Blog Member

Rabu, 30 Mei 2012

'TIDAK PATUT' saja!!!!!!

aku tertarik nk ulas sikitlah pasai isi keratan akhbar kat sebelah tu....

pertamanya mengenai kenyataan yg keluar dari mulut Tan Sri Harussani yg aku petik dari mukasurat depan Sinar Harian yg berkata
"sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (k-pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi yang sedang merosot, jadi tidak patut ada  perkara yang boleh menaikkan nafsu. Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini"

hmmm.....bagi aku lah... ayat ini TIADA PENEGASAN langsung...seolah2 hanya melepaskan suara dari halkum.... bolehkah hanya disebutkan 'patut tiada'.....berbanding dgn acara BERSIH... siap keluaq fatwa meletakkan ianya sebagai HARAM....

fatwa ke atas BERSIH keluar selepas acara berlangsung dan dibuat kemungkinannya setelah berlakunya beberapa insiden kekasaran terhadap peserta dan anggota polis hingga sebabkan kecederaan... ayat 'patut tiada' ini juga keluar selepas daripada acara himpunan belia itu diadakan dan terdapat dalamnya acara maksiat yg terang-terangan tidak langsung menunjukkan kehendak penganjur utk mendidik jiwa rakyat ke arah yg lebih baik......

beza antara apa yg berlaku di acara BERSIH dan acara himpunan belia ini iaitu semua kekasaran yg berlaku ketika BERSIH bukanlah dianjurkan oleh penganjur dan tidak pernah disuruh atau diredhai berlaku oleh pihak penganjur....tapi acara maksiat yg ada dalam himpunan belia tersebut adalah ditaja oleh penganjur, dijemput oleh penganjur dan seterusnya sudah tentu dibayar dengan menggunakan dana kerajaan yg merupakan hak rakyat..... adakah hanya patut dihukum 'PATUT TIADA'??? maka bagi aku, Tan Sri Harussani memang tidak sepatutnya berkata dgn nada demikian sbb patutnya perlu lebih tegas dan keras lagi....

dan lagi....cuba kita renungkan balik ke belakang....ini bukan kali pertama....malah setiap kali depa anjurkan program seumpama ini, acara maksiat lah yg selalu mengambil tempat dan mendapat perhatian serta dijadikan modal utama utk menarik minat penyertaan..... herannya sebahagian depa ini tak pernah langsung ambik pengajaran..... so, aku nk khabarkan sini kpd Tan Sri Harussani....beratus kali tegur pun pemimpin2 umno ni.... depa hanya akan pekakkan telinga sbb nilai semua cerdik pandai agama yg dok ada dalam umno dan jugak dalam kerajaan tak lebih dari nilai 'melukut di tepi gantang'..... tapi sayang... masih lagi depa ni tak mampu utk jadi 'orang yang berfikir' sebagaimana yg Allah sebutkan banyak kali dalam ayat al Quran.....

dan lagi satu...ulasan si pemberita mengatakan 'persembahan k-pop yang tidak sesuai dgn budaya negara ini'..... ini pun lagi satu masalah.... puak2 pemberita, media dan puak2 umno juga senantiasa meletakkan 'budaya' itu lebih tinggi dari agama Islam.... jika ianya sesuai dgn budaya, walaupun tak selari dgn Islam... bagi depa itu tak salah.... begitu jugak dgn kontroversi fatwa upacara ancak satu ketika dulu.... oleh sbb ianya budaya, maka jadi sah utk diamalkan walaupun pada asasnya ianya boleh membawa kpd perbuatan syirik terhadap Allah Azzawajalla.....

dipetik juga dari akhar di atas tu iaitu ulasan Shabery Cheek mengenai pembatalan program Ust Azhar Idrus (UAI) pada tarikh yg sama dan bagi laluan kpd acara k-pop ni....konon kata dia tak ada kena mengena....hahahahaha....tp pada masa yg sama, dia kata kuliah UAI terpaksa dibatalkan berkaitan masalah trafik akibat dari pertembungan kedua2 acara..... woiiii tok menteri.... kalau tak ada kena mengena, apa pulak sangkut paut dgn trafik??? tapi dah jenis puak2 ni nk menghalalkan tindakan depa.... maka di ciptakan pelbagai alasan supaya dapat membodohkan rakyat......

