Blog Member

Rabu, 30 Mei 2012

'TIDAK PATUT' saja!!!!!!

aku tertarik nk ulas sikitlah pasai isi keratan akhbar kat sebelah tu....

pertamanya mengenai kenyataan yg keluar dari mulut Tan Sri Harussani yg aku petik dari mukasurat depan Sinar Harian yg berkata
"sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (k-pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi yang sedang merosot, jadi tidak patut ada  perkara yang boleh menaikkan nafsu. Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini"

hmmm.....bagi aku lah... ayat ini TIADA PENEGASAN langsung...seolah2 hanya melepaskan suara dari halkum.... bolehkah hanya disebutkan 'patut tiada'.....berbanding dgn acara BERSIH... siap keluaq fatwa meletakkan ianya sebagai HARAM....

fatwa ke atas BERSIH keluar selepas acara berlangsung dan dibuat kemungkinannya setelah berlakunya beberapa insiden kekasaran terhadap peserta dan anggota polis hingga sebabkan kecederaan... ayat 'patut tiada' ini juga keluar selepas daripada acara himpunan belia itu diadakan dan terdapat dalamnya acara maksiat yg terang-terangan tidak langsung menunjukkan kehendak penganjur utk mendidik jiwa rakyat ke arah yg lebih baik......

beza antara apa yg berlaku di acara BERSIH dan acara himpunan belia ini iaitu semua kekasaran yg berlaku ketika BERSIH bukanlah dianjurkan oleh penganjur dan tidak pernah disuruh atau diredhai berlaku oleh pihak penganjur....tapi acara maksiat yg ada dalam himpunan belia tersebut adalah ditaja oleh penganjur, dijemput oleh penganjur dan seterusnya sudah tentu dibayar dengan menggunakan dana kerajaan yg merupakan hak rakyat..... adakah hanya patut dihukum 'PATUT TIADA'??? maka bagi aku, Tan Sri Harussani memang tidak sepatutnya berkata dgn nada demikian sbb patutnya perlu lebih tegas dan keras lagi....

dan lagi....cuba kita renungkan balik ke belakang....ini bukan kali pertama....malah setiap kali depa anjurkan program seumpama ini, acara maksiat lah yg selalu mengambil tempat dan mendapat perhatian serta dijadikan modal utama utk menarik minat penyertaan..... herannya sebahagian depa ini tak pernah langsung ambik pengajaran..... so, aku nk khabarkan sini kpd Tan Sri Harussani....beratus kali tegur pun pemimpin2 umno ni.... depa hanya akan pekakkan telinga sbb nilai semua cerdik pandai agama yg dok ada dalam umno dan jugak dalam kerajaan tak lebih dari nilai 'melukut di tepi gantang'..... tapi sayang... masih lagi depa ni tak mampu utk jadi 'orang yang berfikir' sebagaimana yg Allah sebutkan banyak kali dalam ayat al Quran.....

dan lagi satu...ulasan si pemberita mengatakan 'persembahan k-pop yang tidak sesuai dgn budaya negara ini'..... ini pun lagi satu masalah.... puak2 pemberita, media dan puak2 umno juga senantiasa meletakkan 'budaya' itu lebih tinggi dari agama Islam.... jika ianya sesuai dgn budaya, walaupun tak selari dgn Islam... bagi depa itu tak salah.... begitu jugak dgn kontroversi fatwa upacara ancak satu ketika dulu.... oleh sbb ianya budaya, maka jadi sah utk diamalkan walaupun pada asasnya ianya boleh membawa kpd perbuatan syirik terhadap Allah Azzawajalla.....

dipetik juga dari akhar di atas tu iaitu ulasan Shabery Cheek mengenai pembatalan program Ust Azhar Idrus (UAI) pada tarikh yg sama dan bagi laluan kpd acara k-pop ni....konon kata dia tak ada kena mengena....hahahahaha....tp pada masa yg sama, dia kata kuliah UAI terpaksa dibatalkan berkaitan masalah trafik akibat dari pertembungan kedua2 acara..... woiiii tok menteri.... kalau tak ada kena mengena, apa pulak sangkut paut dgn trafik??? tapi dah jenis puak2 ni nk menghalalkan tindakan depa.... maka di ciptakan pelbagai alasan supaya dapat membodohkan rakyat......

sekali lagi aku nk bgtau kt semua cerdik pandai agama dalam umno dan kerajaan.... inilah gaya pemimpin hangpa yg maksum agaknya.... mengutamakan maksiat dari program yg boleh mendidik jiwa anak muda... membatalkan satu program dan bagi laluan kpd satu program berbentuk maksiat...... entah kaedah maslahah mana depa pakai pun aku tak tau lah...... kalau nk kata kaedah nasrani dan yahudi, mmg bertepatan sangat lah.... ringkasnya aku nk katakan iaitu dalam sebarang benda, dalam sebarang acara, dalam sebarang program anjuran puak2 umno be end selama ini, sudut usul fiqh langsung tak pernah diberi perhatian..... dan aku sebagai rakyat Malaysia yg juga turut menyumbangkan duit ringgit melalui cukai dsb kepada kerajaan... satu sen pun aku tidak halalkan duit ringgit aku digunakan utk menaja program2 maksiat dan membiayai segala perjalanan acaranya.....aku juga tidak redha akannya....

1 ulasan:

  1. Haramjadah jer yang kata patut buat kerja maksiat sebegini! Tau makna 'Tak Patut'? Boleh tak dibuat tapi takder apa-apa bila dibuat, harusss! makna tak haram lah bila dibuat! Tapi tok peti ni bukan jenis haramjadah! cuma takder telur nak kata haram tanpa jadah jer! heheheh

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...