Blog Member

Selasa, 3 Januari 2012

Sarawak: Adakah ini bala Tuhan?

Oleh Mazir Ibrahim

3 JANUARI – Suatu waktu dahulu, orang Sarawak merasa sangat terhina apabila orang Semenanjung ‘mengejek’ mereka kerana beranggapan masyarakat di sana masih bercawat dan tinggal di atas pokok. Stigma ini mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang kurang maklumat serta kurang rasa kepedulian di samping kelemahan komunikasi.

Kini stigma itu semakin luput dan diganti pula dengan khabar yang begitu kontra. Kebanyakan orang Semenanjung beranggapan bahawa orang Sarawak kini, yang datang bekerja atau belajar di Semenanjung, adalah mereka yang sangat berkemampuan.

SAH kah 2 Orang bekas kuat umno ini menyertai DAP???


Setelah beberapa hari bertiup kencang bermula dengan khabar angin, maka kononnya telah disahkan penyertaan kedua-dua tokoh ini ke dalam DAP.

Walaupun pada ketika aku menulis berita ini, belum ada bukti pengakuan lisan dari kedua2 individu tersebut...beberapa blog termasuklah beberapa portal berita telah melaporkan bahawa kedua2 mereka telah sah menyertai DAP. Setelah diselidiki, masih tidak punya bukti yg nak mengesahkan kemasukan depa ke dalam DAP atau mana2 parti komponen Pakatan Rakyat. Wallahua'lam....Namun, tertarik pada aku seperti apa yg dicatatkan di blog Saudara Aspan Alias yg tertulis "menyertai DAP itu bukannya satu jenayah dan juga tidak ‘unpatriotic' ". 

Cuma bagi aku jika benar bagai dikata, maka aku ucapkan selamat datang ke dalam sebuah keluarga besar Pakatan Rakyat dan sudah semestinya tidak seperti umno yg umpama dalam sebuah kampung, tapi pagar berasingan...tetapi dalam Pakatan Rakyat, walaupun masih tinggal dalam satu kampung, tetapi masing2 pagar memagar, masing2 sedaya upaya menjaga pagar jiran supaya tidak rosak atau tercabut atau hilang atau patah.

Dan kalaupun tidak sungguh khabar berita, aku menghormati pendirian mereka kerana setelah aku melayari blog kedua2 mereka, aku dapati pandangan2 yg diberikan cukup kritis dan sekiranya umno terlebih awal mengambil pendapat atau pendangan kedua2 tokoh ini, maka sikit sebanyak penyakit umno dapat diubati.

berita mengenai kedua2 tokoh tersebut boleh dibaca di sini :

dah baca, hangpa bancuhlah pulak sendiri.......

Insafi kezaliman sebelum ‘melutut’ di depan Allah

Oleh Rizal Tahir
harakahdaily.net 
KOTA BHARU, 2 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru semua pihak sama ada kerajaan, pegawai atau peringkat individu agar menginsafi terhadap kezaliman yang dilakukan.

Katanya, sebelum tiba saat manusia dituntut ‘melutut’ dari Allah termasuk mereka yang dizalimi, tindakan sedemikian dihentikan segera.

“Saya tidak tuju pada siapa-siapa, tetapi setiap mereka yang melakukan kesalahan, sama ada individu, kerajaan, pihak berkuasa dan sebagainya perlu memohon maaf dari orang yang dikhianati,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tarif ayaq negeri siapa paling mahal???

Dalam depa dok tuduh Kerajaan Negeri Kedah penaik tarif ayaq, rupa-rupanya tarif ayaq negeri umno be end perintah lagi mahai dari negeri PR perintah......dah tu plak, negeri Selangor boleh bagi jugak kt rakyat negeri depa sikit sebanyak bantuan percuma tiap rumah....tapi kerajaan umno bagi apa kt rakyat negeri depa perintah yg tarif ayaq mahai tu???

ini bukan aku reka buat....kalau aku reka buat, kena saman naya saja....hangpa boleh check kat sini : jba.gov.my



tarif industri tu tak pa lagi sbb depa tu buat untung....memang patut padan mahal pun...tapi yg domestik tu, cuba pakat jegei skit biji mata....negeri Johor yg paling ramai penyokong kuat umno adalah paling tinggi tarifnya dan Pulau Pinang adalah paling murah walaupun sebahagian besar tanahnya dok tengah laut.... Melaka dengan Negeri Sembilan yg besaq kelemboi pun mahal juga tarif ayaq depa....lebih tinggi dari negeri Kedah....sendiri mau bancuh laaaa.......