sekali lagi aku nk bgtau kt semua cerdik pandai agama dalam umno dan kerajaan.... inilah gaya pemimpin hangpa yg maksum agaknya.... mengutamakan maksiat dari program yg boleh mendidik jiwa anak muda... membatalkan satu program dan bagi laluan kpd satu program berbentuk maksiat...... entah kaedah maslahah mana depa pakai pun aku tak tau lah...... kalau nk kata kaedah nasrani dan yahudi, mmg bertepatan sangat lah.... ringkasnya aku nk katakan iaitu dalam sebarang benda, dalam sebarang acara, dalam sebarang program anjuran puak2 umno be end selama ini, sudut usul fiqh langsung tak pernah diberi perhatian..... dan aku sebagai rakyat Malaysia yg juga turut menyumbangkan duit ringgit melalui cukai dsb kepada kerajaan... satu sen pun aku tidak halalkan duit ringgit aku digunakan utk menaja program2 maksiat dan membiayai segala perjalanan acaranya.....aku juga tidak redha akannya....

Ahad, 27 Mei 2012

pesta pantai(k) dan amar mungkar nahi makruf !!!!!

sumber : SINAR
puak2 ni memang sinonin betoi lah dgn anjuran2 program amar maksiat nahi makruf.....

tak kisahlah kalau penganjuran program mcm ni dapat meningkatkan kesedaran sivik terhadap keindahan yg diciptakan Tuhan....kalau itu rasanya patut disokong... tp adakah itu pengisiannya dalam program 'pesta main pantai' depa ni???

aku pun malas nk bancuh banyak.... tp aku nk hidangkan kt hangpa satu contoh pesta pantai yg puak2 ni buat tahun lepas (2011)..... siap dgn bacaan Basmallah lagi utk rasmikan program sedangkan program tu dimulai dgn tarian yang entah dalam kitab fekah mana pun aku tak tau depa belajaq.... tapi guna nama Allah dalam majlis2 maksiat.... tidakkah depa ni berasa malu dgn Allah??? ops... depa cuma malu kalau tak buat....depa tak malu sbb buat sbb dalam kepala otak depa mmg cenderung utk menyesatkan minda ummat Islam......

nih... hangpa layan bidio ni sampai abis.... aku bukan nk tunjuk yg gelek tu....tp nk tunjuk penglibatan siapa dalam satu program yg bagi aku kemungkinannya diluluskan oleh ularma depa yg takdak gigi.... takat cukup makan pakai saja.... yg penting, wasatiyyah.... hahahaha.... tang mana wasatiyyahnya pun aku tak taulah....

dah habis hangpa tengok bidio tu, hangpa tengok plak kt paparan gambar di bawah..... itu lah tuan imam wasatiyyah yg depa agungkan sangat tu.... semua bedal!!!! PM 1 Malaysia lah katakan..... mgkn sbb itu, xdak dosa gamaknya.......


gambar di bawah adalah dari Perhimpunan 2 juta belia 2012

kempen bawa mesej santapan 'rohani'
mgkn dgn acara sebegini dapat menambah 'pahala'
sebagai jambatan ke syurga
ini dia santapan rohani remaja
bidio di bawah ni 18SX saja..... hahahahah
inilah acara yg telah mengakibatkan satu ceramah agama oleh UAI dibatalkan
mesti banyak pahala yg dapat kan sbb program UAI pahalanya sikit.... 
dibatalkan dan digantikan mesti dgn yg lebih hebat dan besar pahalanya..... oooo wasatiyyah


entah apa perkongsian 'rohani' yg dibincangkan ya!!!!
kota merah tu bukan skirt depa...jgn salah paham... itu 'sensor'....hahahaha
inilah contoh wasatiyyah.....

55 tahun tak merasa air paip.... hampeh btoi kerajaan Pakatan Rakyat!!!!

ish ish ish.... hangpa cuba baca tengok lah keratan akhbar Metro kat bawah tu... 55 tahun kerajaan PR memerintah, masih lagi ada rakyat yg tak terbela..... pemimpin depa dok buat apa hah 55 tahun??? kalau kat sebelah tempat aku ni, sejak dulu kini dan selamanya dok riuh kata jalan depa yg buat, bangunan depa jugak yg buat... longkang, parit semua depa jugak yg buat.... masa mana depa buat pun aku tak taulah..... tapi sini 55 tahun, apa yg depa dah buat???


itu pun aku heran....dah 12 kali pilihanraya... depa tu jugak yg dok menang.... mak ai!!!! karat sungguh pala hotak depa ni.... ke dah mangli kena tipu....so, berkali2 kena tipu pun masih ok.....

