Blog Member

Selasa, 3 September 2013

Tahniah Ustaz Azizan.....


Tahniah kepada seluruh ahli PAS Kawasan Jerai kerana telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh pucuk pimpinan parti. Tahniah juga kepada Ustaz Azizan kerana dipilih sekali lagi bagi menerajui PAS Kawasan Jerai dengan menang secara undian penuh perwakilan...ini menunjukkan bahawa kepimpinan Ustaz Azizan masih diperlukan oleh ahli peringkat bawahan di Jerai.

Maka, yang tak ada kena mengena dengan PAS Kawasan Jerai tak payahlah lebih sudu dari kuah. Itu hak depa untuk melantik siapa yang patut dan layak menerajui depa. Ini perjuangan jama'ah, bukannya perjuangan individu. Walaupun Ustaz Azizan keuzuran, tapi sumbangan beliau masih lagi boleh diberi melalui buah fikiran dan nasihat. Tak semestinya seorang pemimpin itu kena buat semua benda. Macam seorang bos di pejabat, tak kan lah surat menyurat pun dia nak kena taip, dia nak kena hantar dan dia juga nak buat semua benda. Amal jama'ie iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan kebajikan, maka semangat itulah yang patut ditonjolkan....

kalau kita buat kenduri, yang tak mampu bagi sumbangan duit ringgit tumpang buat kenduri, bagi tenaga...itu pun dikira sedekah juga. Kalau tenaga pun tak mampu, jangan pulak jadi tukang adu domba merosakkan kenduri orang....itu yang katanya 'diam lebih baik'.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...