Apakah kita sudah patut lupa???

Adakah kita sudah patut lupa pada semua ini??? saja aku upload balik supaya kita tak mudah lupa akan isu2 ini yg sengaja ada sesetengah pihak nk bagi kita lupa dgn dok bawa isu2 baru yg tidak relevan



Salasilah Kesultanan Kedah



Isnin, 2 Januari 2012

Penjaga keamanan????????

mana dia polis / FRU dan segala macam pasukan ketika demonstrasi ini diadakan....dibuat selama 2 jam, mengganggu lalulintas dan siap ada pembakaran lagi.....mana dia pihak berkuasa????? MANA?????



konon dok kata nk menjaga keamanan....tapi kalau demonstrasi against Pakatan Rakyat, semua jadi halal....dibolehkan, tidak mengganggu, tidak provoke, tidak itu tidak ini.....dalam video ni apa???

umno tak pernah roboh surau/masjid???

Antara surau yang pernah dirobohkan ialah Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau Kampung Berembang, penutupan Surau Al-Ikhwan di Puchong Perdana selain Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas dan meroboh Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas; Masjid Al Hidayah Kelana Jaya, Masjid Al Munawwarah Shah Alam, Surau Ar Rasyidin Gombak dan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya...ini semua berlaku ketika umno menguasai pentadbiran Selangor.

Selain itu, pada 17 April 2006, Surau Seksyen Dua, Taman Bandara Puteri Jaya (Sungai Petani) yang masih dalam pembinaan dirobohkan.

Pada 26 Mei 2005, Masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal dirobohkan.

ini lagi kisah umno merobohkan surau, apsal tak bising???

Selasa Mei 22, 2007

Kontraktor dihalang roboh surau lama 90 tahun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melanjutkan perintah injunksi sementara yang diperolehi 13 anggota jawatankuasa surau Dang Wangi yang menghalang sebuah syarikat kontraktor daripada merobohkan surau itu sehingga 3 Julai ini.

Hakim Tee Ah Sing memerintahkan syarikat Trans Resources Corporation Sdn Bhd supaya tidak merobohkan surau itu sehingga pendengaran sepenuhnya permohonan injunksi daripada merobohkan surau itu yang dikemukakan 13 anggota jawatankuasa tersebut.

Umno yg cuba nk jadi juara 'surau'....cuba baca berita tahun 2007 di Selangor nih

Kuil runtuh, India kecoh. Surau roboh, Melayu buat buat bodoh
December 24, 2007 at 12:43 pm



Baru baru ini wak bertemu dengan saudara rapat, yang rumah nya berada di sekitar seksyen 8, Shah Alam. Bertanya akan wak tentang Surau Ar Rahmah, Seksyen 8/A Shah Alam, surau yang telah ditutup oleh JAIS dan kerajaan Negeri Selangor, angkara sembahyang dua imam. Adakah kemungkinan surau itu akan dibuka? Jawapannya mengecewakan kerana menurut beliau, ianya sudah menjadi kes mahkamah dan setelah dirujuk, sememangnya ianya benar. Ia bakal ditutup terus sehingga kes itu selesai. Melayu bisu, melayu lesu.

7 orang terbunuh dalam 1 kemalangan


SITIAWAN: Perjalanan pulang 10 rakan sekampung selepas membeli barang keperluan untuk menyambut tahun baru berakhir dengan tragedi apabila tujuh daripadanya, termasuk empat pelajar maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung treler dan sebuah kereta lain di Batu 6 Lekir, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat sini, malam kelmarin.

Isa Samad dan keangkuhannya terhadap Pengerusi Peneroka FELDA

Kaedah Istibdal dalam Fiqh berhubung isu Wakaf Madrasah Salihiah


Oleh: Mohd Nazimi Zaim bin Haji Ismail al-Qedahy 
Pusat Pengajian Umar al-Faruq.

Baru-baru ini segelintir umat Islam tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri Kedah yang melupuskan sebidang tanah wakaf bagi tujuan pembinaan kompleks perniagaan. 

Persoalan yang perlu kita semua fahami adakah boleh harta wakaf dilupuskan dan sekiranya boleh, apakah kaedah yang sepatutnya dan bagaimana pelaksanaan yang dituntut oleh Islam.