Sabtu, 12 Mei 2012

bangkang dari longkang yang bangang!!!!



hahahahahahha..... kesian aku kt para pendemo di atas.... apa yg depa nk tonjolkan sebenarnya secara tersiratnya ditujukan hakikat kpd umno be end dan penyokong2 depa..... mgkn ada yg tak nampak atau perasan....konon sketsa di atas nk ditujukan kpd BERSIH....tp batang idung depa sendiri yg kena....hahahaha

dilaporkan dalam Malaysiakini.com bahawa depa nk 'menjenakakan BERSIH'.... tp apa yg aku tengok, maksud depa tak tercapai....ok geng....aku bancuh ikut isu yg ditimbulkan dalam sketsa di atas

1. tujuan depa berdemo
depa kata tujuan depa berdemo adalah tidak bersetuju dgn demo...antara lain afdlin kata 'kami berdemonstrasi sbb kami tak suka demonstrasi"..... hahahahahaha dalam realiti sebenar, siapakah yg selalunya berdemonstrasi utk membantah sesuatu demonstrasi??? jawapannya iaitu puak2 spt PERKASA dan lain2 puak yg selalu dok buat kerja mcm tu.... jelas dan nyata satu perkara iaitu depa pun buat benda yg sama utk menentang apa yg depa tentang..... kalau yg depa tentang itu adalah sejenis demo, dan depa pun buat demo.... demo yg depa tentang atau yg depa tak setuju tu dikatakan salah...apakah demo yg depa buat itu halal dan toyyibah??? hahahahahaha

2. sebab depa membantah
yg si afdlin kata dia tak setuju demo sbb polis tutup jalan dan org ramai atas jalan....hahahaha.... hangpa pi lah tanya polis....siapa suruh depa tutup jalan???

dan dia jugak kata masalah sbb nk hantar anak sekolah...tp blm ada anak bersekolah.....hahahaha... apa ke bangangnya..... ini menunjukkan alasan yg dibuat oleh orang2 yg tak setuju dgn demo BERSIH adalah alasan di luar logik dan tak matang sama sekali.... sekali lagi benda ni terkena batang idung puak2 anti BERSIH sbb depa yg dok anti selama ini langsung tak beralasan dgn alasan yg waras dan logik.... tak seperti tuntutan BERSIH yg punya objektif.....

kemudiannya, si Johan pulak.... hahahaha.... ditanyakan kpd dia 'mengapa dia berada di sini???'... apa jawapannya??? dia kona ke masalah penyakit gout.... ini nk menunjukkan bahawa puak2 anti BERSIH sebenarnya tak tahu menatang apa pun.... apa sebab depa anti pun depa tak paham... kehadiran depa pun tak ada kena mengena.... sama lah dgn hakikat dok ada....

akhir sekali si presiden seniman tu iaitu harun salim bachik.... hahahaha.... inilah yg paling lawak sekali... lawak sbb apa??? sbb rupanya para anti BERSIH kebanyakannya merupakan 'bukan warganegara Malaysia'..... rupanya puak2 umno mmg suka dan sokong sangat dgn puak2 pendatang.... dan rupanya jugak geng2 yg dok bantah atau anti BERSIH ni hanya tergolong dari golongan pendatang... hehehe... ini lebih kurang sama lah dgn keadaan yg dipaparkan oleh pendemo kaprikot masa BERSIH 2.0 yg kebanyakan bangla dan indon diimport utk meramaikan majlis depa......hahahahaha

3. presentation
apa yg aku tengok dari presentation depa....kita boleh tengok beberapa contoh utk menunjukkan latar belakang puak2 anti BERSIH yg cuba ditonjolkan.... pertamanya dgn gaya dan pakaian si afdlin... hahaha.... dgn jambulnya, rantai leher mcm rantai beruk dan ungka.... begitu juga dgn si Johan yg bertindik subang di telinga..... ini semua menunjukkan bahawa golongan anti BERSIH hanyalah terdiri daripada kalangan 'sampah'......

sekian bancuhan aku.....hahahahaha.... lain kali kalau nk buat sketsa atau lawak jenaka..... selami dulu fakta dan jgan dok banyak auta.... kan dah terkena batang idung beruk dan ungka.....hahahahaha.... patutnya tajuk ditukar kpd 'bangkang dari longkang yg bangang'.... ops!!! ini lagi satu iaitu berkenaan tajuk 'bangkang dari longkang'..... dalam hal BERSIH ni...siapa yg jadi 'pembangkang' sebenarnya??? hahahaha.... BERSIH adalah puak2 pencadang yg mencadangkan atau menuntut supaya perubahan dalam pilihanraya... maka puak2 yg tak bersetuju dgn tuntutan BERSIH sebenarnya adalah 'pembangkang'....maka mmg patutlah tu... bangkang dari longkang sbb depa yg dok bangkang BERSIH mmg keturunan longkang.....hahahahaha....

