Blog Member

Khamis, 5 Januari 2012

nenong....nenong...nenong....lekaih download dokumen perbelanjaan NFC sblm kehabisan stok!!!


dari blog rafiziramli.com

Pihak penyiasat dari Bukit Aman telah menghubungi saya untuk memberikan keterangan berkenaan siasatan terhadap skandal NFC. Saya telah bersetuju untuk hadir dan memberikan keterangan di Bukit Perdana pada jam 3 petang hari ini.

Sejak skandal NFC dibongkar, tumpuan siasatan adalah untuk mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen yang digunakan oleh KEADILAN dalam meneliti segala penyelewengan di dalam NFC. Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada KEADILAN.

Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang saya tidak kenali. Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC. Berdasarkan dokumen asas ini, saya percaya orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri.

Siasatan lain dijalankan sendiri oleh KEADILAN berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang didapati dari senarai yang dihantar oleh seorang yang tidak dikenali itu.

Oleh yang demikian, KEADILAN yakin pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan secepat mungkin untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes penyelewengan NFC, kerana dari pengalaman KEADILAN sendiri – dengan hanya berbekalkan sedikit maklumat, pelbagai penyelewengan dapat dibongkarkan.

Saya juga mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat sehingga ke peringkat tertinggi penglibatan dan kecuaian pimpinan kerajaan yang mengakibatkan kerugian RM250 juta wang rakyat ini, termasuklah:

1) Kecuaian dan penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu yang meluluskan projek penternakan fidlot ini tanpa mengambil kira faktor-faktor sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang; dan

2) Kecuaian dan penglibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menilai bidaan dari syarikat-syarikat dan menganugerahkan projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang.

Semua maklumat yang saya miliki setakat ini saya akan serahkan kepada pihak PDRM petang ini untuk mempercepatkan siasatan.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
4 JANUARI 2012

kalau tak jumpa tang mana nk download....sila klik SINI dan SINI

Rabu, 4 Januari 2012

Ribut di Perlis

MB Perlis: Isu Rosley, Shahidan hanya ribut kecil politik
berita penuh : sila baca SINI

Rosley Mat - YDP Majlis Perbandaran Kangar
betoi ka ribut kecil??? hahahaha....ribut kecil pun dipanggil ribut juga, tapi sebenarnya bukan kecil atau besarnya ribut yg patut jadi ukurannya, tapi sejauh mana ribut tu memberi kesan perlu diambil kira.

tak kisahlah samada ribut kecil atau besar...kita masih ingat lagi isu perlantikan MB Perlis pada selepas PRU 12 dulu....Shahidan yg tidak terpilih telah cuba sedaya upaya mengganggu gugat dan isu itu berlarutan agak lama dan mungkin sampai la ni masih berbaki kesannya. Walaupun Perlis kecik saja negerinya, tapi ributnya bagi aku kadang-kala kecik di mata, tapi besar pada hakikatnya....

Dalam isu ini juga, kita lihat bagaimana seorang penjawat awam dimalukan dengan gelaran yg tidak sepatutnya, walaupun gelaran diberi dengan panggilan yang baik...akan tetapi tujuan gelaran itu diberikan yg menjadi persoalan.....

tapi pun, mgkn ada sebab yg lain mengapa Shahidan memberikan gelaran tersebut. Sebenarnya setahu aku, tiada apa yg terlepas daripada mata dan telinga Shahidan mengenai segala apa yg berlaku dalam Perlis tu.

entahlah.....bagi aku, lawan tetap lawan.....walaupun Shahidan dan walaupun apa gelaran.

lawan jangan tak lawan!!! semoga warga FELDA tidak terus dibodohkan

Mahkamah benar sekat mesyuarat agung KPF
harakahdaily.net 

KUANTAN, 4 Jan: Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijadualkan esok.

Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu. 

Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh. Mereka memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

patut lah pun tak kena apa......!!!!!!!

'Dakwa ketua NFC atas cubaan sogok polis, SPRM'


Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.

Pada sidang akhbarnya di ibu pejaabt PKr di Petang Jaya, hari ini Rafizi juga mendedahkan sebanyak RM1.755 juta dibayar kepada pegawai penyiasat bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.

Katanya, sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.

Rafizi juga mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail menjadi "orang tengah" menyampaikan wang tersebut kepada pegawai penyiasat SPRM dan PDRM.

Rafizi berkata dakwaan itu yang dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis yang dibuat oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.

Katanya, berdasarkan Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apa bila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut.

"Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:

"Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.

"Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," katanya dalam sidang media hari ini.

laporan oleh : malaysiakini.com

tu dia aih!!! kaya....memang kaya!!!!!

Desakan tahan Taib: Interpol serah kepada polis M'sia

Di sebalik desakan yang memuncak oleh NGO asing supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ditangkap atas tuduhan rasuah, Pertubuhan Antarabangsa Polis Jenayah (Interpol) berkata tindakan itu hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ini adalah jawapan yang diberikan kepada Dana Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menerajui kempen antarabangsa ke atas ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu.

