Blog Member

Khamis, 20 September 2012

jangan rasuah, sangat dekat dengan rasuah is okay???


Ini adalah laporan yg diterbitkan oleh portal berita The Malaysian Insider (klik).....aku tak mau copy n paste apa yg disebutnya sbb nanti tersalah petik lah pulak.....so, aku screen shot apa yg disebutkan oleh TDM seperti di bawah.....

so, hangpa nilai ambik sendiri lah apa yg disebutkannya seperti yg dah aku kotakkan tu..... sebelum ini, TDM telah mengeluarkan pernyataan atau saranan memilih kerajaan umno be end yang dilabelkan seperti 'syaitan yg dikenali' berbanding PR yg dilabel seperti 'malaikat yg tidak dikenali'....
dengan kenyataan TDM terbaru ini seolah2 wujud satu permainan baru yg cuba utk dimainkan.....aku tak pasti apakah ia, tetapi sebagai seorang yg begitu berpengalaman dalam sepak terajang politik Malaysia, kenyataan demi kenyataan TDM sejak dua menjak ni aku tengok sepertinya tidak menyebelahi Najib..... dan sudah tentu TDM juga tahu kesan negatif dari kenyataannya itu akan terpalit kepada umno be end..... jangan jangan......hahahahaha......hangpa spekulate lah sendiri..............

berbalik kpd apa yg disebutkan oleh TDM iaitu dengan maksud tindakan Najib bagi duit kepada rakyat walaupun tidak diistilahkan sebagai membeli undi, tetapi 'SANGAT DEKAT dengan itu'..... perkataan 'itu' adalah merujuk atau balik kpd maksud 'membeli undi'......maka, ini bermakna perbuatan Najib itu diistilahkan oleh TDM sebagai sangat dekat dgn perbuatan membeli undi......

kalau dalam pilihanraya, perbuatan membeli undi boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954....cuma tak pastilah pulak, kalau disebutkan 'sangat dekat' tu boleh termasuk atau tidak....... kalau hangpa nak baca Sekyen 10 akta tu sebut apa, hangpa boleh download kat SINI...

dan kata TDM lagi (di sebelah)....."satu-satunya perkara yang saya akan katakan adalah bahawa dia mempunyai banyak wang dan dia menghadiahkan wang kepada semua orang"
adakah dimaksudkan "dia mempunyai banyak wang...." itu dirujuk kepada Najib secara individu ataupun 'kerajaan'.....yg tu kena tanya TDM...... 

berbalik kepada perkataan TDM sendiri iaitu "SANGAT DEKAT"..... jom kita rujuk pada satu ayat al Quran yang mahsyur dihafal orang iaitu yang bermaksud “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” surah al-Isra', ayat 32

zina merupakan satu perbuatan jenayah dalam Islam yang boleh dihukum mengikut hukuman hudud yang umno bersangatan tak mau nak laksanakan......dalam ayat di atas, jangankan nk melakukan zina.....menghampiri zina pun sudah ditegah oleh Allah...... perkataan 'hampir' tu seerti lah dengan perkataan 'sangat dekat'.... kalau ada orang sebut 'hampir mati'....maknanya sangat dekat dengan perkara yang boleh menyebabkan kematian....... 

membeli undi pulak boleh dikategorikan sebagai satu perbuatan 'rasuah'..... dalam Islam, perbuatan rasuah digolongkan sebagai satu kesalahan bertaraf 'dosa besar' juga dan Allah melaknat pihak2 terlibat dalam rasuah....satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi yang bermaksud "Rasulullah telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)" - riwayat at-Tirmidzi-3/622, hadis hassan sohih.

maka, zina pun satu dosa besar....menghampiri zina adalah termasuk dalam perbuatan dosa bertaraf maksiat juga......maka, apakah perbuatan yang 'sangat dekat' dengan rasuah tidak berdosa??? aku nk tunggu ulasan ulama muda umno pasai ni....tu pun kalau berani ulas lah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...