ada dengan sebarang maklumat dan kajian utk berbahas dalam sidang DUN.... tapi apabila diluluskan, depa sengaja nk mempolitikkan pulak, kononnya bimbangkan 'kuasa sultan'.... hahahaha.... alasan yg hanya bersifat alasan politik semata2.....

aku juga nak tanya puak2 ni....alasan depa yg mengatakan bahawa tindakan pindaan ini meremehkan kuasa sultan tu kat mana yg remehnya??? adakah dgn cara bawa fatwa ke mahkamah utk dibicarakan setelah sultan memberi perkenan itu perbuatan yang menguatkan kuasa sultan??? hahahaha.... tindakan bawa ke mahkamah itulah sebenarnya yg meremehkan dan menghina kuasa sultan yang telah pun memberi perkenan.... sebenarnya juga, puak2 yg mencabar ini tidak ditunjangi oleh golongan cerdik pandai agama atau tidak disokong oleh puak2 yang mampu berhujjah mengikut nas dan dalil, maka mahkamah lah tempat depa bergantung harap..... dan lagi satu aku nk tanya iaitu adakah sultan mempunya kuasa ke atas mahkamah utk menentukan sebarang keputusan??? dan tentu Sultan tak ada kuasa mutlak ke atas mahkamah.... so, kat mana nya yg hangpa bimbang penyusutan kuasa sultan tersebut berlaku??? tak payah dok main wayang lah.... zaman la ni, orang boleh berfikir rasional akan sesuatu tindakan......

Ahad, 22 April 2012

data paling bersih dalam dunia????

aku semenjak dua menjak ni tak dapat sepanjang masa boleh nk update berita online sebab dok sibuk di bendang lah pulak..... dari motong getah, la ni buat belajaq bendang pulak sikit2....

bila buka berita pagi ni, ternampaklah tajuk suatu berita yg menggelikan bulu ketiak aku hingga ke anak rambut anak aku turut geli sama..... hahahahaha....

sungguh geli jugak kepala lutut aku membaca ungkapan pengerusi SPR yg mengatakan 'daftar pemilih kita paling bersih dalam dunia'...... ini bukan setakat lucu, tapi amat pelik dan memelikkan......

entahlah berdasarkan apa yg pengerusi SPR ni kata daftar pemilih kita paling bersih.... dan semenjak bila ianya bersih dan dibersihkan.... oooo mgkn sejak himpunan BERSIH 1 dan BERSIH 2.0, maka data tersebut terus jadi BERSIH..... hahahahaha

sebelum ini (tahun 2010 & 2011), aku ada keluarkan beberapa data dan nama yg aku semak dari senarai daftar SPR yg meragukan..... selepas sahaja aku sebarkan ke alam maya, data2 tersebut telah dibuang dari senarai dengan begitu cepat dan tak perlu pun tunggu siasatan dan tidak ada pulak sebarang makluman dari pihak SPR mengenai status data atau kesilapan atau sebagainya.....

begitu jugak dengan semakan aku terhadap beberapa nama yang nombor kad pengenalan depa 'tak wujud' dalam pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPNM), sedangkan SPR selama ni dok mengaku bahawa depa merujuk kpd JPNM..... nama2 tersebut yg berkod negeri pada kad pengenalan depa dgn kod '-00-'... hahahaha.... mcm mana agaknya rakyat Malaysia boleh berkod 00 iaitu kod yg tak pernah wujud dalam JPNM.... sama juga mcm berlaku mcm yg di atas iaitu selepas sahaja pendedahan dibuat, pembetulan dibuat oleh SPR secara terus dan hanya selepas setengah jam lebih pendedahan aku dibuat oleh portal Malaysiakini.com.... data2 tersebut telah 'dibetulkan' oleh SPR..... itu jugak heran, mcm mana SPR boleh membetulkan data dalam tempoh begitu pantas dan cekap sbb selama ni kita tau SPR dok beralasan macam2 bila kita suruh buat pembetulan..... hahahahaha.... nampak sangat yg kantoinya!!!!

ok... hari ni aku hidangkan kpd hangpa senarai ini pulak.... melalui semakan aku sendiri di laman web SPR, terdapat seramai 28 orang pengundi dalam satu DUN tinggal di sebuah rumah yang sama dan masih jadi pengundi dalam DUN yang sama..... hahahaha.... 28 orang dok serumah.... agak2 hangpa besaq mana lah rumah tu ya??? aku tak kata data ini adalah 'data tipu'... tetapi mengelirukan...

aku cuma paparkan 15 nama saja dari 28 nama.... yg lain2 tu hangpa semak sendiri melalui nombor kad pengenalan yg aku catatkan di bawah.....

baki lagi 13 orang adalah berkad pengenalan spt berikut :-
770704025304
740915026289
790315025659
810911086314
750815025288
800319025134
810817095169
810915025172
831109025058
860205025034
871014355296
880118265353
881009265172

semua depa ni beralamat di nombor rumah yg sama, kampung yg sama dan mengundi dalam DUN yang sama....
yang bezanya hanyalah pada cara tulis nombor rumah.... ada yg tertulis "68A" atau "68 A" atau "No. 68A" atau "68-A".... tetapi semuanya berada dalam Kampung Batu Ara, Mukim Padang Matsirat.....

hangpa pakat tengok ambik lah.... kalau ikutkan paham aku, inilah data yg dikatakan oleh pengkerusi SPR sebagai 'data paling bersih dalam dunia'.... hahahahahaha

Sabtu, 21 April 2012

hahahaha.... takut ka hapa???


Menteri enggan hadir ke mahkamah Perancis

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.

Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahuMalaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.

sumber : Malaysiakini.com

Jumaat, 20 April 2012

macam ni cara jaga kebajikan rakyat!!!!!

apa lagi mau kata!!!!!

50 tahun depa jaga Johor hinggakan Johor digelar sebagai 'kubu terkuat' umno be end.... rupa-rupanya betul lah macam kawan2 aku kata "di mana umno kuat, di situ rakyat merempat"....

mungkin hanya sebab 7 keluarga saja kot... itu sbb tak perlu di layan sangat...

Assalamualaikum
dah lama aku tak berkesempatan nk bancuh dek sbb sibuk yang teramat sibuk.... bila tak sibuk, mood tak dak lah pulak nk menaip.... tapi hari ini, aku rasa terpukul apabila mendengarkan kisah Imam Nawawi yg satu hari beliau menulis sebanyak 16 mukasurat.... subhanallah.... itu lah pejuang sebenar yg komited dgn perjuangan menyampaikan risalah Allah....

insyaAllah, lepas ni aku akan cuba merajinkan diri utk teruskan bancuhan aku.....

Isnin, 2 April 2012

NGO: Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno


NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...