hahahaha......tajuk aku entahlah kok mana.....hantam saja lah labu!!!! mcm yg aku kata, aku nak bancuh sikit sebanyak pasai politik Sabah yg semenjak dua menjak ni berjaya menarik minat orang ramai pakat dok jenguk ke Sabah......pergolakan politik di Sabah bermula apabila SAPP (Sabah Progressive Party) isytihar keluar dari BN pada 17 September 2008..... sejak dari itu, Sabah berada dalam kekalutan dan kekecohan politik terutama melibatkan kem BN Sabah di kalangan parti komponen dan ahli parti komponen....
aku tak mau nak bancuh mengenai sebab musabab yang membawa kepada pergolakan tersebut, cuma aku nk highlight beberapa benda yg rasa agak menarik utk dipaparkan.......sejak aku dok kerosek (selongkar) artikel-artikel di portal2 berita, blog persendirian dan sebagainya dalam sehari dua ni.....aku dapati sememangnya keadaan umno be end di Sabah nampak seolah2 dalam keadaan tenat yang amat sangat..... setelah SAPP keluar BN, walaupun tidak memberi impak yg amat besar.....tapi bagi aku itu hanya pada perkiraan pemimpin2 umno be end utk menyedapkan halwa telinga.....pada pemerhatian aku, impak di bawa oleh SAPP amat besar, selain daripada pandangan terus mata dari parti2 komponen PR ke Sabah terutamanya atas usaha2 yang dibuat oleh DSAI utk terus memecahkan kubu umno be end di Sabah telah membawa kejayaan yang memberansangkan.........
tokoh2 politik semasa atau veteran telah menyertai PR terutamanya ke dalam PKR.....Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing telah sah keluar BN dan bersama dgn PR bagi menghadapi PRU 13 nanti...... Selain dari mereka berdua, berita keluarnya Musli Oli, bekas AJK BN Kota Belud yang juga bekas Naib Presiden Perkasa dan bekas YDP Perkasa Sabah 2009-april2012 (paling lama setakat ini)..... dan hari ini pulak dikejutkan lagi dengan penyertaan bekas Naib Presiden Protem Perkasa yang menjadi tulang belakang bibit2 penubuhan Perkasa di Malaysia telah menyertai PKR dan diumumkan oleh DSAI dalam satu majlis yang dikhabarkan telah dihadiri oleh lebih 10ribu orang hadirin......beliau ialah Datuk Yahya Lampong yang juga bekas pengerusi "Cement Industries Sabah Sdn Bhd" (CIS)....
Walaupun Datuk Yahya Lampong dikatakan hanyalah seorang veteran yg tidak punya sengat lagi dalam politik mengikut beberapa komen di facebook dan blog pro BN, tetapi penghijrahan beliau amat dialu-alukan kerana PR terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan tidak mengambil kira pengaruh seseorang dalam arena politik. Pun begitu, beliau masih lagi boleh menyumbang kepada pergerakan PR di Sabah melalui pengalaman beliau dalam arena politik di Sabah...... kalau betoi tak ada taring, masakan dia boleh diberi kepercayaan utk menjawat jawatan Timbalan Menteri pada suatu ketika...... sebelum Datuk Yahya, Tan Sri Ibrahim Menudin, seorang tokoh korporat berjaya di Sabah yg juga merupakan bekas bendahari umno Sabah, Pengerusi Suria Capital Holding Berhad yg memiliki sepenuhnya Sabah Ports Sdn Bhd dalam mengendalikan 8 buah pelabuhan di Sabah juga telah isytihar menyertai PKR dalam satu majlis di Labuan....
Menariknya antara Yahya Lampong dan Musli Oli iaitu mereka berdua silih berganti sebagai Naib Presiden Perkasa Pusat dan YDP Perkasa Sabah.....Musli Oli meninggalkan umno menyertai PKR pada bulan Disember 2011, dengan pantas pulak Perkasa pada bulan April melantik YDP Sabah yang baru..... depa kata depa tak terlibat politik kepartian.....hahahahaha.....tapi apa pasai yang mana ada jawatan, tapi sokong selain dari BN pasti akan direject dari Perkasa???......hahahaha.....saja la aku tanya soalan tu sedangkan jawapan pakat2 dah tau pun.......hahahahahaha
dalam satu blog yang aku jumpa jugak menyatakan bahawa dari masa ke semasa, beberapa pemimpin lain akan isytihar keluar BN dalam masa sebelum PRU 13 ini......dalam blog tu ada lah sebutkan beberapa nama, tapi aku rasa tak payah sebut lah kat sini sbb aku tak mau pulak terjebak dalam buat fitnah kalau cerita tak betoi.......
ada lagi aku nk bancuh ni......tapi dek sebab ada urusan.....aku KIV sat dulu......nanti sambung......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....