Islam merupakan agama yang tidak rigid bahkan releven mengikut zaman. Sesuatu hukum berubah mengikut keperluan zaman dan masa. Perlaksanaan wakaf juga bukanlah suatu amalan yang berasal dari ajaran Islam tetapi telah wujud lebih lama dari kemunculan Rasulullah dan Islam. Hal ini terbukti kerana kaum musyirikin telah lebih lama mengamalkan khidmat sosial ala wakaf ini terutama dalam penyediaan kemudahan pengunjung-pengunjung Kaabah yang datang dari seluruh pelusuk bumi arab.

Harta wakaf adalah suatu bentuk harta samada berbentuk boleh alih atau tidak alih yang disumbangkan oleh seseorang dengan niat memberi manfaat untuk kegunaan ramai atau sebahagian dari orang ramai. Contoh harta wakaf adalah termasuk tanah, bangunan, ladang tanaman, al-quran dan lain-lain bahan yang bersifat kekal serta tidak mudah rosak sebagai contoh tidak seperti makanan dan buah-buahan.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga menerima wang tunai sebagai harta wakaf walaupun pada zahir wang terutama wang kertas tidak bersifat kekal. Pandangan Majlis adalah berasakan kewujudan nilai pada wang itu yang berupaya dikekalkan jika diurus oleh pengurusan yang efisien.

Harta wakaf ini tidak lagi menjadi hak persendirian tetapi menjadi harta umum yang kekal sehingga hari akhirat. Maksud perkataan wakaf yakni berhenti menunjukkan berhentinya pemilikan harta itu pada mana-mana individu samada melalui jual beli, hadiah, jaminan, sita atau pun warisan pusaka sebaik sahaja ianya diwakafkan oleh tuan wakaf atau pewakaf.

Harta wakaf ini kemudian akan diuruskan oleh seorang pengurus yang bertangungjawab melaksanaan matlamat wakaf sejajar dengan hasrat pewakaf. Seperlunya kita mestilah melihat kepada sejarah selepas penjajahan inggeris, pihak penjajah telah mengeluarkan suatu undang-undang yang membatalkan kesemua harta-harta wakaf yang dibuat sebelum dari itu. Ini menimbulkan pelbagai masalah hak milik dan pengurusan bagi harta-harta wakaf yang hilang akibat campur tangan British. Khuatir dengan kehilangan milikan harta-harta yang diwakafkan, disamping keperluan mendaftarkan tanah-tanah dibawah undang-undang tanah.

Majlis Agama Negeri telah dijadikan penjaga amanah, penama dan pengurus bagi harta-harta wakaf. Ini bersesuaian pada waktu itu memandangkan bidang peruntukan kuasa berkaitan wakaf adalah dibawah peruntukan kerajaan negeri dan Raja-Raja Melayu. Disamping itu Majlis Agama pada waktu itu mempunyai sumber tenaga dan kewangan untuk menyelia harta-harta tersebut.

Saya percaya sekiranya hak dan penjagaan ini diserahkan dibawah pengurusan penjajah, sudah pasti harta-harta ini berada ditangan pihak yang salah. Sehingga sekarang kesemua harta-harta wakaf adalah dibawah seliaan Majlis Agama dan jawatankuasa pengurusan wakaf bagi setiap negeri.

Manfaat wakaf adalah sangat luas dan berfaedah kepada masyarakat. Harta wakaf ini perlu digunakan dan diuruskan supaya matlamat wakaf yang ditetapkan oleh pewakaf tercapai. Bukan itu sahaja, pihak pengurusan wakaf juga bertangungjawab memastikan kemaslahatan harta-harta tersebut. Tidak cukup sekadar itu, harta-harta wakaf juga perlu dikekalkan faedah harta dan mempunyai potensi untuk “hidup” dengan sendiri. Yang jelas Islam melarang sebarang pembaziran dan tinggalan harta wakaf yang dhaif dan tidak bermanfaat.

Jika kita mengkaji kejayaan amalan wakaf di Turki, ia sangat mengujakan apabila sebidang tanah itu bukan sahaja dibina sebuah masjid berkapasiti besar diatasnya, tetapi juga menyediakan hospital, sekolah, kolej bahkan bantuan makanan bagi fakir miskin. Adakah pewakaf meninggalkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak habis-habis? Jawapannya adalah kerana kebijaksanaan pihak pengurusan wakaf menggunakan faedah tanah wakaf itu pada tahap maksimum.

