Blog Member

Selasa, 18 September 2012

pegawai PTD meninggal ketika kursus selamat dikebumi.....

sumber : Berita Harian

pertamanya marilah kita sedekahkan pahala surah al Fatihah kepada Allahyarham.....

Ucapan takziah dari aku sekeluarga kepada keluarga Allahyarham.......berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.....apatah lagi dgn anak kecil, kembar pulak tu..... sudah tentu satu kehilangan yg amat perit  bagi keluarga Allahyarham...tambahan pulak dgn usia perkahwinan/keluarga yang dibina masih lagi di awal perjalanan..... semoga tabah dgn ujian dari Allah......

Bagi aku, kejadian2 sebegini boleh dielakkan dari awal.... tapi apakan daya, pentadbiran bersistemkan 'dah terhantuk baru nak terngadah' inilah puncanya..... aku setuju dan sokong sebarang bentuk aktiviti dianjurkan bagi meningkatkan disiplin para kakitangan....tetapi bukanlah dgn kaedah betul2 ala ketenteraan yg bukannya sesuai utk semua orang...... dan bukan hanya kaedah ala tentera itu sahaja yg dapat mendisiplinkan semua orang sedangkan sebaik2nya kena gunakan kaedah yg telah sedia ada dalam Islam.....

Disiplin seseorang bukan hanya terletak kpd latihan jasmani, tetapi lebih dipengaruhi oleh rohani seseorang. Jika seseorang itu takutkan Allah, maka segala amal perbuatannya akan sedaya upaya mengikut neraca Allah....walaupun tidak dinafikan, dalam setiap kursus ada diselitkan pengisian rohani, tetapi kebanyakannya hanya 'melepas batuk di tangga'.....dibuat dengan tidak bersungguh-sungguh dan selalunya tidak menepati sasaran.......

Kemudian lagi, kursus2 yang diadakan kebanyakan bermodelkan atau bersumberkan kaedah yg diimport yg tidak memenuhi piawaian syarak hinggakan sebahagian peserta samada secara sengaja atau tidak sengaja meninggalkan solat akibat dari keletihan yg teramat sangat...... masa aku pi kurus BTN dulu, sebahagian besar peserta kursus tak hadir solat Jumaat akibat keletihan....tapi tak pulak dimarahi oleh juruletih..... tapi kalau lambat hadir ke padang atau kesilapan lain....peserta akan didenda mengikut hawa nafsu juruletih....

Terlanjur aku sebut kursus BTN ni, aku pernah menghadiri Kursus BTN di Segari, Perak.....kursus tu kononnya utk memotivasikan diri peserta bagi meningkatkan kemahiran dan semangat belajar....tapi pengisian sebenar terpesong...... ini cerita dekat 18 tahun lalu lah....yg aku masih ingat iaitu antara pengisian2 yg diberikan adalah terarah kepada unsur2 politik.....macam2 lah jugak dimasukkan ke dalam kepala otak aku waktu tu.....hehehehehe.....tapi sebenarnya depa tak berjaya mempengaruhi minda aku, malah lebih membuatkan aku meluat kpd umno be end walaupun selepas dari itu, aku TERPAKSA menyertai umno be end disebabkan ayahandaku.....tapi utk beberapa tahun saja, sbb tak lama lepas tu aku berjaya mengajak kedua ibu bapaku menyertai PAS sampai hari ini.......

Berbalik kpd kejadian di atas.....seperti biasa jawapan2 yg diberikan melalui penyokong gerombolan di facebook akan mempertahankan dgn 1001 macam alasan..... ada yg kata 'hanya seorang meninggal dari 243 orang, kes terpencil je tu', namun ada juga komen yg tak sepatutnya dilemparkan......adakah bagi depa itu nyawa tidak ada nilainya??? atau mgkn sebab tak kena batang idung keluarga depa.....ada lah yg secara kurang ajaq komen ikut sesedap rasa.......

2 ulasan:

  1. Arwah bertugas di Bahagian Pembangunan MINDEF, Unit Udara tak silap. Arwah ni mmg baik orangnya. Komited dgn tugas. Mudah berurusan.
    Semoga roh Arwah dicucuri rahmat.

    Al - Fatihah.

    Syah.

    BalasPadam
  2. when i was studied a Twintech (LnG university college)2005-2009 arwah is one of my admin/ finance manager there (i cant remember exactly) and his wife is my english's lecturer - al-fatihah for him
    #sad

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...