Blog Member

Sabtu, 10 Ogos 2013

Malaysianegara Islam contoh????

Selalu dihebohkan oleh korajaan iaitu Malaysia sebagai sebuah negara Islam yg dincontohi oleh negara2 Islam lain. Apakah ini buktinya???...

Seperti yg dilaporkan dalam berita Malaysiakini (gambar) bahawa kes penceraian dilaporkan sehari berjumlah 70 sehari sepanjang tahun 2011....dan jumlah ini juga dilaporkan meningkat setiap tahun. pergh..Negara Islam contoh kononnya!!!!...

Sudahlah kes jenayah berat meningkat dgn kes pembunuhan dan meningkat nya kes tembak sepanjang minggu akhir2 ini, cuba bayangkanlah apa akan jadi lagi 10-20 tahun....adakah ini ciri2 sebuah negara maju iaitu peningkatan jenayah dan keruntuhan institusi keluarga???. Kita juga selalu dihidangkan dgn kes2 juvana yg dikatakan antara salah satu faktor adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi kekeluargaan, anak2 kurang mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Apakah ini yg dimahukan rakyat hanya kerana ingin mengejar status negara maju....wawasan lah kononnya!!!!....

Aku tidak menafikan usaha2 yg dibuat oleh pihak berkuasa agama dalam membendung hal ini, tetapi adakah ianya mencukupi???....ianya bukan sekadar tidak cukup, tetapi seolah2 sia-sia segala usaha kerana ada lagi satu pihak yg seolah2 tak bersungguh-sungguh iaitu pihak korajaan sendiri. Samada sedar atau tidak sedar, institusi kekeluargaan dimusnahkan dengan amat halus dgn pelbagai program yg tidak mempunyai unsur keIslaman di dalamnya, terlalu banyak hiburan dan terlalu banyak mengarah kepada keduniaan dengan mengabaikan nilai2 murni sebuah masyarakat Islam.

Dek kerana mengejar kekayaan dan kemewahan, asas yg menunjangi sebuah tamadun kian hari kian hancur. Adakah itu yang dimahukan???....aku melihat ini sebagai satu masalah yang amat-amat serius dan tidak boleh diselesaikan dengan kaedah lain melainkan jalan Islam sebagai jalan penyelesaian terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...