Terlupa saya maklumkan, disekeliling tanah itu turut dibina kedai-kedai yang disewakan bagi peniaga. Disitulah sumber pendapatan berterusan pihak pengurusan wakaf, mereka bukan sekadar mempunyai pembiayaan menyelenggara masjid, mereka juga mampu memberi pendidikan, khidmat kesihatan dan makanan secara percuma.

Seperti yang dijelaskan diatas, harta wakaf tidak boleh dipindah milik dan dilupuskan. Pelupusan akan menghilangkan faedah wakaf dan menutup ruang pahala yang sepatutnya diterima oleh pewakaf. Disinilah Islam tidak menggunakan kaedah syariah secara membuta tuli. Tidak masuk akal sesuatu harta itu akan kekal dan tidak rosak untuk tempoh ratusan atau ribuan tahun.

Pada lazim terdapat pelbagai sebab menyebabkan harta itu terlupus. Terdapat kaedah khusus dalam hal ini yang dikenali sebagai wakaf istibdal. Islam mengenakan syarat sekiranya harta wakaf mahu dilupuskan atau terlupus, ia mesti diganti dengan yang lebih baik. Disinilah kayu ukur sejauh mana konsep “digantikan lebih baik” itu digunakan. Gantian ini adalah bertujuan meneruskan faedah wakaf dan si pewakaf yang mungkin telah mati tetap masih menerima pahala atas amalan baiknya terdahulu. Ini juga sejajar dengan konsep harta didalam Islam dimana harta itu mestilah memberi manfaat, dan tiada guna menyimpan harta yang tiada bermanfaat apatah lagi memudaratkan. Tanah yang diberikan kepada seorang sahabat sebagai harta rampasan perang pernah diambil semula oleh khalifah arrasyidin kerana sahabat itu tidak memajukan tanah yang diserahkan.

Pihak Majlis Fatwa Kedah dalam kes ini membenarkan pelupusan berlaku dengan syarat pihak pemaju mestilah membayar nilai wang pada harga pasaran kepada pihak Majlis Agama dan mensyaratkan pemaju untuk menyediakan “surau lain dari biasa” di tapak cadangan kompeks membeli belah itu.

Kita umumnya boleh membayangkan surau yang biasanya ada di pusat membeli belah dengan bayangan sempit, kotor dan tersorok sehingga susah untuk dicari. Antara syarat lain surau itu perlu juga disediakan ditingkat bawah dengan memberi kemudahan akses. Turut menjadi syarat surau itu mestilah disertakan penghiasan luaran yang mencirikan binaan beridentiti keislaman dengan kadar Majlis Fatwa jika dilihat dari luar, penggunjung akan mengetahui wujudnya surau yang indah dan selesa di dalam pasaraya ini. Jika ini syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa, saya berpandangan ia menepati piawaian “gantian terbaik” yang dikehendaki oleh Islam.

Pihak kerajaan negeri dan Majlis Agama mesti memastikan pihak pemaju mematuhi arahan Majlis Fatwa ini dan mengenakan tindakan perlaksanaan spesifik sekiranya pemaju gagal. Perlu juga diberi perhatian syarat ini mestilah dinyatakan dengan jelas bahawa ianya tidak boleh diubah walaupun berlaku pertukaran milikan pasaraya pada masa akan datang. Sebarang perubahan mestilah mendapat kelulusan Majlis Agama dan Majlis Fatwa.

Secara kesimpulan, pelupusan wakaf ini bukanlah suatu perkara yang dilarang didalam Islam walaupun ia agak bertentangan dengan matlamat wakaf. Kaedah pelupusan harta wakaf ini perlu diurusan oleh pengurusan yang berhati-hati dan bertanggungjawab. Jika pengurus gagal menggantinya dengan lebih baik dari matlamat pewakaf, mereka bertanggungan bukan sekadar kepada Allah, tetapi juga terhadap pewakaf kerana gagal melaksanakan amanah.

Pihak pengurusan wakaf juga diseru supaya bersedia menerima perubahan danmencontohi kejayaan wakaf di Turki dan Mesir. Suatu pandangan kehadapan amat diperlukan untuk perubahan. Kaedah lama dalam pengurusan wakaf perlu dikaji semula kerana kaedah itu kelihatan tidak berhasil dan membantutkan perkembagaan harta wakaf di Malaysia. Majlis Agama masih boleh memainkan peranan yang penting dengan menjadi badan pemantau berentegriti yang melantik dan membenarkan pihak-pihak yang layak dan berwibawa untuk menjadi pengurus kepada harta-harta wakaf ini.

