Blog Member

Isnin, 12 Ogos 2013

Ajaran so-SIAL-is yang semakin berkembang biak!!!!!!...........

hiasan
Sejak dahulu, PAS menentang pemerintahan yang berteraskan SEKULAR yang dianuti oleh UMNO dan sekutunya di dalam Barisan Nasional (be end). PAS, sebuah parti berteraskan dan bertunjangkan Islam sama sekali tidak boleh bersetuju dengan agenda sekular yang dibawa oleh UMNO bagi memandu masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun momokan 'masyarakat majmuk' senantiasa digunapakai bagi menghalalkan tindakan menganuti agenda sekular oleh be end, ianya sama sekali tidak boleh diterima menurut penilaian Islam......

Tapi kini, bukan setakat itu sahaja yang perlu dihadapi oleh sebuah perjuangan Islam....fahaman-fahaman sosialis yg mensamaratakan perolehan rakyat semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Kelunakan agenda-agenda sosialis ini kian mempengaruhi pemikiran sesetengah ummat Islam. Kewujudan segala 'isme' ini adalah bertitik tolak dari cetusan tindakan terhadap satu perkara yang lain. Sosialisme muncul setelah sistem Kapitalisme yang diasaskan oleh blok barat dilihat sebagai satu sistem yang menzalimi rakyat melalui sistem ekonomi dan sistem pentadbirannya.

Sekali imbas, sosialisme itu boleh dinilai sebagai baik kerana ianya mensamaratakan hak rakyat. Tetapi ianya tidak terhad di situ sahaja kerana ia juga membawa natijah hingga kepada menafikan pengaruh agama dalam kehidupan bermasyarakat.

Sekularisme, sosialisme dan segala 'isme' yang ada atas muka bumi ini hanyalah ciptaan manusia yang tidak sempurna dan tidak boleh menandingi sistem ciptaan Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. Sedangkan segalanya telahpun terangkum dalam Islam segala peraturan dan hukum hakam yakni samada soal nikah kahwin nya, soal harta dan perwarisan, soal untung rugi perniagaan dan segala-galanya berkaitan kehidupan manusia telahpun disempurnakan pengajarannya oleh Rasulullah lebih 1300 tahun dahulu.

Akan tetapi, mengapa segala 'isme-isme' ini masih mendapat tempat di kalangan manusia???. Jawabnya tidak lain tidak bukan iaitu dalam hati mereka terdapat rasa was-was terhadap kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam. Mereka tidak sepenuh yakin dengan janji-janji Allah dan mereka masih menaruh kepercayaan bahawa segala untung, rugi dan nasib mereka adalah di tangan mereka sendiri. Sedangkan Islam yang dibawa oleh Muhammad al-Amin adalah berbeza dengan segala kebergantungan adalah kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Aku tidak lah mahu mengulas dengan lebih lebar perbezaan sosialis, kapitalis dan segala 'isme-isme' tersebut. Cuma tujuan aku di sini adalah untuk menyatakan bahawa segala fahaman tersebut adalah bertentangan dengan fitrah dan merupakan firqah sesat lagi menyesatkan. Jika fahaman SYIAH dikategorikan sebagai sesat, maka sama lah dengan kesesatan yang dibawa oleh SEKULARIS yang terangkum di dalamnya KAPITALIS, SOSIALIS dan lain-lain lagi.

Sheikh Mustafa Sabri (gambar), mufti terakhir Kerajaan Turki Uthmaniyyah berkata

"Memisahkan agama dengan politik, adalah jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR"




Di bawah ini (print-screen), aku hanya sekadar membawa contoh pengaruh so-SIAL-is yang dilihat semakin dipegang, ianya akan membawa manusia semakin menjauhkan diri dari al-Quran dan Sunnah dalam pertuturan dan akhirnya mungkin perbuatan. Mungkin dilihat sebagai remeh pada sesetengah pihak (LIBERALIS), tetapi api yang marak membakar rumah hanya dimulakan dengan percikan api yang kecil. Manakala dalam khutbah terakhir Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam, Baginda berpesan "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil". Maka, berdasarkan itu, usah dipandang remeh segala kebejatan yang melanda ummat Islam pada hari ini.

Diriwayatkan oleh al-Baghawi dari Zaid al-Yami dan ‘Abdul Malik bin ‘Umair dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya "Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda: “Wahai manusia, tidak ada satupun yang mendekatkan kalian kepada syurga dan menjauhkan kalian dari neraka melainkan telah aku perintahkan kepada kalian. Dan tidak ada satupun yang mendekatkan kalian kepada neraka dan menjauhkan kalian dari surga melainkan telah aku larang kalian daripadanya”




contoh di atas aku tinggalkan untuk masing-masing buat penilaian dan conclusion sendiri. Aku akhiri BANCUHan aku di pagi ini dengan satu peringatan dari Rasulullah yang bermaksud : "sesungguhnya barangsiapa yg mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukup kan baginya segala keperluannya di dunia. Tetapi barangsiapa yg mencari redha manusia dlm keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kpd manusia"..at-Tirmidzi....

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...