Khamis, 10 Mei 2012

majlis paktua!!!!



yang ni aku tak boleh nk gelak!!!! jom aku nk peringatkan aku dan hangpa semua dgn satu peringatan dari Rasulullah yang aku rasa raaaaaamai yg tak pernah ambik kisah dan tak pernah tahu.....

maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Lagi akan datang kepada manusia tahun2 yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan Ruwaibid'ah. Sahabat bertanya, "Apakah ruwaibid'ah itu hai Rasulullah? Nabi s.a.w. menjawab, "orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai." (riwayat ibnu Majah)

tak perlu aku nk ulas panjang berkenaan dgn mengkafirkan seorang Muslim yg akan balik kpd dirinya jika yg dikafirkan itu TIDAK kafir.... yg tu dah ramai sangat orang tahu....cuma aku nk bawa dari perspektif lain iaitu berkaitan dgn Hadis yg aku paparkan di atas..... aku bukannya nk hurai Hadis sbb aku pun bukan pakar....cuma aku nk bancuh dari sudut kefahaman aku.....

merujuk balik dgn apa yg dikatakan oleh Rahim Noor....maka bagi aku bertepatanlah dgn apa yg disebutkan oleh Rasulullah bahawa akan datang zaman ketandusan....kentadusan apa??? ketandusan manusia2 yg bercakap apa yg benar dan bercakap mengenai kebenaran dan kemudian orang yg bercakap ikut suka walaupun diri sendiri tidak berilmu dan tidak berpengatahuan.....dan pada zaman ini juga kita boleh lihat bagaimana orang yg diberi kuasa adalah sebenarnya terdiri daripada pengkhianat....khianat terhadap amanah, khianat terhadap perjanjian....

begitu juga dalam urusan agama.... ramai yg seolah2 pandai dan cerdik dalam bab agama sedangkan latar belakang agama hanya setakat pendidikan Islam sekolah menengah sahaja..... dan juga pihak2 yg langsung tak ada kefahaman agama, asas aqidah yg kukuh diberi kuasa utk menjaga dan memelihara agama..... mudah ceritanya, atas asas kepartian umno yg majoritinya bangsa Melayu dan beragama Islam sudah cukup utk dijadikan hujjah utk menjaga kesucian agama Islam.....

mana dia majlis fatwa dalam hal perkataan Rahim Noor yg ditujukan secara khusus kpd TG Nik Aziz??? adakah majlis fatwa telah pun menjadi sebahagian dari boneka pentas ataupun hanya lebih baik digelar sebagai Majlis Paktua!!!!!

pengkerusi SPR 'bukan lagi' ahli umno!!!!

mcm biasa....pertamanya bagi aku chan gelak dulu.....hahahahahahhaa

hapalah nk jadi dgn sistem yg dok ada di Malaysia nih....heran sungguh aku.....untuk rekod, pendedahan dibuat oleh YB Saifuddin Nasution bahawa pengkerusi dan timbalan pengkerusi SPR merupakan ahli umno.... rujuk berita bergambar di bawah

sumber : malaysiakini.com


sumber : sinarharian.com.my

lepas tu hebohlah penafian demi penafian dibuat. lepas tu ada pulak yg cuba menjadi kambing gurun dgn mengaku kata nama orang yg didedahkan tu adalah dirinya dan bukan pengkerusi SPR tu.... hahahaha....

tapi berita yg ni dah kira tak dapat nk lari lah.... nazri secara tak langsung telah mengesahkan bahawa pengkerusi SPR tu sememangnya ahli umno walaupun 'kononnya' sekarang telah menjadi 'bekas'.... tapi apa yg penting, isunya dia pernah menjadi ahli umno.....

dgn pengesahan nazri ini jugak, secara tak lansung ianya mengesahkan juga bahawa terdapat ahli umno yg didaftarkan tanpa pengetahuan tuan tubuh.... dan sepatutnya dia ngaku saja bahawa ini memang jadi amalan umno sbb dia (nazri) sendiri didaftarkan pada awalnya tanpa pengetahuan dirinya sendiri.... hahahaha... rupanya ramai ahli 'hantu' dalam umno.... patut lah ramai sangat!!!!!

