Blog Member

Ahad, 6 Mei 2012

dah mula penin dah!!!!!!







sumber : malaysiakini.com

aku bukannya nk komplen atau mempertikaikan apa yg diputuskan oleh Muzakarah tersebut.... tetapi aku nk menyatakan beberapa perkara yg berkaitan yang telah membawa kpd keputusan muzakarah tersebut.....

dan aku juga sebenarnya bersetuju dgn apa yg diputuskan pada sudut ASAS.... tetapi aku tak mampu nk bersetuju secara keseluruhan kerana bagi aku, muzakarah tersebut langsung tidak melihat kpd situasi atau punca yg membawa tercetusnya huru hara....

aku juga tertarik dgn pernyataan awal dalam laporan di sebelah iaitu :
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara."

secara asasnya disebutkan iaitu "haram ummat Islam menyertai perhimpunan YANG BERTUJUAN TIDAK BAIK........" so, adakah Majlis Fatwa yg bermuzakarah tahu dan faham benar apa tujuan perhimpunan BERSIH itu di adakan??? so, soalan ini aku lontarkan kpd yang berkenaan tu.... ADAKAH TUJUAN YG DISEBUTKAN DI BAWAH INI BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI TIDAK BAIK???

dan adakah pula majlis yg bersidang membuat keputusan setelah meneliti laporan2 serta saksi2 kejadian??? berdasarkan pernyataan yg dibuat, ada kemungkinan ianya diputuskan secara umum iaitu kepada mana2 perhimpunan yg mencetuskan kekecohan.... tetapi oleh kerana ianya dikeluarkan sementelah BERSIH 3.0 baru saja berlalu, maka bagi aku bolehlah disifatkan bahawa keputusan ini merujuk kpd BERSIH 3.0 secara langsung......

pada pandangan aku juga, jgn lah ada sesetengah pihak menjadi alat kepada satu pihak yg lain hanya kerana kepentingan yg sedikit.....

menyentuh mengenai himpunan BERSIH juga.... semua pihak boleh pi soal siasat para peserta yg hadir... adakah depa hadir dgn NIAT utk melakukan kekecohan dan huru-hara??? pada aku, tidak akan terdapat seorang pun yg akan menjawab 'YA'...melainkan kehadiran sebegitu ramai manusia hanya utk menunjukkan sokongan supaya pihak terbabit mendengar suara rakyat....

jika pun ada yg mempunyai niat utk menimbulkan kekecohan, ianya sama sekali TIDAK boleh dikaitkan dgn tujuan himpunan di adakan kerana niat duduk dalam hati individu, sedangkan tujuan himpunan secara terang-terangan dan sejak awal lagi nak dibuat dalam suasana damai, aman dan tenteram..... insiden2 yang telah berlaku bukanlah sebahagian dari 'niat' penganjur ataupun ratusan ribu yang hadir...melainkan ianya hanya niat segelintir individu..... secara mudahnya aku buat contoh mcm ni lah.... kalau guna keputusan majlis fatwa ni jugak, kita boleh kelaskan menonton perlawanan bola sepak di stadium yg akhirnya membawa kpd pergaduhan antara kedua2 penyokong pasukan sebagai 'HARAM' jugak.... cumanya aku nk tanya lagi kpd Majlis Fatwa ni.... adakah perbuatan atau acara menonton bola sepak itu secara automatik menjadi haram (akibat dari pergaduhan penyokong di akhir perlawanan) ataupun bagaimana??? senarionya hampir sama!!!!

ada lagi aku nk tulis ni....tp tak cukup masa sbb hujan lah pulak.... aku nk pi tengok gelong ayaq sat....sat lagi hujan lebat, bah petak bendang aku....

2 ulasan:

  1. Sama la mcm khutbah jumaat ari tu, nk tanya tok2 mufti ni. apa hukum dgr khutbah dgn prasaan marah krn kandungan khutbah yg jengkel?

    BalasPadam
  2. bro...buka minda ok....salah satu tujuan utama bersih adalah kerana senari pengundi kotor....according to Ambiga based on Merap's analysis...tapi tak dichallenge kebenarannya.....
    http://satdthinks.blogspot.com/2012/04/internal-migration-and-electoral-roll.html
    lepas tu Bersih telah di hijack
    http://satdthinks.blogspot.com/2012/04/schelling-incident-ground-zero-of.html
    aku mintak bukak minda saja bro....thanks

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...