apa lagi boleh nk dikatakan.....simpati saja lah. nak buat mcm mana lagi!!!
tapi pada aku lah, filem2 tempatan tak ada visi dan tak ada hala tuju yg positif.....industri pulak ibarat mcm anak ayam turut ibu ayam.....kalau ibu ke kiri, anak2 pun ikut ke kiri.....kalau ibu ke kanan, anak2 ayam pun beralih ke kanan.....kalau filem cerita hantu, pakat lah buat cerita hantu.....kalau filem cerita komedi hantu, pun sama pakat buat.....kalau cerita cinta pulak, tak lepas mcm cerita hindustan
ditambah lagi pulak dgn senario ekonomi yg menekan rakyat hari ini.....hanya golongan tertentu saja yg nak masuk panggung tengok wayang.... orang macam aku pulak, minta mahap lah.... kalau tiket RM10, orang akan pikiaq dua tiga kali jugak nak beli disebabkan kos sara hidup yg tinggi.....tak sanggup nk abiskan ke tiket wayang berbanding beli makanan......dah lah terkadang cerita entah apa2.....cerita lawak pun, jadi lawak bodo dan dungu saja....
golongan manusia yg suka pi tengok wayang pun dah semakin berkurang la ni.....ramai anak muda lebih suka pi dengar kuliah spt kuliah Ustaz Azhar Idrus atau kuliah ustaz & ustazah lainnya..... ramai jugak yg lebih rela abiskan duit pi dengar ceramah politik bagi yg dah terbuka minda depa.....hanya tinggal kebanyakannya adalah golongan yg lebih mementingkan hidup utk suka-suka dan hiburan semata2.....tak berapa ramai dah golongan tu.........
dan kalau cerita bab movie ni pun, lebih ramai yg suka tengok movie dari luar negara.....sbb movie dari luar negara terkadang boleh memberi inspirasi tertentu seperti inspirasi teknologi, pengetahuan dan pengalaman.... tapi cerita dalam negara, kalau cerita pasai penyiasatan.....lebih banyak bercakap dari bertindak....kalau yg berlakon jadi pegawai polis pun, tangan banyak dok seluk poket, bercakap sambil berjalan atau berdiri di tengah jalan...... dok pot pet pot pet sembang pasai itu ini, tiba2 penjenayah dah ditewaskan.......hahahaha.... begitu jugak kalau cerita pasai perniagaan atau dunia korporat.....yg lebih banyak ditonjolkan adalah mengenai kehidupan dan isu....bos mesti seorang 'datuk' atau 'tan sri'....duduk atas kerusi empuk dalam pejabat.....entah kerja apa yg dibuat pun tak tahu.....tiba2 ada secretary keluar masuk suruh bos sign dokumen.......hahahahaha...... kalau melawat tapak projek pulak, pelakon baca plan dgn terhangguk-hangguk.....tangan merewang tunjuk apa pun tak tau......
kamon lah penggiat seni di Malaysia......jgn hanya dok kira teknologi yg digunakan menghasilkan filem...tetapi teknik penceritaan juga penting.....aku tak compare dgn filem barat....tapi compare dgn filem2 mai dari Indonesia dan Thailand pun sudah cukup nk menunjukkan betapa rendahnya mutu drama dan filem tempatan.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....