Blog Member

Isnin, 19 Ogos 2013

Semua mau diwastakan.....macam ada unta di balik bukit...!!!!

MAS (Malaysia Airline System) memang kita dok dengaq kisah kemerosotan dan kerugian yang dialami saban tahun. Pada tahun kewangan 31 Disember 2011, MAS mencatatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM2.52bilion. Satu angka yang sebenarnya sangat menakutkan.

Tapi, cadangan TDM untuk menswastakan MAS atas sebab kerugian yang dicatatkan tidak boleh dipersetujui. Apa yang TDM tak swastakan sepanjang dia menjadi PM? Lembaga Letik Negara (LLN) diswastakan menjadi TNB. Akibatnya rakyat berhadapan dengan sebuah syarikat yang bermotifkan keuntungan berbanding dulunya yang bermotifkan tanggungjawab.

LPN (Lembaga Padi Negara) diswastakan jadi BERNAS, akibatnya kilang-kilang padi persendirian wujud dengan pesat dan harga beras melantun-lantun naiknya. Penswastaan LPN ini memang menguntungkan, tapi bukan untung kepada rakyat terbanyak yang menjadi petani, tetapi untung kepada pengilang, pengusaha dan penjual beras.


Berikut adalah senarai badan kerajaan yang telah diswastakan di zaman pentadbiran TDM,

Jabatan Telekom Malaysia = Telekom Malaysia Berhad (TM)
Lembaga Lebuhraya Malaysia = PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
Lembaga Letrik Negara = Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia = Pos Malaysia
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) = Malaysia Airports Berhad
Lembaga Pelabuhan Klang = Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port (Malaysia) Berhad and West Port (Malaysia) Sdn Bhd
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) = Penang Port Sdn Bhd
Lembaga Pelabuhan Johor = Johor Port Berhad
Keretapi Tanah Melayu = Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Alasan paling utama dalam cadangan penswastaan ini adalah bermotifkan keuntungan. Penswastaan ini sebenarnya diadaptasikan dari negara Britain. Namun, kita boleh lihat kedudukan negara contoh itu sendiri iaitu melalui proses penswastaan ini juga, ekonomi negara meningkat, taraf hidup rakyat meningkat, pendapatan rakyat meningkat dan sebagainya. Adakah ianya berlaku di negara kita?. Sehingga kini nak tetapkan gaji minima pun masih terkial-kial. Gaji tukang sapu sampah di Singapura sahaja sudah melebihi gaji seorang eksekutif berkelulusan ijazah di Malaysia.

Demi mencari keuntungan, semua mahu diswastakan. Akhirnya apa yang tinggal kepada rakyat?. Dan melalui penswastaan ini jugak, hanya segelintir sahaja yang akan kaya raya. Aku tidak hanya merujuk kepada cadangan penswastaan MAS, tetapi kepada semua bentuk penswastaan yang akhirnya akan membebankan rakyat apabila syarikat pengendali hanya bermotifkan keuntungan dan bukan lagi berteraskan kebajikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...