Blog Member

Isnin, 9 September 2013

Koleksi respon terhadap tulisan Fathul Bari : Harga Ketetapan Allah

berikut adalah tulisan Fathul Bari dalam Sinar Harian bertarikh 8 September 2013...
baca lanjut di SINI




Sememangnya tidak ada suatu pun yg terlepas dr 'ketetapan Allah' yakni qada dan qadar Allah....akan tetapi, itu bukan perlu menjadi alasan kpd kita utk berputus asa.... masing2 sudah tahu dan maklum akan menemui ajal, kan lebih elok pakat2 dok atas tikaq semayang...berzikir, berwirid, bertahmid...

Mengapa agaknya Rasulullah ajarkan kita usaha, tawakkal dan doa???...mengapa tidak saja Rasulullah serahkan semuanya kpd Allah???... mengapa pulak Allah turunkan Rasul Nya???...sedangkan tanpa Rasul pun, Allah Maha Berkuasa mengIslamkan semua hamba Nya...malah Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu....

Sesungguhnya manusia itu bersifat dgn sifat 'lupa'...depa lupa bahawa segala apa yg telah ditetapkan oleh Allah tidak dizahirkan kpd pengetahuan manusia itu sendiri....dan Allah sudah peringatkan dalam banyak surah mengenai kecelakaan dan kezaliman buatan tangan2 manusia itu sendiri... contohnya dalm surah ar-Rum, Allah sebutkan yg bermaksud "Dan apabila Kami (Allah) beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa"

jom kita tengok respon terhadap hujjah dangkal Fathul Bari tersebut

Dr Zaharuddin di facebook (KLIK)
Zaharuddin.netMemang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba. Begitu juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.

Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam kepada sahabat baginda :
بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال 
Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)

Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi’en seperti Imam Sa’id Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di facebook (KLIK)
DrMAZA.comrespon 1
..jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki...kerana saya berpegang dengan kata-kata ILMU bukan kerajaan yang mengurangkan subsidi tapi Allah yang menaikkan harga barang..

respon 2
..ajal maut di tangan Allah, tapi Allah tetap buat hukuman qisas kepada yang membunuh..rezeki juga di tangan Allah, tetapi tetap diharamkan kecurian dan dihukum pencuri..hanya yang gagal memahami nas tidak dapat menafsir antara keizinan Tuhan dan tindakan insan..tidak boleh seseorang yang menjual barang dengan harga yang tidak munasabah berhujah bahawa Allah yang tetapkan harga, sedangkan penjual itu menempelkan harga yang tidak wajar itu..jangan salah guna nama Tuhan..mereka yang cuba mengampu 'kenaikan harga' dengan alasan itu semua dari Tuhan sama seperti khawarij yang meletakkan ayat yang benar pada tempat yang salah..kata Saidina Ali kepada Khawarij: "Kalimah yang benar tetapi dengan maksud yang batil"..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...