yang ni aku tak boleh nk gelak!!!! jom aku nk peringatkan aku dan hangpa semua dgn satu peringatan dari Rasulullah yang aku rasa raaaaaamai yg tak pernah ambik kisah dan tak pernah tahu.....

tak perlu aku nk ulas panjang berkenaan dgn mengkafirkan seorang Muslim yg akan balik kpd dirinya jika yg dikafirkan itu TIDAK kafir.... yg tu dah ramai sangat orang tahu....cuma aku nk bawa dari perspektif lain iaitu berkaitan dgn Hadis yg aku paparkan di atas..... aku bukannya nk hurai Hadis sbb aku pun bukan pakar....cuma aku nk bancuh dari sudut kefahaman aku.....
merujuk balik dgn apa yg dikatakan oleh Rahim Noor....maka bagi aku bertepatanlah dgn apa yg disebutkan oleh Rasulullah bahawa akan datang zaman ketandusan....kentadusan apa??? ketandusan manusia2 yg bercakap apa yg benar dan bercakap mengenai kebenaran dan kemudian orang yg bercakap ikut suka walaupun diri sendiri tidak berilmu dan tidak berpengatahuan.....dan pada zaman ini juga kita boleh lihat bagaimana orang yg diberi kuasa adalah sebenarnya terdiri daripada pengkhianat....khianat terhadap amanah, khianat terhadap perjanjian....
begitu juga dalam urusan agama.... ramai yg seolah2 pandai dan cerdik dalam bab agama sedangkan latar belakang agama hanya setakat pendidikan Islam sekolah menengah sahaja..... dan juga pihak2 yg langsung tak ada kefahaman agama, asas aqidah yg kukuh diberi kuasa utk menjaga dan memelihara agama..... mudah ceritanya, atas asas kepartian umno yg majoritinya bangsa Melayu dan beragama Islam sudah cukup utk dijadikan hujjah utk menjaga kesucian agama Islam.....
mana dia majlis fatwa dalam hal perkataan Rahim Noor yg ditujukan secara khusus kpd TG Nik Aziz??? adakah majlis fatwa telah pun menjadi sebahagian dari boneka pentas ataupun hanya lebih baik digelar sebagai Majlis Paktua!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....