Agak mengejutkan jugak apabila statement sebegini dikemukakan...tambah mengejutkan apabila ianya melibatkan anggota polis yang bakal bertugas menjaga keamanan dan sebagai fungsi menguatkuasakan undang-undang.....
apa tidaknya!!!!....mandi junub itu sememangnya tak ada kena mengena dengan tugas kepolisian, tetapi ianya adalah fardhu ain kepada setiap individu muslim...tambahan pulak kepada yang sudah akil baligh....tak kan lah pelatih-pelatih tu semua belum akil baligh lagi!!!...
yg menarik dalam pendedahan ini iaitu komen mengenai 'sistem pendidikan negara'.....ya, benar bahawa kita tak boleh menyalahkan sistem semata-mata....tapi adakah patut kita menyalahkan takdir dengan mengatakan bahawa 'ini ketetapan Allah'......
berbalik kepada pendedahan di atas, cuba kita bayangkan lah jika anggota penguatkuasa undang-undang sendiri tidak mampu menguatkuasakan undang-undang peribadi yang Allah dah wajibkan ke atas setiap individu muslim....apa yang kita boleh harapkan untuk mereka bersikap adil dan amanah dalam menguatkuasakan peraturan2 lain???....
disebutkan lagi iaitu 40-50% tidak lancar mengucap dua kalimah syahadah....subhanallah.....anggota-anggota pelatih ini sudah tentu datang dari kalangan anak rakyat Malaysia....apakah keluarga mereka tak pernah ambil berat perihal agama anak-anak masing-masing???......
pada aku, sememangnya keadaan ini amat membimbangkan... bayangkanlah jika seorang anggota polis itu tidak mempunyai asas agama yang kukuh, bagaimanakah mereka akan mampu menghadapi dugaan dan ujian seperti RASUAH dan lain-lainnya???...sudahlah etika pekerjaan pun terbabas....sebab apa terbabas???....sebab kebanyakan yg kerja dalam bidang kepolisian ni hanya dengan niat 'kerja' dan bukan sebagai satu tanggungjawab untuk membanteras maksiat mengikut hadis Rasulullah.... kebanyakannya hanya atas dasar 'makan gaji'..... ramai juga memandang kepolisian itu tidak lebih sebagai satu 'kerjaya'.....
pakat-pakat nilai ambik sendiri lah....jika ini bahan mentahnya, maka hasilnya sudah tentu sama......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....