Blog Member

Isnin, 12 Ogos 2013

apa betoi ka PM Najib kena tipu pasal urusan percetakan Manifesto BN PRU 13???....

Dikisahkan satu pendedahan di sebuah blog beberapa persoalan mengenai urusan percetakan manifesto Barisan Nasional (be end) untuk PRU 13 yang baru berlalu.

Antara persoalan yang timbul iaitu mengenai peranan sebuah syarikat yang tidak mempunyai lesen percetakan yang dikeluarkan oleh KDN telah mendapat kontrak mencetak manifesto be end dan telah membuat tuntutan kira-kira RM90juta, sedangkan kerja-kerja mencetak disub-kon kepada Utusan, sedangkan Utusan itu sendiri adalah sebuah syarikat yg umno mempunyai kepentingan di dalamnya. Ini menimbulkan pertanyaan di kalangan ahli umno sendiri iaitu mengapa melantik pihak ketiga dalam urusan percetakan ini dan tidak berurusan secara terus dengan Utusan???

Lalu timbul persoalan adakah Najib ditipu atau bagaimana???. Hal ini telah didedahkan oleh blogger pro umno iaitu 'The Unspinners' (baca SINI) secara tembak rambang. Artikel tersebut ditulis bertarikh 1 Jun 2013 dan disusuli dengan satu lagi artikel pada 3 Jun 2013 apabila dikatakan terdapat satu komen di blog tersebut yang mendedahkan secara lebih ditil butir-butir isu berserta nama-nama mereka yang terlibat (baca SINI).

Isu ini juga didedahkan di beberapa blog lain dalam tempoh yang hampir sama (baca SINI dan SINI). Namun, setakat hari ini belum terdengar sebarang tindakan diambil.

Apa fakta yang telah didedahkan???....


komen dari seorang pembaca yang dikatakan menulis kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang berbunyi....


Ini surat saya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM

Assalammualaikum Ketua Pesuruhjaya SPRM. Saya adalah kakitangan ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. Bos saya Azman Awaldin bersama rakan kongsi dia Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.

Tidak ada apa apa yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan. Logiknya lah kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan hatinya nak tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun. Tetapi apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di handpicked directly oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak dan Sdra Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.

Bukan setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan ketua pengarang Utusan Melayu yang sekarang ini merupakan pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. Dan di pejabat PM pula Dato’ Sri Farid Ridwan juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di inner circle PM dan apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai kata-kata PM.

Maka terjadilah sandiwara buku manifesto BN ini.

Saya hanya menyedari perkara ini kerana baru baru ini saya diminta oleh bos saya untuk menyiapkan tutntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya, syarikat kami tidak ada lessen percetakan yang diluluskan oleh KDN.

ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta naskah yang dicetak.

Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10 juta. Seperkara lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di ibu pejabat UMNO sehinggakan konco-konco Dato’ Raof ini berupaya membeli rumah tunai dan renovate rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda harga rumah berkenaan. Sila dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali. Apa kah mereka-mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta.

Soalan saya,

1. Kenapa ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD mendapat kontrak tersebut tanpa pun ada lesen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?

2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara direct dari UMNO?

3. Siapa sebenarnya di belakang ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD sehingga berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?

4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu Ini satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri. Mereka yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar makan padi’.

Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut. Surat ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB PM. Semua penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P. Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Sekian, terima kasih

HAMBA ALLAH YANG PRIHATIN DAN ANTI RASUAH


dan satu dokumen ditampilkan di blog 'Another Brick in the Wall' yang mengakui bahawa dokumen tersebut telah ditemui dalam peti surat mereka (baca SINI). Dokumennya seperti di bawah :

benda ni samada sesuatu yang sengaja direka atau ada mempunyai kebenaran padanya, pihak SPRM lah yang mempunyai jawapannya. Terpulanglah kepada Najib juga samada mahu membenarkan satu siasatan dibuat ke atas tuduhan ini atau mahu membiarkan ianya kekal sebagai satu tuduhan. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...