Blog Member

Jumaat, 21 September 2012

Musuh tidak mahu Islam berkuasa - Noh Gadut

berita penuh : Sinar

Antara intipati yang disebutkan oleh bekas Mufti Johor ni iaitu 4 strategi musuh Islam dalam menghalang Islam dari berkuasa.....
1. memiskinkan ummat Islam
2. ketinggalan dalam bidang ekonomi dan ilmu
3. perpecahan ummat Islam
4. tidak berkasih sayang

aku amat bersetuju dgn semua di atas yg disebutkan oleh Datuk Noh.....AKAN TETAPI....ummat kita hari ini amat mudah menyalahkan pihak luar ataupun musuh apabila sesuatu berlaku dalam kehidupan ummat Islam dan pada masa yg sama seolah2 menafikan hasil kerja tangan-tangan ummat Islam sendiri yg telah melemahkan ummat Islam dari segenap penjuru.....

dah namanya pun 'MUSUH'.....dah tentu musuh2 akan bertindak sesuai dengan kedudukan depa sebagai musuh......lebih kurang mcm musuh tanaman....depa akan menyerang tanaman tak kira samada kita dalam keadaan bersedia atau tidak, samada kita boleh hadapi atau tidak.....musuh tanaman tetap akan menyerang apabila sampai waktu dan ketikanya...... maka, apa yg kita dok menyalahkan musuh tak berenti-renti sedangkan dah memang sifat musuh sebegitu!!!!!

sesuatu yang wajar diingat bahawa musuh itu terdiri dari dua bahagian iaitu musuh luaran dan musuh dalaman..... kalau kita sebutkan Yahudi sebagai musuh luaran, maka musuh dalaman ummat Islam siapa??? kalau dalam satu batang tubuh, musuh luaran adalah benda2 di sekelilingnya termasuklah syaitan yang dikenali....maka musuh dalaman adalah hawa nafsunya sendiri.......bagi aku, musuh dalaman ummat Islam adalah orang2 Islam itu sendiri......

mengenai kekuasaan.....kalau sebutkan dalam konteks negara Malaysia....ummat yang berkuasa atau yang memegang tampuk kuasa adalah ummat Islam juga....tapi, mengapa keempat-empat benda yg disebutkan oleh Datuk Noh Gadut wujud dalam negara kita??? adakah itu perbuatan musuh Islam samada Yahudi atau Nasrani??? adakah puak yahudi yg tinggal bertaburan di seluruh dunia yg memiskinkan ummat Islam di Malaysia??? adakah puak2 Nasrani yg meletakkan ummat Islam di Malaysia ketinggalan dalam bidang ekonomi??? adakah, adakah, ADAKAH itu semua????????

di Malaysia, rekod rakyat miskin menunjukkan orang2 Islam masih lagi mengungguli carta kemiskinan, begitu juga dalam aspek pembelajaran dengan kos yang tinggi dalam sara hidup harian dan kos yg tinggi jugak dalam segala aspek berkaitan keilmuan.....dari sudut perpecahan pulak, perbuatan adu domba...fitnah memfitnah jadi makanan harian..... hangpa sambung lah lagi huraian aku tu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...