tapi heran jugak aku sbb tahun 2010, najib dgn bangganya mengisytiharkan keahlian umno seramai entah berapa juta orang aku tak ingat.... tetapi dia isytiharkan tu selepas proses pemutihan dibuat oleh umno yg tamat pada 15 april 2010.... tengok paparan di bawah

sumber : umno-online.com

kalau dah dibuat pemutihan, dibuang ahli2 yg berstatus 'tidak aktif' atau yg tak bayaq yuran... mcm mana pulak maklumat keahlian pengkerusi SPR tu masih dapat diakses ataupun diperolehi pada tahun 2012??? sepatutnya nama2 tu dah masuk arkib ataupun senarai 'bekas' ahli umno lah.... mcm aku lah jugak....tp aku tak tau lah nombor keahlian umno aku sbb tak pernah ambik kisah pun.... yuran keahlian aku dulu pun 'orang' lain tolong bayar sbb masa tu aku dok belajaq lagi.....

dan lagi pengesahan nazri ini menunjukkan bahawa selama ini, keahlian umno diperolehi secara 'tidak sah' dan bukan sukarela....

entahlah.....hantam saja lah labu.... pilihanraya di Malaysia mmg tak bebas dan tak BERSIH pun.... ditambah kotorkan lagi oleh puak2 SPR sendiri......pikiaq ambik lah.... depa ni rasa 'hari pembalasan' tu tak wujud kot!!!!!

Ahad, 6 Mei 2012

dah mula penin dah!!!!!!







sumber : malaysiakini.com

aku bukannya nk komplen atau mempertikaikan apa yg diputuskan oleh Muzakarah tersebut.... tetapi aku nk menyatakan beberapa perkara yg berkaitan yang telah membawa kpd keputusan muzakarah tersebut.....

dan aku juga sebenarnya bersetuju dgn apa yg diputuskan pada sudut ASAS.... tetapi aku tak mampu nk bersetuju secara keseluruhan kerana bagi aku, muzakarah tersebut langsung tidak melihat kpd situasi atau punca yg membawa tercetusnya huru hara....

aku juga tertarik dgn pernyataan awal dalam laporan di sebelah iaitu :
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara."

secara asasnya disebutkan iaitu "haram ummat Islam menyertai perhimpunan YANG BERTUJUAN TIDAK BAIK........" so, adakah Majlis Fatwa yg bermuzakarah tahu dan faham benar apa tujuan perhimpunan BERSIH itu di adakan??? so, soalan ini aku lontarkan kpd yang berkenaan tu.... ADAKAH TUJUAN YG DISEBUTKAN DI BAWAH INI BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI TIDAK BAIK???

dan adakah pula majlis yg bersidang membuat keputusan setelah meneliti laporan2 serta saksi2 kejadian??? berdasarkan pernyataan yg dibuat, ada kemungkinan ianya diputuskan secara umum iaitu kepada mana2 perhimpunan yg mencetuskan kekecohan.... tetapi oleh kerana ianya dikeluarkan sementelah BERSIH 3.0 baru saja berlalu, maka bagi aku bolehlah disifatkan bahawa keputusan ini merujuk kpd BERSIH 3.0 secara langsung......

pada pandangan aku juga, jgn lah ada sesetengah pihak menjadi alat kepada satu pihak yg lain hanya kerana kepentingan yg sedikit.....

menyentuh mengenai himpunan BERSIH juga.... semua pihak boleh pi soal siasat para peserta yg hadir... adakah depa hadir dgn NIAT utk melakukan kekecohan dan huru-hara??? pada aku, tidak akan terdapat seorang pun yg akan menjawab 'YA'...melainkan kehadiran sebegitu ramai manusia hanya utk menunjukkan sokongan supaya pihak terbabit mendengar suara rakyat....

jika pun ada yg mempunyai niat utk menimbulkan kekecohan, ianya sama sekali TIDAK boleh dikaitkan dgn tujuan himpunan di adakan kerana niat duduk dalam hati individu, sedangkan tujuan himpunan secara terang-terangan dan sejak awal lagi nak dibuat dalam suasana damai, aman dan tenteram..... insiden2 yang telah berlaku bukanlah sebahagian dari 'niat' penganjur ataupun ratusan ribu yang hadir...melainkan ianya hanya niat segelintir individu..... secara mudahnya aku buat contoh mcm ni lah.... kalau guna keputusan majlis fatwa ni jugak, kita boleh kelaskan menonton perlawanan bola sepak di stadium yg akhirnya membawa kpd pergaduhan antara kedua2 penyokong pasukan sebagai 'HARAM' jugak.... cumanya aku nk tanya lagi kpd Majlis Fatwa ni.... adakah perbuatan atau acara menonton bola sepak itu secara automatik menjadi haram (akibat dari pergaduhan penyokong di akhir perlawanan) ataupun bagaimana??? senarionya hampir sama!!!!