Janganlah disia-siakan wang gantian 1.4 juta ringgit itu, dengan pelaksaan wakaf yang tidak mampu memberi kesan jangka panjang dan berterusan. Majlis Agama perlu menimbang kaedah pengurusan wakaf berwawasan samada membeli hartanah yang boleh disewakan atau ladang tanaman yang boleh menghasilkan pendapatan berterusan yang berupaya menampung penyelenggaran masjid-masjid lain terutama surau baru yang bakal dibina kelak di tanah yang telah dilupuskan status wakafnya.

al-Faqir Ila Rabbihi......

Mana dia ulamak yang pertahankan 'madrasah Salihiah'?

Mana dia ulamak yang pertahankan 'madrasah Salihiah'?

Oleh: Saiburi Sudin

Ramai sungguh yang hadir program munajat politik UMNO yang diadakan di madrasah salihiah 31 Disember haritu. Semua media BN laporkan 1,000 orang.


SS bayangkan antara yang hadir ialah imam masjid Zahir, masjid Derga, masjid Kg Berjaya, masjid Taman Wira, masjid Sultanah Bahiyah, masjid India.. pendekata semua imam masjid berhampiran tu hadir belaka. Ulamak2 tak terkiralah banyaknya yang hadir, para pensyarah Insaniah yang alim2 4 mazhab semua turun bagi sokongan. Bekas mufti, bekas khadi, pegawai agama semua turun habis. Para pemimpin UMNO pulak.. Mat Bashah, Mukhriz, Latt Shariman, Tobeng Guntur, Jamil Derosss, Othman Aziz.. semua turun bermunajat atau sekurang-kurangnya bagi sokongan moral.



Rupanya apa yang SS bayangkan tak terjadi. Sekog pun..0pss, sorang pun dari yang dibayangkan itu tak turun bagi sokongan. Yang ada adalah berpuluh orang berT-shirt kuning (percuma) yang hadir, tak nampak langsung kata depa tu ulamak. Apalah yang depa tau soal hukum fiqh awlawiyat, wakaf, istibdal dan isu yang melibatkan maslahah ummah. Mereka bercadang hendak jadikan Ustaz Fathul Bari sebagai icon penentangan perobohan surau itu, rupanya ulamak muda UMNO itu pun tidak sehaluan dengan mereka. Beliau hanya menganjurkan diadakan muzakarah, bincang elok2. Tidak ada kata muktamad dari Ustaz Fathul sendiri bahawa tindakan kerajaan negeri itu adalah 'haram dan berdosa besar'. Bahkan beliau sendiri tidak sudi untuk mengimamkan Solat Hajat politik yang diadakan.


Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kumpulan tersebut 'bersendiran', berjuang syok sendiri dan ghurur yakni tertipu. Tertipu kononnya perjuangan mereka sudah Islamik, jihad, benar, menepati syariah walhal golongan ulamak dan umarak pun tidak sudi bersama mereka.

Ahad, 1 Januari 2012

Tirai 2012 dibuka dgn kezaliman dan ketidakadilan




Sengaja aku melewatkan update laporan terkini berkenaan berita di atas sbb tak ramai sangat nk baca blog aku ni.  Tapi, laporan demi laporan dan updating dah aku buat di Selatanonline.net dan facebook.

laporan aku di selatanonline.net boleh baca dgn klik link bawah ni semenjak lebih jam 4 pagi 1/1/2012 Laporan 1 / Laporan 2 / Laporan 3 / Laporan 4

oh ya....bagi yg belum tahu...admin dgn nama 'kelanajiwa' di selatanonline.net akulah juga...cuma di sini aku dah lama pun guna nick 'kembaraminda'....akaun facebook aku boleh klik sini "www.facebook.com"....lantak lah org tahu pun aku siapa...aku peduli apa sbb bukan aku ada buat kesalahan jenayah....

so, buat masa la ni aku tak mau ulas apa2 lagi isu UPSI dan kes2 yg berlaku....penting bagi aku utk sebarkan dulu beritanya....ulasan bila2 masa boleh buat....

cumanya aku nk ulang tayang / update gambar2 dan video berkaitan kejadian dan selepas kejadian...tgk kt bawah ni





























Banyak lagi gambar2 yg lain....ini yg sempat aku copy saja.....
terima kasih kpd semua penyebar2 maklumat dan berita semasa yg kalau aku nk senaraikan di sini, amatlah panjang list nya.... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...