Blog Member

Ahad, 18 Ogos 2013

bukan lagi kera di hutan yang disusukan, tapi buaya di seberang laut diberi makan!!!!!!.............

Sebelum aku nak membancuh, aku nak minta maaf lah sebab janji aku nk update blog aku ni sekerap mungkin tak kesampaian disebabkan kekangan talian internet aku yang dipotong akibat tak bayar bil. Almaklumlah aku kini berstatus 'penganggur tak bertuan'......


info ni aku dapat dari status seorang rakan facebook aku, maka aku try lah ghosek (selongkar) tengok info yang lebih ditil, memang benar apa yang dinyatakan iaitu berkenaan dengan harga terkini Proton. Sebelum PRU 13, riuh rendahlah janji-janji manis umno be end untuk menurunkan harga kereta..tapi lain diharap, lain yang jadi. Turun memanglah turun, tapi hangpa boleh tengok sendiri yang dikononkan 'penurunan peringkat pertama'. hahahaha.....boleh percaya ka??? dari gambar poster yang digahkan sangat oleh umno, cuba kita fokus kepada Proton Prevè. Harga dicatatkan selepas diberi diskaun adalah pada RM70,895. Aku percaya harga ni mungkin dah termasuk kos-kos berkenaan atau dengan bahasa lain ianya dipanggil harga 'on the road'. Dan aku percaya harga yang tertera adalah bagi model Proton Prevè 1.6 CVT. Dalam kurungan di bahagian bawah tu tertulis (HARGA MEI 2013). Maka, aku rasa harga ni masih lagi relevan pada hari ini sebab belum ada sebarang pengumuman lain.

Selain itu, aku juga ada semak dengan beberapa laman web wakil pengedar sah Proton, ada yang bagi diskaun MERDEKA RAYA dengan tawaran diskaun sehingga RM4,000....fuh!!!! banyak tu...

Kat sebelah ni pulak, aku letak print screen harga model Proton Prevè 1.6 MT (manual transimission) yang aku ambik dari laman web Proton...

pakat boleh tengok harga yang ditawarkan pada April 2013 iaitu RM59,990....setahu aku, model ni tak dapat diskaun dari Proton...


jeng jeng jeng!!!!!...sekarang kita tengok pulak, siapa yang kena tipu hidup-hidup dengan umno ni...


tu dia punya offer di Australia!!!!!.....harga yang tertera adalah model Proton Prevè 1.6 MT dengan harga AUD15,990 on the road....kalau ditukarkan kepada RM, ianya bersamaan RM48,189.46....harga di Malaysia bagi model yang sama RM59,990.00.....Proton ni dipasang di Australia ka???...Proton dapat tambang percuma ka export kereta masuk ke Australia???........


Itu model Prevè paling murah lah. Cuba kita tengok pulak yang paling mahal....harga asal seperti tercatat di bawah untuk model 1.6 CVT adalah AUS$20,990 iaitu bersamaan dengan RM63,258.09. Manakala bagi special offer pulak adalah AUS$17,990 iaitu bersamaan dengan RM54,216.91....APA CERITA NI WEI????....harga model yang sama di Malaysia adalah pada harga RM70,895 selepas diberi diskaun dari janji umno be end........


pada aku, ini bukan lagi peribahasa 'anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'....tapi ini sudah jadi 'buaya di seberang laut diberi makan, anak beranak dan jiran sekampung jadi umpan'.....sokong ambik lagi umno tu!!!!!!!!!!!!!!!......

sumber : PROTON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...