ada lagi aku nk tulis ni....tp tak cukup masa sbb hujan lah pulak.... aku nk pi tengok gelong ayaq sat....sat lagi hujan lebat, bah petak bendang aku....

kapal selam pelancong rupanya!!!! hahahaha

 
KANTOI! Perimekar Syarikat Agensi Pelancongan Boleh Beli Kapal Selam?

Kertas pendakwaan sangat sulit yang kini berada di tangan pendakwaraya awam Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene ketika Menteri Pertahanan waktu itu yang kini Perdana Menteri, Najib Altantuya, menunjukkan bahawa syarikat Malaysia yang memperoleh kontrak, Perimekar Sdn Bhd rupanya hanyalah sebuah syarikat agensi pelancongan!

Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengerusi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Dr Kua Kia Soong sebentar tadi dalan satu sidang media ringkas di Kuala Lumpur.

Dr Kua yang berjaya memperoleh akses kertas pendakwaan secara eksklusif semasa berada di Paris, Perancis, dua minggu lalu menyatakan bahawa pendakwaraya Perancis sangat sibuk menyiasat skandal berkenaan sejak ia mula terbongkar pada 2009 sehingga ke hari ini.

Jelas Dr Kua lagi, mereka telah menemuramah pegawai-pegawai kementerian pertahanan negara itu yang terlibat secara langsung dalam kontrak pembelian sehingga kepada termeterainya perjanjian antara kerajaan negara itu dengan Malaysia.

Mereka juga telah memeriksa beberapa akaun peribadi dan akaun yang berkaitan dengan urusan pembayaran seperti yang telah didedahkan pada Khamis lalu oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel di Kuala Lumpur.

Kesemua dokumen termasuk memorandum persefahaman, memorandum perjanjian jual beli, surat hasrat (letter of intent) serta invois dan akaun bank turut dibongkar yang menunjukkan penglibatan secara langsung orang kanan Najib Altantuya, Razak Baginda yang memiliki Perimekar.

Persolannya di sini, bagaimanakah sebuah syarikat yang berdaftar dengan agensi pelancongan dan tidak ada kena-mengena dengan bidang persenjataan jauh sekali ketenteraan boleh memperolehi bayaran lumayan berjumlah EUR2.3 bilion (RM7.1 bilion) di mana pendedahan pada Khamis lalu menunjukkan sekeping kertas faksimili tulisan tangan Najib Altantuya meminta DCN membayar EUR1 bilion (RM3 bilion) sebagai bayaran pertama, tidak termasuk EUR360,000 (RM1.2 juta) hanya semata-mata untuk berjumpa dengannya?

Sejak SUARAM membuat laporan secara rasmi pada 2009, lebih 153 dokumen dan bukti perjanjian pembelian kapal selam dirampas daripada pelbagai sumber, antaranya Thales International yang berpangkalan di Hong Kong serta pejabat DCN sendiri melalui pegawainya Henri.

Tidak mustahil siasatan selanjutnya bakal mendedahkan pula skandal antara DCN dan Kerajaan Perancis yang dilihat mendiamkan diri sejak penemuan skandal tersebut tercetus dengan pembunuhan misteri penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.

Khamis, 3 Mei 2012

apa yg nk diBERSIHkan???

lepas BERSIH 1.0, menyusul BERSIH 2.0 dan kemudian pulak yg terbaru BERSIH 3.0...

apa yg diBERSIHkan sebenarnya ni???

aku malas nk tulis banyak2 sbb aku tak punya banyak masa.... cuma nk tunjuk contoh saja apa yg patut diBERSIHkan....

contohnya mcm kat bawah ni......


hangpa boleh tengok sendiri lah.... logik pada akai dak terdapat seorang rakyat Malaysia yg berumur 159 tahun??? patutnya dah kena masuk rekod dunia dah tu.... tp apa pasai kerajaan Malaysia nk sembunyikan... ini merupakan satu tahap pencapaian yg baik dan boleh dibanggakan.... hahahahaha

bawah ni merupakan paparan original dari laman web SPR sendiri.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...