Menurut kenyataan akhbar oleh BMF, sekretariat Interpol, memaklumkan bahawa "bantuan Interpol hanya boleh digerakkan oleh keputusan pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan atas permintaan penyelaras tempatan yang dikenali sebagai National Central Bureau (NCB)".

"Sekiranya anda ingin memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang dinamakan itu, anda dinasihati supaya menghubungi polis negara berkenaan dan / atau badan kehakimannya."

Menurut BMF, maklumat laman web Interpol, menyebut NCB bagi Malaysia secara langsung terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negara.

Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain yang berpangkalan di enam negara menggesa Malaysia untuk menangkap Taib dan 13 ahli keluarganya atas dakwaan "salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah".

Sepucuk surat 10 halaman memperincikan tuduhan-tuduhan terhadap mereka dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia melalui pos berdaftar, tetapi menurut BMF, pihak berkuasa gagal memberikan jawapan.

Siasatan BMF menunjukkan bahawa keluarga Taib mempunyai kepentingan dalam lebih daripada 400 syarikat di 25 negara dengan nilai yang dianggarkan ratusan bilion dolar Amerika.

seperti dilaporkan oleh : malaysiakini.com

Pekerja diberhentikan tanpa di bayar pampasan

Mana wang pampasan kami?
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : January 1, 2012
sinarharian.com.my


KAMPUNG GAJAH - Bagi menuntut bayaran pampasan yang sepatutnya diterima, sekumpulan bekas pekerja sebuah kilang, di sini, telah berhimpun dan berdemonstrasi secara aman di hadapan kilang berkenaan, pada Khamis lalu.

Saintis temui ikan jerung hybrid

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seekor ikan jerung hibrid hitam di perairan Australia 

Nak roboh pasar tanpa terlebih dahulu berbincang dgn penduduk

DBKL diarah tangguh roboh pasar
oleh aqmar alladad
aqmar.alladad@kosmo.com.my
kosmo.com.my

PENIAGA mengadakan demonstrasi membantah cadangan merobohkan Pasar Besar TTDI baru-baru ini.

Ubat RM1 juta ditemui

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
Mohmad (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian ubat-ubatan yang ditemui semula pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Kontroversi kehilangan ubat bernilai RM1.078 juta dari stor Farmasi Neuro Sains Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 Disember lalu mula terungkai apabila kesemua ubat-ubatan itu ditemui semula di dalam sebuah tong sampah besar berhampiran bangunan pejabat kerajaan di Jalan Duta di sini pada Ahad lalu.

Kempen anti-Gardenia bukti ketegangan kaum meningkat apabila dihimpit masalah ekonomi

Oleh Shannon Teoh
January 03, 2012
themalaysianinsider.com


KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kenaikan harga barang telah membawa kepada perubahan sikap, di mana rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyalahkan antara satu sama lain dan membangkitkan pertikaian yang bersifat perkauman.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan “syarikat kroni” yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.

Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah!!!

Ibu: Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah
Oleh : NORSHIKIN MOHD SALLEH
sinarharian.com.my
Tarikh : January 4, 2012


JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Kes jenayah yang menjadi-jadi

4 dibunuh kejam
Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan David Tengah
bharian.com.my 
2012/01/04

Anggota polis mengangkat seorang daripada empat mangsa bunuh di RTM Road Lane, di Sibu, semalam
Isteri mangsa bunuh (kiri) ditenangkan ahli keluarga, semalam.Usahawan, dua anak serta ibu dipukul hingga mati angkara perniagaan

Selasa, 3 Januari 2012

Tengok saja!!!!

jangan kata apa2....senyum saja


aku pun suka cerut mcm tu...tp sekali sedut ja, rasa dah sembam aku.....hahahaha


kredit kepada : apekehell

lagi mau keluar umno?

Lajim Ukin mahu keluar Umno?

KOTA KINABALU, 3 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin(gambar kiri) jika mahu keluar daripada Umno BN.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa Umno BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri.

“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno BN.

“Ini merupakan petanda bahawa, Umno BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,” katanya.

Boboi disahkan menyertai umno

diberitakan bahawa kedua2 pak lawak ni dah menyertai umno dengan menyerahkan borang permohonan menyertai parti kera-mat itu di PWTC hari ini....

hehehe....pada pendapat aku lah...kedua2 depa ini mungkin....aku katakan 'mungkin' terpaksa rela setelah satu sketsa terakhir depa dalam Maharaja Lawak Mega baru-baru ini secara 'indirect' boleh ditafsirkan sebagai menyentuh peribadi seorang yg paling terkemuka di Malaysia, malah mungkin seantero dunia....

walau apa pun cerita di sebaliknya, aku ucapkan syabas kpd hangpa berdua semoga hangpa bahagia dgn parti pilihan hangpa.....mmg patut pun artis yg macam hangpa ni yang tak berapa nk tahu batas aurat dan hukum dalam Islam menyertai umno.....

hahahahaha.....memang lawak betul lah....lawak
berita kemasukan kedua pak lawak ni boleh dibaca di SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...